Thursday 15 February 2024

Balik Kampung 3H2M

Balik kampung kali ini, kami cuma ke rumah mak saya di Pontian. Kami tak balik rumah mak Encik Suami di Batu Pahat kerana mak berada di rumah adik di Perlis.

Kepulangan kali ini juga agak berbeza kerana kesihatan mak saya yang semakin merosot sejak pertengahan Januari lalu. Kalau sebelum ini mak cuma perlukan tongkat, kali ini mak perlukan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau.

Sedikit coretan selama 3 hari 2 malam (9 - 11 Februari 2024) di kampung buat rujukan dan kenangan di masa akan datang :

PENUNGGANG AGAMA? | Semasa melakukan kerja-kerja mengemas rumah mak, saya jumpa kertas ini. Terkejut saya bila baca butiran pembelian al-Quran dengan harga sebegitu mahal! Mak bercerita, ada orang datang rumah menawarkan pembelian al-Quran untuk diwakafkan. Pihak mereka juga akan membacakan al-Quran untuk senarai nama yang diberi pembeli.

Tepuk dahi saya mendengarnya. Walau dah berkali saya pesan pada mak jangan layan orang begini, tetap jua mak terpedaya. Sebelum ni kalau mak nak menderma ke mana-mana, mak akan maklumkan kepada saya untuk buat urusan. Kali ini entah apa ayat manis si penunggang agama sehingga terpedaya mak saya (dan beberapa orang jiran lain yang juga warga emas). Mungkin berat tuduhan saya mengatakan orang tersebut penunggang agama. Tapi dengan semua bukti yang ada, apa lagi perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini? Datang dari Pahang ke kampung di Johor mendekati warga emas, menjual al-Quran yang tak wujud dengan harga beratus ringgit dengan alasan untuk wakaf dan kod QR pada bil yang tidak memaparkan apa-apa maklumat.

BUAH PULASAN ISI TEBAL MANIS RASANYA | Alhamdulillah rezeki balik kampung kali ini pokok pulasan di tepi rumah mak sedang berbuah. Ada sedikit yang sudah boleh dimakan dan banyak lagi masih berwarna hijau. Bolehlah ahli keluarga yang lain turut merasa bila tiba masa mereka balik kampung nanti.

Foto di atas - Encik Suami panjat pokok petik buah. Tiga orang anak saudara jadi tukang kutip dan tukang makan. Saya pula tukang memerhati dan tukang merakam foto sambil mendukung si kecil.

MAKAN MALAM DI RUMAH KOPI SOGAMA | Kunjungan kali kedua kami di sini. Kami bawa dua orang anak saudara bersama. Perubahan kali ini, sudah ada ruang tambahan di belakang kedai menjadikan tempat ini lebih luas bagi memuatkan pelanggan yang ramai.

Suasana di lebuh raya sewaktu kami kembali menyambung perjalanan.
TIDUR 1 JAM DI R&R SENAWANG | Kami bertolak dari rumah mak menuju ke rumah NS kira-kira pukul 6 petang. Jalan raya sesak tapi kenderaan masih bergerak. Masuk waktu malam, mata saya mulai mengantuk dan asyik terlelap. Encik Suami pun saya perhatikan kerap kali menguap. Akhirnya Encik Suami bersuara, katanya nak berhenti di hentian untuk tidur. Suasana sesak di hentian, Alhamdulillah dapat juga ruang parkir. Kami matikan enjin kereta dan buka sedikit tingkap kereta sebelum sama-sama terlelap.

Sekitar 1 jam atau lebih kami tidur, kami kemudiannya menyambung perjalanan. Sebenarnya dah tak jauh sangat untuk kami exit tol Nilai. Tapi kalau pemandu terlalu mengantuk, wajiblah berhenti rehat. Biar lambat asal selamat.

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah NS kira-kira pukul 1 pagi.






.

18 comments:

  1. Itu yang SA risau kalau tiba- tiba ada orang macam ni datang rumah..Pak Zain tu plak jenis suka melayan orang..x pasal2 tertipu nanti...mintak dijauhkan la...Rantau? hehehe..Kampung Pak Zain tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah tak sebab biasanya sasaran mereka warga emas di kampung. Yang di perumahan jarang dengar jadi sasaran.

      Delete
  2. skrg ni mcm2 cara nk kenakan org, nak lg warga emas kan mudah dia pedaya.
    ingat arwah mak dulu pun

    ReplyDelete
  3. Apabila dikatakan baca al-Quran untuk nama diberi pembeli memang rasa pelik.
    Itulah betul ke wakaf al-Quran.
    Seronoknya dapat makan pulasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kata, panjang senarai nama, lebih banyaklah kena bayar. Memang menjual agama sungguh!

      Alhamdulillah rezeki merasa pulasan. Tak banyak tapi cukuplah buat merasa.

      Delete
  4. Tak tahu nak cakap orang macam tu. Kasihan pada orang tua, banyak tu. Seronok dapat balik kampung ye, Ujie. Semoga ibu Ujie sihat² hendaknya. Eloklah tidur di R&R tu. Atau lain kali, bole cari kopi, bila mengantuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..terima kasih doa Nur.

      Mulanya memang nak cari kopi. Dah berhenti kat hentian sebelum tu tapi tak dapat parking nak turun beli kopi.

      Delete
  5. Kdg org tua begitulah, susah nak menolak jika ada yg approach khususnya berkaitan derma dsbnya...
    Semoga bonda cepat sembuh aamin 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa serba salah agaknya nak menolak sebab berkaitan agama.

      Aamin…terima kasih doa PH.

      Delete
  6. Memang tak salah diistilah sebagai Penunggang Agama. Eh, lama sy tak mengopi di Sogame tu.. dah tambah lagi ruang belakangnya ya. Memang sentiasa penuh pelanggan, wajarlah ditambah ruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ruang belakang ni tak ada bumbung. Masa kami sampai bangku basah sikit, duduk jugaklah sebab tempat lain dah penuh.

      Delete
  7. aduh malunya orang Pahang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah betul ke wujud mereka tu di Pahang. Tak check.

      Delete
  8. semoga mak kak Ujie diberi kesihatan yang baik. Alahai, bahaya betul scam macam tu. orang tua mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  9. Walau berhati-hati tapi ada masa terkena jua.

    Moga mak kak Ujie kuat dan sihat dalam meledani rutin harian.

    Saya penggemar buah pulasan, suka pulas buah tu dan tengok kulitnya yang tebal berbanding kulit buah rambutan.

    Kami pun macam ni jugak, bila pilot dan co-pilot mengantuk, memang sebaiknya cari hentian rehat. Biar lambat sampai, asalkan selamat.

    ReplyDelete
  10. Aduhaiii..masih ada yang buat kerja menipu warga emas. Memang tak masuk akal betul harga tu. Harap pelakunya insaf dan terima balasannya. Orang kampung bukan orang senang.

    Suka buah pulasan, isi tebal. Betul tu, biar lambat asal selamat.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****