Sunday 3 March 2024

Catatan Hujung Minggu

Alhamdulillah hujung minggu kali ini ada kelapangan, jadinya banyaklah perkara yang saya dan Encik Suami dapat lakukan sepanjang hari Sabtu dan Ahad. Antaranya :

Drive-Thru Recycle Center (DTRC) Pasar Awam Sena, Kangar
Pagi hari Sabtu kami ke Drive-Thru Recycle Center (DTRC) Pasar Awam Sena, Kangar. Ini kali kedua kami menghantar dan menjual kotak kertas di sini. Bulan Disember lalu kami dapat menjual kotak kertas sebanyak 15 kg dan kali ini sebanyak 16 kg.

Hantar dan jual kotak di sini bukanlah sebab nak duit sangat, tapi lebih kepada nak lupuskan kotak kertas yang banyak di rumah dengan cara terbaik. Di tempat tinggal saya tiada lori kitar semula datang ambil barangan kitar semula, jadinya kita yang perlu berusaha menghantar barangan tersebut ke pusat kitar semula.

Aktiviti jual beli barangan kitar semula di sini menjadi mudah dan telus dengan adanya aplikasi idamanXchange. Kita boleh buat semakan lokasi DTRC, harga serta pengiraan setiap jenis barangan kitar semula dan rekod jualan lalu.

Cara nak menjual barangan kitar semula di sini - kita letak barangan di atas penimbang yang disediakan, kemudian petugas akan imbas kod QR pada aplikasi idamanXchange kita. Wang jualan boleh diterima secara tunai atau masuk ke Touch n Go eWallet (kalau guna cara ni kita dapat mata ganjaran yang boleh ditebus).

Selesai urusan di DTRC, kami bersarapan di sebuah kedai nasi kandar Melayu (saya perhatikan petugas kedai ni semuanya berwajah Melayu). Tapi kami tak makan nasi kandar, kami memesan roti canai telur bersama gulai lamb shank (saya sebut je gulai sebab tak tau nama masakan). Alhamdulillah sedap menepati cita rasa kami.

Perut dah kenyang, jomlah kita ke destinasi seterusnya di Tambun Tulang, Arau. Buat kali pertama kami akan ke Pesta Angin Timur Perlis. Cerita lanjut insyaAllah pada entri akan datang.

Pagi hari Ahad, saya buat aktiviti ‘morning walk’ bersama Encik Suami. Dapatlah berjalan lebih jauh dan lebih lama sebab ada peneman. Berbeza dengan hari-hari sebelumnya, langit pagi ini dihiasi awan memutih. Petanda baik bahawa cuaca mungkin tak terlalu panas hari ini.

Waktu tengah hari, kami menghadiri kenduri di Beseri. Ini merupakan kali kedua kami menghadiri kenduri sejak berpindah ke Perlis. Alhamdulillah ada yang sudi menjemput, dapatlah kami belajar menyesuaikan diri di tempat orang.

Seperti yang dijangka, langit hari ini sedikit mendung. Seingat saya, ini merupakan kali pertama langit suram setelah sekian lama (lebih sebulan) langit memancarkan sinar yang terlalu panas. Alhamdulillah!






.

26 comments:

  1. Banyak juga kotak kertas ada mungkin kotak waktu berpindah.
    Sinipun hujan lebat hari ini.
    Alhamdulillah ada yang sudi menjemput ke kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotak masa pindah dan kotak beli barang. Macam-macam jugak perlu dibeli baru untuk keperluan rumah sini 😄

      Delete
  2. Seronok nya kalau jual kotak macam ni telus .. biasa jual RM0.30 sekilo klau di kangar berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi jugak harga tu.
      Sini RM0.25 je. Ni jual 16kg dapatlah RM4 😄

      Delete
  3. Iya sis...kotak kardus bekas dan sebagainya bisa di daur ulang,jadi gak hanya sampah semata, masih bisa berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bantu selamatkan alam dengan kitar semula.

      Delete
  4. bagusla kak, kene cari kt KL jugak aplikasi ni, sebab kat rumah si Edy suka no menympan kotak-kotak geram betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan pastu jual, dapat jugak duit tu Dana 😃

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah banyak hal boleh buat hujung minggu kali ni.

      Delete
  6. sukanya tengok gambar last tu kak,tenang je nampak suasana tempat akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni jalan menuju rumah orang yang jemput kenduri. Tenang dan menarik, itu yang cepat-cepat akak ambik gambar 😀

      Delete
  7. ayah CCL ska kumpul botol-botol plastik kosong , tin minuman & drop kat idaman taman sena ni juga , dapat la duit sedikit dari kita terus buang merata macam tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sikit pun, tetap duit. Bolehlah buat ngopi 😁

      Delete
  8. Cantik betul gambar pokok kelapa tu, teringat kampung :)
    Betul, kami pun selalu ke recycle center sbg satu usaha kecil utk selamatkan bumi ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..duit yang dapat taklah banyak, tapi itulah usaha kecil kita untuk selamatkan bumi.

      Delete
  9. bestnya dtrc tu, dekat sini cuma ada 2 je, KL dgn putrajaya.. betul tu, kita jual barangan terpakai selain duit poket sikit2 juga dapat memupuk minat utk buat recycle. seronok tau.. saya dari kecik suka buat benda recycle cuma taktahu nak hantar mana.. mujur area kg saya ni ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya dari kecik dah mula 👍🏽
      Kalau dah biasa buat, kita akan rasa bersalah bila buang gitu je barang yang boleh recycle.

      Delete
  10. Zhi puji orang-orang yang tak simpan sampah dalam rumah, yang suka rumah kemas dan yg lagi bagus dia kitar semula.. Proud of you and family.. Thanks for the apps tu .. baru tahu.. hehe take care ! xo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terbiasa asingkan sampah masa menetap di NS dan Penang. Didikan melalui peraturan buang sampah 😄

      Zhi, buat masa ni apps ni cuma berguna bagi penduduk Kedah dan Perlis sahaja. Maaf akak lupa nyatakan di entri blog.

      Delete
  11. dah sebulan tak hujan ke kak Ujie. Damai je tengok gambar pokok-pokok kelapa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa entri ni ditulis, dah sebulan atau lebih tak ada hujan di tempat akak (Chuping). Tempat lain di Perlis ada jugak hujan tapi sekejap je (hujan lalu) dan tak lebat. Alhamdulillah semalam petang Chuping dapat hujan lebat dalam masa kurang 10 minit 😅

      Delete
  12. Bagusnya guna apps. Mudah dan lebih sistematik. Telus pun telus. Di taman saya ada lori kitar semula ambil setiap hari selasa. Kita tinggal asingkan dan letakkan depan rumah je. Tapi tak dapat duitlah. Takpe, asalkan kita lupuskan dengan cara yang betul.

    Cantik langit membiru. Nampak panas cuaca elok masih ada awan putih kepul kepul. Alhamdulillah, dapat juga memeriahkan kenduri disana kan.

    ReplyDelete
  13. Berat jugak kotaknya ya....cantik gambar pokok kelapa berderet tu.

    ReplyDelete
  14. cantiknye laluan ke beseri tu.. macam kampung jambu bongkok di tempat kami...

    ReplyDelete
  15. Saya pun tak suka kotak2 begitu menumpuk di rumah. Krn mengundang tikus. Jadi tiap kali ada, langsung saya bagi ke tukang sampah yg tiap Rabu dan Sabtu datang ke rumah memungut sampah. Dia happy kalo dpt kardus seperti itu, Krn bisa dia jual kan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****