Thursday 24 August 2023

Mengintai Si Comel

Foto-foto berikut dirakam sewaktu saya berada di rumah mentua di Batu Pahat, Johor pada bulan April lalu. Rasa seronok dapat mengintai dan memotret gelagat dua ekor anak burung dalam sarang yang terletak di sebatang pokok kecil di belakang rumah.

Jom kita tengok gelagat si comel ni…

Mengintai anak burung
Mata terpejam, sedap tidur ya.

Mengintai anak burung
Deria pendengaran burung begitu peka dapat segera menangkap bunyi kehadiran saya, kedua-dua anak burung membuka mata dan mengangkat kepala.

Mengintai anak burung
Yang seekor terus membuka mulut, menyangka ibu burung datang membawa makanan. Yang seekor lagi buat tak tahu je, terus sambung tidur memejamkan mata 😀

Mengintai anak burung
Ah…letih buka mulut, tak ada makanan diterima.

Maafkan saya, bukan nak mengganggu atau mempermainkan perasaan mu wahai anak burung. Saya sekadar nak memerhatikan sebahagian daripada kekuasaan Allah dan mengabadikannya dalam bentuk foto. 

Saya kagum melihat kegigihan burung membuat sarang,  satu persatu dedaun dan ranting kering di bawa ke dahan pokok lalu menjalinnya menjadi sarang yang unik. Ya, unik kerana lain spesis burung lain pula rupa sarangnya.

Memerhatikan anak burung, ibu burung dan sarang burung saja pun dah cukup banyak perkara untuk kita pelajari dan insafi. Begitulah kehebatan Allah dalam menciptakan segala yang di langit dan di bumi dengan kepelbagaian. Sekiranya kita perhatikan satu persatu dan memikirkannya, timbul rasa kerdil diri menyedari kita cuma makhluk yang tak punya apa-apa kuasa. Allah adalah Tuhan dan kita hanyalah hamba. Semoga kita mampu menjadi hamba yang sentiasa tunduk patuh pada perintah Allah yang telah menciptakan kita. Tak mudah, tapi kita terus berusaha.






.

27 comments:

  1. Setiap makhluk termasuk burung Allah dah sediakan rezeki untuk mereka.

    ReplyDelete
  2. dia ingat ibu dia dah balik hehe comel je...kalau sarang rendah2 risau nampak dek kucing habis la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu, mujur ni tak rendah sangat dan tak tinggi sangat. Tapi kalau ada kucing cuba panjat pokok ni, memang tak selamatlah anak burung.

      Delete
  3. betul tu gigih si ibu siapkan sarang, ciknur penah perhati je dulu satu satu diangkut kayu2 kecil buang sarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…saya pun pernah perhatikan, itu yang rasa Ya Allah…kagumnya!

      Delete
  4. kann... burung buat sarang dengan cepat. Nanti bila anaknya dah pandai terbang,
    tinggallah sarang tu kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih buat cuma untuk sekali guna, demi keselamatan anak 👍🏽

      Delete
  5. Ujie kenapa tak masukkan cacing sekor dalam mulut dia, hehehe. Comel.. hari tu ada cousin sy pun rakam anak burung dalam sarang.. sebijik mcm ni jenis burungnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adudu…nampak cacing pun saya dah lari dulu Sk 😂
      Entah apa nama spesis burung ni, ibu burung pun kecik je.

      Delete
  6. alolo comeynya..cian dia nganga tak ada makanan masuk pun ke mulut..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ler anak burung, acik jenguk je tak bawak makanan 😄

      Delete
  7. Saya pun pernah mengambil gambar sebegini.. Anak burung di pokok jambu di belakng rumah saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya…saya ingat entri gambar burung tu. Agaknya jenis burung yang sama sebab tak tinggi sarangnya.

      Delete
  8. Kata anak burung....mak..tak ada nih yang masuk mulutku😁...burung saja bisa buat sangkar, berlapis dan berhelai"...intinya kalau mau berusaha dan gigih mudah"an tercapai segala sesuatunya

    ReplyDelete
  9. Rare ni...ingatkan di comel tu anak bulus :D
    Betul, setiap kejadian alam, makhluk semuanya menunjukkan kebesaran Allah.

    ReplyDelete
  10. Cute sangaaaaat 😍😍😍. Benar kak, terkadang saya pun tak habis pikir, bagaimana seekor burung bahkan yg size kecil, bisa membuat sarang burung seperti itu. Memang kekuasaan Allah yg menciptakan makhluk dengan segala kemampuannya yaa ❤️

    ReplyDelete
  11. Msa anak burung buka mulut kenpa tak cuba bagi makanan? hihii..
    btul tu setiapa apa yg didunia ini adalah pengajaran jika mengmbil ia sbgai satu pengajara seperti ibu burung yng mmbuat sarang tu

    ReplyDelete
  12. Nasib baik anak burung tidak takut.
    Itulah kagum kerajinan burung buat sarang.

    ReplyDelete
  13. suka tengok...comel...aloloo..ciannya...Allah ilhamkan burung buat sarang pelbagai design, drpd sini manusia mendapat ilham buat roti canai sarang burung..hehe..

    ReplyDelete
  14. sedap tidur sambil tunggu maknya balik bawa makanan

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****