Wednesday 21 February 2024

Tembok Mesir - Hentikan Fitnah, Tuduhan dan Prasangka


Screenshot bertarikh 16 Februari 2024.

Hanya dengan sekeping foto dan susunan kata meruntun rasa,
Lalu tanpa usul periksa ramai sekali yang melulu percaya.

Deretan komen berbaur fitnah dan tuduhan dilemparkan,
Pelbagai kata hinaan penuh amarah dilontarkan.

Mengapa kita mudah percaya?
Kerana kita malas berfikir.
Kerana kita tidak mencari kebenaran.
Kerana kita gemar mencari salah orang.

Kita lupa siapa musuh sebenar kita dalam isu Palestin-Israel.
Kita lupa bahawa kita juga ada tanggungjawab membantu Palestin.

Isu Palestin sepatutnya menyatukan kita umat Islam, bukan pecah belah.
Berhentilah menuding jari sesama negara Islam, tetapi carilah solusi.
Usah ditambah kekalutan yang ada dengan menyuburkan prasangka sesama kita.

Tanyalah diri sendiri, apa sumbangan kita dalam membantu Palestin?
Sudahkah kita berdoa saban hari memohon kemenangan buat Palestin?
Sudahkah kita memperbaiki iman bagi menjadi sekuat rakyat Palestin?


**************************************

Pernahkah kita berfikir sejenak apa akan terjadi kepada negara Palestin sekiranya semua rakyatnya lari meninggalkan bumi Palestin? Mereka tak akan boleh kembali dan negara Palestin tidak dapat didirikan! Itukah yang kita mahu?

Rakyat Palestin akan terus berjuang di bumi Palestin. Sementara itu, kita di sini teruskan berjuang menurut kadar kemampuan kita. Sebarkan semangat perjuangan dan sokongan terhadap Palestin serta jangan pernah putus asa memohon bantuan daripada Allah.

Saya jemput kalian ikuti perkembangan isu Palestin oleh Tuan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) di Facebook - ZRA STRIM. Semoga kita mendapat pencerahan tentang isu Palestin dan tidak melupakan rakyat Palestin yang sedang berjuang di medan peperangan yang memasuki hari ke - 138.

Saya juga memohon kita tidak mengecam pihak yang membuat posting dan berkongsi posting di atas. Setiap kita punya kelemahan sendiri. Semoga pada ketika ini posting tersebut (dan posting lain yang seumpamanya) sudah dipadam. Kita hentikan sebaran berbaur fitnah, tuduhan dan prasangka sesama negara Islam.



حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).”







16 comments:

  1. Jangan berhenti mendoakan kedamaian utk penduduk Palestin .. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  2. Bukan masa utk tuding jari dan salah menyalah sebaliknya sama2 bertindak atas kapasiti masing-masing utk membela saudara kita di sana. Remuk hati tengok keadaan saudara kita di sana :(

    ReplyDelete
  3. Itulah berhati-hati berkata dan semak maklumat yang kita dapat.
    Insya Allah kita buat apa yang mampu.

    ReplyDelete
  4. daripada asyik persoalkan apa yang orang lain buat, elok tanya diri sendiri apa sumbangan kita dalam membantu Palestin. tul kan kak Ujie

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya begitulah membuatkan umat Islam bersatu tapi sebaliknya pula. Teruskan berdoa untuk keamanan saudara kita disana. Terima kasih untuk perkongsian ni.

    ReplyDelete
  6. sedihnya ya Allah.. sedih sehingga sakit dada ni memikirkannya.. Allahuakbar.. setiap negara punyai masalah tersendiri.. begitu juga dengan kita.. tak perlu menuding jari kepada siapa.. Semoga Allah bantu rakyat Palestin dan bantu kita.. ameennnn

    ReplyDelete
  7. Satu hari Palestin akan dibebaskan...bila tiba waktu itu....tak lama la dunia akan kiamat....

    ReplyDelete
  8. betul tu tanya pd diri sblm tunding jari pd org
    hanya Allah mengetahui Kita berdoa jgn putus semoga saudara2 seagama kita Islam akan terbela

    ReplyDelete
  9. Palestine will be FREE. Insya Allah. Teruskan berdoa..!!

    ReplyDelete
  10. Iya sis, seharusnya tidak saling menuduh dan menuding jari, sebaiknya saling sokong dan bersatu, bukan justru saling menebar fitnah.

    ReplyDelete
  11. semoga diberi kemudahan buat semua rakyat Palestin, moga israel laknat akan di turunka bala

    ReplyDelete
  12. Ya Allah... semoga semuanya cpt terselesaikn dgn baik.

    ReplyDelete
  13. nak menyumbang pun takut, takut sumbangan x sampai ... dah mcm2 nama pertubuhan minta sumbangan.

    ReplyDelete
  14. Mudahnya iman kita dibolak balik oleh mereka untuk menutup kesalahan yang nyata..
    Semoga Allah menjaga saudara kita di sana dan menjaga iman kita semua🤲

    ReplyDelete
  15. Allahu.. Saya sampai satu tahap rasa mcm nk berhenti ambil tahu berkenaan Gaza sebab setiap kali cerita yg dtg semua nya sedih sampai kdg2 stress memikirnya.. Allahu semoga Allah beri kekuatan yg tinggi pada rakyat Palestin.

    ReplyDelete
  16. Betul. Tak sepantasnya kita menuduh negara tetangga Palestine tak nak membantu. Menuduh tanpa tahu yg terjadi , jatuhnya bisa fitnah. Seharusnya Negara2 Islam saling support, bukan malah teradu domba. Itu mungkin yg di mau oleh para penjajah biadab itu 😭

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****