Friday 23 February 2024

Setelah 12 Hari

Kembali Ke Rumah Perlis Setelah 12 Hari 12 Malam
Catatan rekod paling lama setakat ini, kami tinggalkan rumah Perlis selama 12 hari 12 malam mulai hari Khamis 8 Februari pukul 7 pagi dan kembali pada hari Selasa 20 Februari kira-kira pukul 5.30 pagi 😅

Balik kampung di Johor cuma 2 malam, manakala 9 malam tu saya menetap di rumah NS untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan balik kampung dan juga atas urusan kerja Encik Suami. Satu malam lagi kami berada atas jalan, siap tidur entah 4 atau 5 kali di hentian dek nak menghilangkan rasa mengantuk.

R&R Bukit Gantang, salah satu hentian tempat kami melelapkan mata. Buka tingkap sedikit dan matikan enjin. Suasana tenang dan agak lengang. Pengalaman baru buat kami, tidur dalam kereta di beberapa hentian dan menyaksikan pengorbanan para pemandu kenderaan berat yang hanya melelapkan mata dalam kenderaan masing-masing.


Kembali Menikmati Keindahan Alam
Saya seorang yang suka menikmati alam semula jadi. Tempoh masa 12 hari meninggalkan rumah Perlis terasa lama. Tambahan pula hampir setiap hari saya buat ‘morning walk’, jadinya terasa ada sesuatu yang tak lengkap bila lama tak buat.

Petang hari pertama tiba di rumah, saya bersama Encik Suami keluar jalan-jalan di sekitar rumah. Macam biasa, cara saya menikmati alam adalah dengan memerhati dan memotret.

Saya letak di sini foto dan video berikut sebagai kenangan :

Rumput kekeringan dek cuaca panas melampau dan taburan hujan yang sangat kurang (hampir tiada) di bumi Perlis ekoran musim angin timur. Setiap kali melangkah, saya boleh dengar bunyi derap rumput kering dipijak. Fenomena ini berlaku antara bulan Disember hingga Mac setiap tahun. Fakta ini saya ketahui hanya setelah menjadi sebahagian daripada penduduk Perlis 😄

sinaran krepuskular (crepuscular ray)
Pemandangan indah sinaran matahari dari celahan awan. Fenomena ini dikenali sebagai sinaran krepuskular (crepuscular ray).

Sinaran krepuskular ialah sinaran cahaya matahari yang terbentuk apabila matahari berada rendah di ufuk ketika sedang terbenam atau terbit dan dilindungi oleh gunung-ganang atau awan yang rendah. (Sumber info dan bacaan lanjut di laman web MYSA).

Bunga liar yang menarik perhatian saya.

Terpesona saya memerhatikan pokok lalang meliuk dibuai angin yang agak kuat.

Rasa seronok dan tenang jiwa saya dapat memerhatikan alam. Terima kasih Allah atas kurniaan nikmat hidup di tempat yang sesuai dengan jiwa saya meskipun ada beberapa hal lain yang perlu saya terima seadanya.






.

37 comments:

  1. puas hati kali ni ye kak lama dapat duduk rumah sendiri...

    ReplyDelete
  2. panas sangat tu sampai habis kering rumput2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas dan hampir tak ada titisan hujan, itu yang jadi sangat kering.

      Delete
  3. lama sungguh perginya.. kalau tanam pokok, mati kekeringan pokok2nya.. hihihi..

    cantik gambar close up rumput kering tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tanam pokok dalam rumah, tak mati tapi hampir mati 😅

      Terima kasih Lady. Walaupun rumput kering, tapi boleh jadi subjek fotografi yang menarik.

