Friday, 8 March 2024

Musim Angin Timur di Perlis | Cuaca Panas Melampau, Kemarau dan Angin Kuat

Masih entri berkenaan musim angin timur di Perlis. Loghat tempatan sebut ‘angin timoq’. Kali ini saya catatkan berkenaan pengalaman saya yang pertama kali tahu dan merasai sendiri fenomena musim angin timur yang berlaku di Perlis.

Selama ini saya cuma mengetahui bahawa Monsun Timur Laut di Malaysia yang berlaku sekitar November hingga Mac setiap tahun membawa hujan lebat (musim tengkujuh). Tetapi fenomena hujan lebat tidak berlaku di negeri Perlis, sebaliknya negeri ini mengalami musim kemarau

Hasil carian internet, rata-rata penulisan mengaitkan musim angin timur di Perlis dengan suasana berangin sepanjang masa, suhu sejuk pada waktu malam membawa ke pagi dan pemandangan indah seakan musim luruh. Sesuatu yang seronok didengar dan dinikmati.

Catatan saya ini pula akan membawa sisi yang berbeza, iaitu sesuatu yang mungkin kurang seronok didengar, dilihat dan dilalui sendiri. Sekurang-kurangnya lebih ramai tahu apa yang berlaku di negeri paling kecil dan paling utara di Semenanjung Malaysia ini.


CUACA PANAS MELAMPAU + KERING (KEMARAU) + TIUPAN ANGIN KUAT = KEBAKARAN


Kebakaran kebun/ladang/hutan/belukar, inilah yang terjadi bermula sekitar penghujung Disember 2023. Kemuncak kejadian kebakaran terbuka ini berlaku sekitar pertengahan Januari hingga pertengahan Februari lalu, di mana boleh dikatakan setiap hari berlaku kebakaran.

Setakat Februari lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis merekodkan sebanyak 231 kes kebakaran terbuka sejak musim kemarau melanda Perlis. (Sumber - Berita RTM, 28 Februari 2024).

Berikut merupakan sebahagian foto berkaitan keadaan kebakaran dan kemarau :

30 Januari 2024, 4.40 petang.
Keadaan ruang udara di rumah saya dipenuhi dengan asap kebakaran. Biasanya, kebakaran bermula pada waktu tengah hari atau petang.

Tiupan angin kuat bukan saja membuat api bertambah marak, malah menerbangkan debu kebakaran ke rumah saya dan penduduk sekitar. Ada kala saya terlambat menutup tingkap rumah, debu halus masuk melalui celahan jaring nyamuk dan mengotori lantai rumah.

4 Februari 2024, 4 petang.
Beginilah keadaan di salah satu tempat yang telah terbakar.

1 Mac 2024
Rumput dan semak di tepi jalan juga kekeringan dan terbakar.

Sekali pandang, seakan musim luruh yang indah. Hakikatnya, ini musim kemarau yang meresahkan terutamanya bagi para petani.

Keratan akhbar bertarikh 1 Mac 2024.

Info ringkas musim angin timur di Perlis :
  • Musim angin timur merujuk kepada fenomena angin tropika yang bertiup di negeri Perlis sekitar Disember hingga Mac setiap tahun. Ia juga dikenali sebagai musim kemarau (kurang taburan hujan).
  • Fenomena ini dipengaruhi oleh dua jenis iklim di Perlis, iaitu Khatulistiwa dan sub-tropika.
  • Tiupan angin kencang berterusan menyebabkan cuaca kering dengan suhu waktu siang menjadi lebih tinggi dan suhu waktu malam hingga awal pagi menjadi lebih rendah.
  • Sehingga 29 Februari 2024, Chuping mencatatkan bilangan hari tanpa hujan tertinggi di Malaysia iaitu selama 43 hari. Jumlah bilangan hari tanpa hujan itu direkodkan di Stesen Meteorologi Pertanian Chuping.
  • Berdasarkan pemerhatian sendiri (di tempat tinggal saya), suhu waktu siang mencecah 37℃ (pada 7 Februari 2024, 2.30 petang) dan waktu pagi suhu rendah 23 ℃ (pada 8 Februari 2024, 7.15 pagi).
  • Manakala tiupan angin dengan kelajuan 21 km/j (pada 22 Disember 2023, 3.20 petang). Hembusan angin kuat seakan bunyi ‘whoosh..’ dan siulan panjang menjadi sesuatu yang tidak asing di pendengaran saya.

Alhamdulillah beberapa hari terakhir ini cuaca tidak lagi terlampau panas. Cuaca lebih redup dan ada ketikanya mendung. Angin juga tidak bertiup kuat. Pada petang 5 Mac hari Selasa lalu, hujan lebat (tak sampai 10 minit) membasahi bumi. Walaupun cuma seketika, saya tetap gembira dan bersyukur melihat lantai luar rumah dibasahi hujan yang telah sekian lama ‘menghilangkan diri’.

Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya serta info carian di internet, maaf jika ada info yang tak begitu tepat. Saya cuba catat selengkap mungkin sebagai satu memori dan rujukan akan datang.







36 comments:

  1. 29 Februari saya ke Perlis bersama Encik Suami dan Firdaus. Sepanjang perjalanan dari Cuping ke Padang Besar, terkejut melihat kiri kanan jalan daun-daun dan pokok kering seolah-olah hangus terbakar. Apabila berbual dengan seorang penjual anak benih pokok buah-buahan di Pesta Angin Timur di Arau (keesokan harinya) rupanya memang benar pokok-pokok terbakar dek panas melampau! Sempat saya melihat suhu setinggi 41'C di Cuping. Tak sanggup berlama-lama di Perlis, terus ke Baling, berendam di Lata Bayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh jalan-jalan kak Amie kali ni...sampai Perlis. Sempatlah saksikan sendiri situasi musim kemarau di sini.

