Petang semalam posmen PosLaju datang rumah. Walaupun hon motor posmen kedengaran perlahan dan lemah seperti orang belum makan, namun masih dapat saya dengari dari bilik tidur. Berlari anak saya segera ke luar rumah. Encik posmen menyebut nama saya dan menyerahkan sebuah bungkusan. Saya diminta pegang bungkusan untuk dirakam foto bungkusan tersebut. Ambil sekali, tak jadi. Ulang sekali lagi.
Geli hati juga sebab dah bertahun saya tak alami hal begini - ambil bungkusan dan dirakam foto bungkusan di tangan kita 😄. Sebenarnya, kalau dengan syarikat kurier lain saya tak perlu keluar ambil bungkusan pun kerana mereka akan letak saja atas bangku di luar rumah. Makluman dihantar menerusi WhatsApp. Tetapi dengan PosLaju, saya masih perlu keluar ambil sendiri bungkusan yang dihantar. Selagi tak keluar selagi tu berbunyi hon.
BINGKISAN DARI KUANTAN
Alhamdulillah…bingkisan dari Kuantan kiriman blogger Mulan selamat saya terima. Rezeki menjadi ‘top commentators 2023’ di blog beliau (walaupun nombor hujung-hujung 😅), dapatlah merasa hadiah istimewa ini.
Lengkap dengan nota (sila klik foto untuk paparan lebih jelas). Eh, mana ada ‘tak seberapa’….
Bukak bekas plastik, tu diaa macam-macam ada!
Empat barang dengan hampir semuanya warna senada. Seronok sungguh, tambahan pulak dapat warna-warna yang saya suka 😍
Kita gantung tote bag begini, barulah jelas nampak saiznya. Tak besar sangat dan tak kecik. Mulalah terfikir nak isi apa dalam beg ni. Eh, macam-macamlah boleh isi. Banyak kegunaannya.
TERIMA KASIH BUAT SAHABAT BLOGGER MULAN ❤️
SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN REZEKI DAN SENTIASA DALAM RAHMAT-NYA.
.
Tahniah. Dapat bekas Tupperware lagi. Semua praktikal.
ReplyDeleteSelamat menggunakan hadiah diterima.
wahh.. bestnya dapat bekas comel
ReplyDeleteTahniah. Rezeki tu dapat hadiah tupperware 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sampai. Terima kasih selalu singgah blog dan komen :)
ReplyDeleteSama-sama sis 😊
Deletecantik design tote bag tu
ReplyDeleteBestnya dapat hadiah Tupperware 🤩
ReplyDeleteTote beg tu pun lawa betul...semoga bertambah luas rezeki Kak Mulan dan PU juga, semoga bertuah selalu :D
kita senada pink...yg ni senada pepel..cantik beg tote tu
ReplyDeleteCantik.. macam2 dpat dalam satu hadiah...
ReplyDeletewaahhh tupperware! cantiknya tote bag tu!
ReplyDeleteSeronoknya dapat hadiah banyak, rezeki tak salah alamat!
ReplyDeleteTahniah, Ujie.
ReplyDeleteOh, masih lagi kena ambil gambar dengan poslaju ye. Saya pun baru tahu ni. :D
Cantik bingkisan hadiahnya...bisa buat koleksi tudung dan Tupperware juga sekaligus berguna.
ReplyDeletecantik sungguh hadiahnye.. mula2 tengok bungkusan tu bulat, terbayang2 kepala si merah dalam crite megamatho tu.. :D megabot ek? hehe
ReplyDeleteAlamak…tak tau 😀
DeleteTote bag boleh bawa pergi shopping, skrg byk kedai tak sediakan beg plastik termasuklah kedai eco, hehehe. Tahniah, Ujie. Tupperware tu mahal.
ReplyDeleteBeda lagi warna Tupperware yg ini yaaa 😍👍. Congrats kaaak, bagus2 hadiah yang dikirim kak Mulan
ReplyDeleteTahniah kak Ujie. Aiseh saya pun segan kalau poslaju suruh pose.
ReplyDeleteSekarang saya tak rajin nak keluar bila kurier hantar. Masing masing dah biasa. Letak parcel dalam pagar, pastu send gambar kat whatsapp. Senang tak kelam kabut nak keluar.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah kak. menarik semua hadiah yang diberikan. Saya perasan kak Mulan bagi hadiah pada penerima ikut tema warna gitu.