      Delete
  4. Selamat kembali ke rumah Perlis. Lama dan jauh perjalanan tu. Perjalanan santai-santai banyak pengalaman tu. Seakarang musim panas banyak rumput bertukar warna coklat. Pokok lalang tu kalau banyak macam tu, buat photoshoot kat situ pasti menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjalanan yang paling santai kot, paling banyak kali berhenti tidur. Jadi ~13 jam baru sampai 😅

      Delete
  5. tak sagka crepuscular ada dalam bahasa melayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buat entri ni, saya semak di kamus online DBP memang tak ada crepuscular dalam BM. Tapi saya tulis jugak krepuskular sebab ikut penulisan di web MYSA 😄

      Delete
  6. Perlis antara negeri yang sangat cantik landscapnya pada mata saya..Keunikan bukit bukit batu kapur dan tanah datar menyajikan view yang sangat cantik..Balik Kedah baru ni..saya sempat juga ke Perlis .Walau berjiran dengan Kedah tapi saya perasan macam iklimnya berbeza..🤭🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju bab lanskap cantik. Sebab tu saya rela tercampak di sini 😆

      Bab cuaca, bila dah menetap sini baru saya perasan dan tahu yang Perlis ni berbeza dengan negeri lain di Malaysia.

      Delete
  7. Subhanallah cantiknya sinaran cahaya matahari menyimbah rumput² kering tu... Pandai PU potretkan 👍

    ReplyDelete
  8. teringin nak pergi perlis. bila entah agaknya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik cuti beberapa hari, naik ETS ke sini. Mudah dan santai 😀

      Delete
  9. Alhamdulillah kembali semula di bumi Perlis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...lama ditinggalkan.

      Delete
    2. Saya last balik Perlis pun raya idilfitri tahun 2023 yang lepas..

      Delete
  10. saya baru sekali sampai perlis, raya tahun lepas... ada saudara belah isteri di sana... panasnya lain macam.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kan! Datang sekali pun dah boleh perasan cuaca sini macam mana.

      Delete
  11. Lama bermusafir mrsti penat lepas balik.
    Tengok alam semulajadi menjadi terapi jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat, tapi tak boleh rehat. Hari sampai tu dah sibuk bersihkan rumah. Tinggal lama, sana sini taik cicak 😖

      Betul....terapi jiwa buat saya.

      Delete
  12. Alhamdullilah sampai juga akhirnya. Hasil fotonya selalu menarik,cahaya matahari itu agak jarang"juga saya lihat.

    ReplyDelete
  13. Mbak, fotonya cantik-cantik... keindahan alam tertangkap pada foto-foto itu.
    Alhamdulillah sudah sampai kembali di Perlis dengan selamat.

    Salam,

    ReplyDelete
  14. lama betul bermusafir tu. tulah saya dengar sekarang belah utara panas betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sudah tiba musimnya, setiap tahun gitu. Barulah boleh hasilkan mangga harumanis yang harum dan manis 😁

      Delete
  15. Sinaran krepuskular itu kesannya seperti cahaya illahi kalo di film2 atau buku 😍☺️. Baguuus semua kak. Terkadang saat pergi dan mengamati segala hal di jalan, banyak ternyata view indah yang bisa diabadikan seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih banyak kita memerhati, lebih banyak keindahan yang dapat kita lihat 😊

      Delete
  16. Cantik gambar-gambar yang Ujie ambil. Suka tengok. :)
    Tidur dalam kereta bawa turun tingkap sikit tu, tak ada nyamuk menjengah, kah?
    Seronoknya, dapat tinggal di tempat yang sesuai dengan jiwa kita. Saya belum sampai lagi ke tempat itu. Doakan saya ya, satu hari nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur 😊
      Alhamdulillah takde pulak nyamuk, tak tau laa kot tak perasan dek mengantuk sangat 😄

      Semoga Allah maqbulkan hasrat Nur.

      Delete
  17. nampak sgt cuaca betul2 panas skrg
    smpi rumput pun kering
    tp jgn smpi terbakar udah lerrr
    nauzubillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak hujung Disember dah mula terbakar. Hampir setiap hari. Sekarang dah makin kurang.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****