Friday, 16 February 2024

Ke Klinik Gigi Memenuhi Rutin Setiap 6 Bulan

[Catatan hari Sabtu, 3 Februari 2024]

Janji temu rawatan susulan bagi masalah gusi saya ini telah dibuat pada bulan Julai 2023 lalu sewaktu masih menetap di Pulau Pinang. Sekarang bila dah berpindah ke Perlis, terpaksalah saya bertolak seawal kira-kira pukul 5 pagi supaya sempat tiba di klinik sebelum waktu janji temu iaitu pada pukul 9 pagi. Disebabkan ini klinik pakar, maka susah bagi saya nak tukar masa sesuka hati.

Alhamdulillah pukul 8 pagi saya dan Encik Suami dah berada di atas Jambatan Pulau Pinang. Nampaknya ada pembinaan di sebelah jambatan. Entah nak buat apa agaknya.

RAWATAN & KOS | Seperti biasa, Dr. Freeda menyambut mesra kehadiran saya di bilik rawatan dengan ucapan salam dan bertanya tentang kesihatan gigi (baca : gigi dan gusi). Alhamdulillah sejak kali terakhir bertemu beliau 6 bulan lalu, saya tak mengalami sebarang masalah gigi.

Rawatan susulan kali ini doktor lakukan tiga perkara berikut :
  • Scaling
  • Periksa ikatan gigi (splinting)
  • Ukur gigi
Alhamdulillah semua dalam keadaan baik dan tiada penyakit gusi. Menurut Dr. Freeda, walaupun ada bahagian gigi saya yang masih mengalami penyusutan gusi agak teruk (dapat diketahui setelah melakukan prosedur ukur gigi) tetapi semuanya bebas penyakit gusi. Gusi yang susut memang tak dapat pulih kembali tetapi dapat dicegah penyusutannya dengan memastikan gusi bebas penyakit.

Kos rawatan susulan kali ini sebanyak RM400. Janji temu seterusnya pada awal bulan Ogos. Alhamdulillah lega setiap kali selesai hal gigi. Maklumlah bukan mudah nak beranikan diri jumpa doktor gigi.






.

15 comments:

  1. Nampaknya SS pun dah kena cari klinik gigi ni... dah 7 bulan tak pi check gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gigi tak ada masalah, setahun sekali pun memadai SS. Saya ni bermasalah πŸ˜…

      Delete
  2. Jumpa dentist la paling lemah sekali πŸ˜…

    ReplyDelete
  3. Lama betul saya tak ke klinik gigi. Rasanya zaman sekolah aje dulu.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat tu πŸ˜€. Pergilah sebelum terlambat macam saya.

      Delete
  4. Tu dia jauhnya pergi demi nak jumpa doktor gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa Sal, sebab perlu rawatan doktor pakar. Mujur jugak cuma 6 bulan sekali. Sambil tu boleh jalan-jalan kat Penang πŸ˜„

      Delete
  5. Betullah tu, paling takut jumpa doktor gigi. Tapi sy takut semua jenis doktor pun.

    ReplyDelete
  6. Sedih pula baca gusi yang susut tidak boleh buat apa-apa.
    Kalau tidak ada kesulitan untuk ke Pulau Pinang tidak perlu cari klinik lain. Hehe betul boleh jalan-jalan.

    ReplyDelete
  7. Kadang sudah lewat waktunya, memang harus rutin jadwal ke klinik gigi tu.

    ReplyDelete
  8. Bila baca entry ni, kena pergi juga doktor gigi ni sebab dah lama tak buat rawatan berkaitan gigi dan gusi.

    ReplyDelete
  9. 🎼Sepanjang jalan...🎢
    Ke Pulai Pinang...🎡
    ( Sambung....lagu Kumpulan Harmony)

    ReplyDelete
  10. Susah pulak kan kalau dah berpindah ni tak boleh pulak nak tukar sebab doktor pakar. Terpaksalah kita pergi jauh-jauh.

    ReplyDelete
  11. Betuuuul kak. Saya selalu takuuut tiap kali ke dokter gigi πŸ˜‚. Dah macam horor dari kecil sampai high school rutin ke sana Krn dulu gigi saya butuh perawatan super ekstra πŸ˜„. Setelah selesai dan rapi, baru bernapas lega sikiiit.

    Tapi mau tak mau kan memang harus rutin kesana. Krn masalah gigi ini bisa merembet kemana2 jika tak segera diatasi.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****