Monday 19 February 2024

BookDoc Virtual Run Challenges

Semenjak rajin buat ‘morning walk’ dan menetap di rumah yang memerlukan saya banyak melangkah, saya mula terfikir nak merekodkan langkah harian saya di aplikasi BookDoc dan menyertai siri cabaran ‘virtual run’. Tujuannya sekadar untuk menaikkan semangat diri agar kekal aktif. 

Cabaran ‘virtual run’ ini diadakan pada setiap bulan dan kita boleh sertai secara percuma atau berbayar. Kalau pilih berbayar, kita dapat t-shirt dan e-sijil. Setakat ini saya pilih penyertaan percuma sahaja. Jimat 😁

Berikut merupakan cabaran yang telah saya sertai pada bulan Disember 2023 dan Januari 2024 :

BookDoc Virtual Run Challenges
International Virtual Run Series 2023 - OSLO | 1 - 31 December 2023
Saya berjaya dapat virtual medal Silver & Gold. Masa ni (bulan Disember) saya sedang sibuk mengemas rumah baru pindah, itu yang mampu dapat lebih 200,000 langkah dalam sebulan.

BookDoc Virtual Run Challenges
International Virtual Run Series 2024 - SEOUL | 1 - 31 January 2024

BookDoc Virtual Run Challenges
Year of the Dragon Virtual Run 2024 | 1 - 10 January 2024

Alhamdulillah permulaan yang baik dan bersemangat bagi tahun 2024. Sebenarnya taklah begitu susah nak capai 100,000 langkah dalam sebulan, iaitu kira-kira 3,333 langkah sahaja setiap hari. Tapi tak juga mudah kerana sebelum ni saya tinggal di rumah jenis apartmen, memang susah nak dapat 3,000 langkah sehari hanya dengan melakukan kerja-kerja biasa di rumah. Nak turun ke bawah buat ‘morning walk’ pun rasa tak bersemangat sebab tak ada keindahan alam semula jadi untuk saya nikmati. Banyak betul alasannya kan 😆






.

28 comments:

  1. ammi pun download apps ni juga selain pacer. dan join juga group BW di Facebook...at least adalah motivation yg lebih sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ammi, kita kena ada motivasi untuk konsisten aktif.

      Delete
  2. Alaaa.. rasa nak kena kejar jugak ni, kasut dah beli, lari jer belum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer tengok kasut tu Sk…jangan sampai rosak sebab tak pakai 😆

      Delete
  3. saya pun nak kena buat juga la gayanya..badan dah macam kena pam ni

    ReplyDelete
  4. nak join jugaklah.saya yang naik public transport ni seatakat 4000 langkah sehari takde masalah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa…senang-senang je dapat 4000 sehari. Rugi tak join ni Sal 😀

      Delete
  5. Hehe ada hikmah tinggal di tempat baru. Alhamdulillah, semoga istiqamah.

    ReplyDelete
  6. suami ldy pernah buat, mereka pos medal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cabaran umum ni nampaknya tak ada medal walaupun berbayar. Mungkin suami lady join exclusive/private challenges.

      Delete
  7. waahhhh bestnya! ada terbaca jugak pasal BookDoc ni.. nak kena try juga ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try ler Ana. Buat seronok sendiri tengok dapat medal 😁

      Delete
  8. Rajinnya virtual run ni. Medal pun cantik2 ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Medal pun dapat virtual jugak 😄

      Delete
    2. Ye ke? Ada yang dihantar jugak kan....

      Delete
    3. Setakat yang saya join ni (public challenge) tak ada pos medal walaupun penyertaan berbayar. Cuma pos t-shirt je.

      Kalau join exclusive atau private challenge mungkin ada dapat medal.

      Delete
  9. Doakan agar saya juga terjebak🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah….semoga mamaCella terjebak sama 😁

      Delete
  10. Waahh..tahniah kak Ujie. Bila ada awards ni kita macam semangat sikit dan gigih nak capai.

    ReplyDelete
  11. Hati penuh semangat nk join tapi dalam hati ja la...
    Semoga nanti saya diberi kekuatan..doakan saya..hihihi

    ReplyDelete
  12. Wowww 100,000 langkah sebulah tahniah .. baru balik dari backpack di Bali maka dpt la 12 ribu langkah sehari.. kalau tidak 3 ribulangkah pun susah nak dpt.. maklum la kita duduk umah atas ni :D

    ReplyDelete
  13. Dulu sebelum ada treadmill saya pun sudah nak capai 10k langkah 😅. Jalan bolak balik dalam rumah, palingan hanya dapat 1500 😂😂. Memang tak bisa, kecuali saya mau kluar dan olahraga di taman misalnya. Tapi tak nak, Krn panas 😅.

    Krn itulah beli treadmill biar bisa capai target langkah. Tapi selama ini tak pernah catat pula dlm sebulan seperti kakak. Jadi pengin juga saya catat progress nya. Kalo ada smart watch mungkin mudah. Tapi saya tak pakai memang.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****