Tuesday 8 August 2023

Catatan 2 - 6 Ogos 2023

Alhamdulillah saya kembali mencoret di blog setelah 6 hari terpaksa menyepi diri. Selama 4 malam bermula hari Rabu sehingga hari Ahad lalu saya berada di rumah kami yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan (NS). Encik Suami ada urusan di kawasan berhampiran, jadinya kami menginap sajalah di rumah NS sehingga hujung minggu sambil menyelesaikan beberapa hal sendiri.

Memang lebih selesa menginap di rumah sendiri berbanding di hotel. Cuma masalahnya liputan talian telefon dan internet di sini sangatlah mengecewakan. Tak stabil. Nak hantar mesej WhatsApp pun kadang ambil masa, apa lagi nak berblog memang susahlah. Tak mahu sakit hati, saya fokus saja pada hal lain yang tak memerlukan talian internet.


CATATAN 2 - 6 OGOS 2023

2 Ogos, pukul 3 petang | Terowong Meru, Perak
Perjalanan dari Pulau Pinang (PP) menuju arah KL kali ini sangat mencabar dek kerana banyak halangan di lebuh raya. Aliran trafik bergerak sangat perlahan di beberapa lokasi, ada kemalangan dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Kami keluar dari rumah PP waktu tengah hari dan tiba di rumah NS waktu malam (termasuk berhenti solat & makan). Badan terasa sangat letih!

Sisi bagusnya (bila trafik bergerak perlahan), buat pertama kalinya saya dapat betul-betul memerhati suasana di dalam terowong Meru. Barulah saya perasan di bahagian tengah terowong terdapat satu laluan menuju ke terowong sebelah, iaitu terowong Menora. Selepas keluar dari terowong pula, saya dapat memerhatikan bunga orkid hutan (yang biasa dapat di lihat di tepi jalan di Cameron Highlands) dan tumbuhan periuk kera bergantungan di lereng bukit. Cantik!

Pajam, NS
Bahang suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 hangat terasa. Sana sini meriah dengan kibaran bendera. Serabut pulak mata saya memandang, lebih lagi bila terlalu banyak bendera dipacak di simpang jalan utama yang sesak dan sibuk dengan kenderaan.

Saya berharap suatu masa nanti, suasana pilihan raya kita tidak lagi perlu kepada ‘perang bendera’. Selain soal serabut mata memandang, apa yang lebih penting adalah berkenaan pembaziran wang dan keselamatan jalan raya. Zaman dah berubah, manfaatkan saja teknologi atau kaedah lain yang lebih bagus.

Sushi King, Aeon Mall Nilai.
Pertama kali saya cuba makan di restoran makanan Jepun - Sushi King. Selain hidangan di atas, ada dua jenis makanan lain yang tak ikut berfoto. Semuanya habis kami makan, maksudnya tekak saya boleh terima. Tetapi nampaknya ini bukanlah jenis makanan yang memenuhi cita rasa saya. Tak rasa nikmat macam makan masak lemak cili api atau menghirup kuah tom yam πŸ˜…

Donut peach / flat peach.
Balik dari kerja pada hari Khamis, Encik Suami bawa balik buah yang heboh diperkatakan orang ni. Yang lucunya, Encik Suami tak tahu langsung pasal buah ‘donut peach’ πŸ˜„. Encik Suami beli sebab ternampak buah yang tak pernah dilihat ni di kedai buah MBG.

Harganya RM79.90 per kg. Encik Suami beli 3 biji dengan harga RM24.60, cukuplah buat kami berdua merasa. Diberi juga percuma 3 biji buah oren Navel.

Jadinya, sedap ke tak buah ‘donut peach’? Kulit luarnya warna kemerahan dengan tekstur macam baldu, isinya lembut berjus, berbau wangi dan manis rasanya. Bijinya kecil je. Masya Allah, sangat sedap! Kena makan buah yang cukup merah, barulah betul-betul sedap. Ada sebiji kami makan kulitnya kurang merah, jadinya kurang manis dan kurang wangi.

Dapat oleh-oleh dari jiran setaman yang baru balik menunaikan haji. Alhamdulillah rezeki. Segan juga saya, dah lebih tiga tahun tak menetap di rumah NS tapi masih menerima kebaikan daripada jiran di sini.