      Delete
  2. harumanis musim ni bertambah manis kan tapi kalau dah terbakar mengalir air mata la tuan dia menanggung kerugian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah secara logiknya harumanis akan lebih manis sebab cuaca panas kering. Tapi ada masalah lain pulak, bila kemarau gini serangga pun entah nyorok mana. Jadi pokok harumanis ada masalah kurang agen pendebungaan.

      Delete
  3. Allahu.. Semoga Allah Taala permudahkan urusan Puan di Perlis.. Pokok Harum manis pun terbakar dek cuaca panas melampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih doa Afif.

      Terbakar sebab gabungan 3 faktor - cuaca panas, tak ada hujan dalam tempoh lama dan angin kuat.

      Delete
  4. uiiii ni betul2 panas ni...
    last week pegi perlis
    tapi sbb jalan malam
    jadi mmg tak nmpk apa2
    tp terasa jg laa panas ms kami sggh solat subuh kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa panas jugak ya Anies?
      Ikutkan waktu malam hingga awal pagi sejuk kat sini. Siang je panas melampau.

      Delete
  5. kawasan chuping memang kawasan hotspot paling panas , pokok-pokok kering pun terbakar sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir jugak, agaknya iklim Chuping tak sama dengan tempat lain di Perlis. Sebab jelas perbezaannya, suhu dan cuaca lebih ekstrem.

      Delete
  6. uishhhhh panassnyaa Perlis! moga diberi kesejukan untuk menempuh Ramadhan aminnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...InsyaAllah pahala lebih buat orang Perlis 😅

      Delete
  7. Betul betul panas di Perlis ye. Kering sampai terbakar. Banyak juga kes berlaku. Cuaca panas juga risau strok haba. Tak silap di Kedah ada sekolah tutup sebab cuaca panas sampai 40 degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat panas saja, mungkin ok lagi. Ni kena pulak kemarau panjang dan tiupan angin kuat, jadi terbakar sendiri pokok/belukar kering.

      Delete
    2. Kemarau panjang yang tak tahan tu sampai pokok boleh terbakar sendiri.

      Delete
  8. kebakaran yg paling negri tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula saya rasa ngeri, dah selalu tengok...dah jadi biasa pulak. Tapi tetap perlu hati-hati bila ada dekat tempat yang terbakar tu.

      Delete
  9. Kat tempat wak sekarang ni hari2 hujan pulak.
    Hari ni seharian tak nampak matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selatan musim hujan, utara musim kemarau. Alhamdulillah atas segala kejadian Allah. Kita terima jelah kan Wak.

      Delete
  10. Uish tuu memang panas betul tu! Cuya yg kt Melaka ni pon dah kepanasan, apa lagi klau jdi mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau Cuya rasa panas, ingatlah cuaca sini lagi panas. Boleh legakan hati 😄

      Delete
  11. sedihnye bila semua terbakar tu... :(.. semoga ada kaedah yang kerajaan lakukan untuk tangani isu kebakaran ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang saya nampak, satu-satunya cara yang ada hanyalah kaedah pembenihan awan supaya hujan turun.

      Tapi kaedah ni kos tinggi, jadinya cuma negeri yang mampu dan ada kepentingan mendesak akan buat. Contohnya baru-baru ni Selangor dan Penang ada buat.

      Delete
  12. Kalau sampai ada kebakaran begitu, ngeri juga ya
    Ditempat saya dah mulai musim hujan, suhu udara begitu dinginnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..musim hujan lebih menyenangkan berbanding musim kemarau. Pun begitu, tak ada yang sia-sia pada setiap takdir Tuhan.

      Delete
  13. Masa pi Padang Besar dua minggu lepas pun banyak kesan kebakaran hutan sepanjang jalan..
    Dulu musim angin timur seronok sangat sebab bendang semua kering jadi padang permainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur tak terkena lalu masa kebakaran. Saya ada pengalaman ngeri masuk asap tebal kebakaran masa nak ke Padang Besar. Syukur tak berlaku kemalangan.

      Delete
  14. Tengok dalam berita cuaca di Perlis panas sangat. Yang takut tu, kebakaran lah kan, Na-u-zubillahi min zaalik. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...moga Allah lindungi kami di sini.

      Delete
  15. Dah lama tak ke Perlis, mungkin satu hari nanti. Betapa hebat orang Perlis berhadapan dengan tahap panas melampau itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat ya 😅
      Terpaksa jadi hebat, redha jelah benda di luar kawalan kita.

      Delete
  16. selamat berpuasa Ujie... semoga kepanasan kat perlis nun tak mengganggu utk ujie dan suami menjalani ibadat puasa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa Ret 😊
      InsyaAllah aamin.

      Delete
  17. Dulu masa saya tinggal di Perlis masa kecil, selalu tak ada air. Kadang tumpang mandi rumah jiran yang ada telaga. Sekarang di Perlis, masih berlaku lagi tak, takde air, Ujie?
    Panasnya suhu sana. Kesian pada petani. Tengok berita, di Kelantan pun sama, takde hujan. Kering sawah padi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kami tak guna air kerajaan negeri, tapi guna air dari deep well. Alhamdulillah setakat 4 bulan lebih kat sini takde masalah putus bekalan air.

      Rumah ipar (air kerajaan negeri), nampaknya kerap ada masalah air - takde air atau tekanan air rendah.

      Delete
  18. Kalo musim kemarau yg panjang begini memang rentan sekali kebakaran . Sepercik api saja dah buat api membakar besar saking keringnya 😔. Tapi syukurlah kalo dah mulai sejuk ya kak. Jakarta skr ini hujan trus stiap hari. Masalahnya sekarang banjir saja 😔

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****