Monday 26 February 2024

Kudapan Kacang Poi Rebus

Pertama kali saya jumpa dan kenal kacang poi sewaktu mengunjungi Nat Balai Baru di Beseri, Perlis pada bulan Disember lalu. Menurut blogger Mama Cella (dalam komen entri Nat Balai Baru), kacang poi cuma ada setahun sekali sahaja.

Kacang Poi
Kacang poi mentah, saya beli di nat harganya RM10/kg.

Kacang Poi
Menurut penjual, cara rebus kacang poi sama macam kita rebus kacang tanah. Cara saya - rebus menggunakan PPC (Philips Pressure Cooker) dengan mode steam dan set KPT (keep pressure time) selama 20 minit.

Kacang Poi
Kacang poi rebus.

Kacang Poi
Saiz kacang poi.

Kacang Poi
Perbezaan rupa isi kacang poi mentah (luaran lebih licin berkilat) dan yang sudah direbus.
Kacang poi berbentuk bulat berisi satu biji kacang, kalau yang berbentuk lonjong berisi dua biji kacang. Tapi kebanyakkannya berbentuk bulat. Isi kacang poi berwarna merah tua.

Menurut saya, rasa kacang poi sama seperti rasa kacang tanah rebus tetapi lebih berlemak. Lebih sedap! Saya kurang menggemari kacang tanah rebus, tetapi nampaknya kacang poi rebus menjadi kudapan yang saya gemari.






.

37 comments:

  1. Terima kasih share. Baru tahu, tengok dan kenal kacang poi ni. Rasa lebih berlemak ye dan lebih sedap ye. Rupa paras dia pun cantik dengan warna merah menyala tu. Kena pergi Perlis lah kalau nak merasa kan. Kena pergi pada masa yang betul juga sebab setahun sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Fiza 😊
      Kena datang sini masa hujung tahunlah nampaknya.

      Delete
  2. tak pernah jumpa lagi nih Ujie , ingat kan kacang pol yang orang selalu makan tu :)

    ReplyDelete
  3. OMG! Bila Ujie cerita, baru saya teringat tentang kacang ni. Pernah makan dulu, masa kecil, masa dok Perlis. Bestnya, boleh pergi nat.

    ReplyDelete
  4. Dulu semasa kanak-kanak sering beli kacang ini, kami sebut kacang bogor,πŸ˜€rasanya gurih dan lembut,mirip kacang rebus yang biasa, tapi sekarang sudah lama tak jumpa kacang ini.

    ReplyDelete
  5. Saya baru lihat. Belum pernah rasa jadinya. Tapi jadi teringin 😍😍🀀. Cuma ada setahun sekali pula ya kak ☺️. Langka nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak mudah dapat kalau cuma setahun sekali. Tambahan pula cuma ada di negeri utara Semenanjung Malaysia.

      Delete
  6. Tak pernah jumpa lagi kacang ni
    Nak cuba try cari kat shopee ada tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kat Shopee tu Wak. Tapi tak pasti kalau varieti berbeza.

      Delete
  7. First time tengok kacang poi ni. Nak cari la jugak nak rasa.

    ReplyDelete
  8. Ada rasa tersendiri kacang poi ni. Macam tak nak makan mulanya tapi bila dah makan, lepas satu satu dingap aha!

    ReplyDelete
  9. kacang ni asal dari utara agaknya kan kak,tempat saya tak pernah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah nampaknya, kat selatan pun tak pernah jumpa.

      Delete
  10. tak pernah jumpa lah kt belah-belah sini kak... tinginnya nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kawan balik utara masa musim kacang ni, boleh Dana merasa.

      Delete
  11. Harap-harap dapat cuba rasa kacang poi.

    ReplyDelete
  12. Rambut uncle semua dah putih ni tapi tak pernah jumpa kacang ni....

    ReplyDelete
  13. lady tak pernah kenal kacang ni.. kacang kuda n kacang tanah je ldy kenal..

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Kalau makanan kacang pool tu biasa la jugak kan..

      Delete
  15. first time dengar kacang poi. maybe tiada di kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah kot, sebab tu ramai (termasuk akak) tak tau pasal kacang ni.

      Delete
  16. 1st time juga dgr nama kacang poi hehe

    ReplyDelete
  17. seumur hidup
    ni 1st time sy tgk kacang poi
    nnt kalau jumpa
    bolehlah beli...

    ReplyDelete
  18. Welcome kelab peminat kacang poiπŸ₯°
    Saya Ada kacang poi putih dan ada yang merah..Nanti try pula yang putih yer..
    Juga jangan lupa try " ringgi".Adik beradik emping tapi lembih lembab dan kenyalKat Perlis lagi mudah dapat rasanya..Kalau dah jumpa...updateπŸ₯°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, insyaAllah moga jumpa kacang poi putih dan ringgi πŸ˜€

      Delete
  19. Kacang Poi... Mengapa say mcm tak pernah tahu hahahha :D
    Mula mula ingtkan kacang kuda hihihii :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****