6 Ogos, pukul 1 petang | R&R Jejantas Sg. Buloh, Selangor
Dalam perjalanan balik ke rumah PP, kami singgah makan dan solat di R&R. Saya pilih meja makan menghadap lebuh raya. Mula-mula seronok jugak sebab dapat tengok pemandangan lebuh raya dari kedudukan tinggi. Tapi lama-lama macam pening kepala pulak tengok kenderaan bergerak dari dua hala πŸ˜„

Alhamdulillah perjalanan balik lancar. Tak banyak kenderaan menuju ke utara pada hari Ahad. Juga tak ada kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan tak banyak kenderaan berat.

Semalam (hari Isnin) badan rasa kurang sihat, jadi saya berehat sajalah. Hari ini dah sihat, bolehlah kembali berblog 😊






.

25 comments:

  1. Wah...jauh perjalanan kak...boleh byg letihnya mcm mn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan jauh dan kena pulak jalan sesak, itu yang letih duduk lama dalam kereta.

      Delete
  2. Ikan apa yang kurus kecil itu ye Ujie.
    Donut peach memang sedap kalau sudah masak. Wangi dan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan Shishamo, macam rasa makan ikan masin. Dalamnya penuh telur ikan.

      Delete
  3. Nanti pergi mengundi tak? Itulah di Melaka bersih tidak ada bendera tapi masa lalu ke kampung tiba-tiba banyak nampak bendera.
    Sayapun ada nampak donut peach masa di kedai buah. 3 biji RM17 tidak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengundi kot NA, tak balik NS hujung minggu ni.

      Delete
  4. donut peach ni dah lama dekat pasaran tak tau la macam mana boleh viral pula sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur jugak viral, barulah akak perasan kewujudan buah ni 😁

      Delete
  5. Namanya lain² ye puan ujie? Selama ni saya ingat Terowong Menora tu utk keseluruhan terowong tersebut (dua² hala) Terowong Meru pula saya ingat nama lain bagi Terowong Menora.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bila kerap lalu, barulah saya perasan dua terowong ni ada nama berbeza.

      Masa nak masuk terowong ada tertulis namanya, arah selatan Meru dan arah utara Menora.

      Sebelum ni saya ingat sama je dua-dua nama Menora πŸ˜…

      Delete
  6. saya pun naik serabut mata bila bendera parti terlalu over di pasang sana sini. wahhhhhh donut peach harga kayangannnnnn akak dah merasa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kayangan…merasa boleh, makan selalu tak bolehlah πŸ˜„

      Delete
  7. Laaa... saya rasa, saya ada jumpa buah donut peach kat pasaraya semalam. Cuma, saya tak rasa nak beli. Hehe.. macam pelik sikit rupa dia.
    Alhamdulillah, dapat rezeki pemberian orang balik haji.
    Saya pernah duduk di tempat yang sama Ujie, di Burger King tu. Memang pening tengok kereta banyak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak rasa nak membeli donut peach sebab mahal, itu tak mencari. Tapi dah laki beli, kita terima dengan gembira πŸ˜€

      Kan…bila dok tengok lama-lama kenderaan bergerak tu jadi pening pulak. Nak merasa duduk situ kan…rasalah! πŸ˜„

      Delete
  8. Saya belum pernah lalu Terowong Meru...baru tau ada terowong tu.selama ni tau Terowong Menora jaπŸ™ˆ

    ReplyDelete
  9. Eh...nama ja yg lain ye...adoii..nampak sangat saya ni tak study..baca 2 kali baru faham..hiihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ˜‚ dah kerap sangat lalu sampai tak perasan nama kat depan terowong tu ya…

      Delete
  10. Syukur alhamdulillah, perjalanan lancar.. Semoga segala urusan Ujie dipermudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…
      Terima kasih doanya 😊

      Delete
  11. jauh betul perjalanan nya tu Ujie hehhe... adoi blm tamat baca coretan Bangkok ... nak smbung balik baca.. zassssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun belum tamat menulis coretan Bangkok πŸ˜„
      Tulis ikut mood, gitulah.

      Delete
  12. Saya pun sering begitu, kalo sedang tak kena traffic jam, mata tak terlalu memperhatikan sekitar. Tapi di saat jam, baru sadar ada hal2 yg ternyata tak pernah kita perhatikan di saat normal ya kak πŸ˜„.

    Mood menulis nih memanglah naik turun. Saya aja msh banyak draft yg belum publish. Rasa tak ada mood utk menulis 🀣. Tapi tetap saya paksa, at least sebulan harus ada 2 tulisan πŸ˜…. Minimal 😁

    ReplyDelete
  13. kalau lalu terowong ni mmg tak sempat tengok kiri kanan sbb jd driver...pandang depan je..hihi...kurus betul ikan Sushi King tu..mesti rangupkan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****