Tuesday 1 August 2023

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok

[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Kelima | Ahad, 2 Julai 2023]

Pagi hari terakhir di kota Bangkok, saya dan Encik Suami sempat membuat lawatan ke sebuah muzium yang terletak tak begitu jauh dari hotel penginapan kami. Jaraknya sekitar 800 meter, boleh naik tuk tuk yang sentiasa menunggu pelanggan di bahu jalan besar atau berjalan kaki saja. Kami memilih untuk berjalan kaki, ia cara terbaik untuk kita melihat-lihat tempat asing secara lebih dekat. 

Berpandukan aplikasi Google Maps, kami menyusuri laluan pejalan kaki untuk ke muzium. Tak sesat dan laluannya mudah tak perlu melintasi jalan besar. Cuma kena tahan panas matahari 😅


SUAN PAKKAD PALACE MUSEUM
The Suan Pakkad Palace Museum was the former palace of Prince Chumbhot Paribatra (a grandson of King Chulalongkorn (Rama V)) and his wife Mom Rajawongse Pantip Paribatra. The palace was converted to a museum in 1952 under the management of the Chumbhot-Pantip Foundation.

The original museum consisted of eight tradisional Thai houses dismantled and rebuilt in the present locations. The houses linked by corridors and give the impression of a single structure.

The centerpiece of this palace museum is the newest addition built in 1996 to display the ancient Ban Chiang collections.

‘Suan Pakkad’ means a cabbage garden, as the area was popular for cabbage farming.

- sumber info :  tour-bangkok-legacies.com & pamphlet muzium.


Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
10.20 pagi | Tiba di Suan Pakkad Palace Museum.
Sebaik saja kami memasuki perkarangan kawasan muzium, pengawal keselamatan terus membawa kami menuju ke bangunan ini (foto di atas). Saya sangkakan inilah bangunan muzium yang bakal kami lawati. Rupanya ia cuma bangunan pentadbiran.

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
Seorang staf perempuan menyambut kami dengan mesra dan bertanya kami datang dari mana. Setelah membuat bayaran tiket masuk, kami diberi pamphlet dan kipas tangan seorang satu. Beg galas yang kami bawa pula perlu disimpan dalam locker yang disediakan. Locker tersebut berkunci dan kita pegang sendiri kuncinya. Cuma beg bersaiz kecil saja yang dibenarkan bawa bersama.

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
Kedudukan 8 buah rumah tradisional Thai di Suan Pakkad Palace Museum. Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Dengan merujuk pamphlet, kami diberi penerangan ringkas berkenaan kompleks muzium yang terdiri daripada 8 buah rumah tradisional Thai yang akan dilawati. Beliau maklumkan juga bahawa tiada sebarang foto boleh dirakam di dalam rumah-rumah tersebut.

Hanya foto-foto berikut yang dirakam di bahagian luar bangunan saja dibenarkan. Cukuplah sebagai satu memori untuk saya kenang pada masa akan datang.

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
Ada laluan penghubung antara rumah-rumah di tingkat atas. Kena buka kasut bila lalu atas ni. Kasut masukkan dalam beg plastik yang disediakan, lepas tu kita peganglah beg plastik tu ke sana ke sini. Bila turun ke tingkat bawah, baru pakai balik kasut. Tempat permulaan naik dan turun berbeza, itu yang kena bawa kasut bersama kita.

Bayangkanlah…tangan kanan saya pegang kipas tangan dan tangan kiri pegang beg plastik kasut 😄. Kipas tangan tu bukan saja-saja beri sebagai cenderahati tau, tapi memang sangat berguna untuk kita berkipas semasa melawat rumah-rumah di sini. Kalau tak silap ingatan saya, cuma ada satu atau dua ruangan tertentu saja yang ada pendingin hawa.

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
Eh, ada burung comel dalam sarang! Rendah si burung ni buat sarang, saya perlu rendahkan badan bagi mendapatkan foto di atas. 

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
Bunga teratai berkembang cantik. Pergi melawat muzium, tapi mata saya tetap mudah terpesona dengan keindahan flora dan fauna.

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
Tengah merakam foto alam, seorang staf datang menghampiri kami. Beliau mengajak kami ke bahagian seterusnya yang menempatkan Royal Barge dan The Lacquer Pavillion. 

Suan Pakkad Palace Museum, Bangkok
The Lacquer Pavillion.
Staf menunggu di luar, kami naik masuk sekejap dalam ni.

Kami habiskan masa sekitar 1 jam saja di sini, tak boleh berlama sebab nak daftar keluar dari hotel pada pukul 12 tengah hari. Perlukan lebih masa kalau betul-betul nak membelek segala bahan pameran - alat muzik, barang kemas, senjata, artifak dan lain-lain.

Saya suka meneliti seni bina rumah-rumah yang ada di sini - bentuk pintu/tingkap dan ukiran-ukiran yang mengagumkan. Tapi kadang-kala rasa seram dan kurang selesa sikit bila masuk ruangan yang terdapat banyak patung-patung Buddha.

Staf-staf di sini ramah dan rajin memberi penerangan tanpa perlu kami tanya. Walaupun mereka bukan sentiasa ada di setiap rumah yang kami lawati, tapi mana yang kami jumpa tu memang nampak bersungguh bercerita. Lawatan singkat yang menarik.


—————————————————————-

SUAN PAKKAD PALACE MUSEUM,
352 - 354, Sri Ayudhaya Road,
Ratchathewi, Bangkok,
Thailand.

Waktu operasi :
Setiap hari | 9 pagi - 4 petang

Harga tiket :
Pelancong asing | 100 Baht
Warga Thai | 50 Baht






.

42 comments:

  1. Unik dan cantik seni binaan bangunan dia. Ye, rasa seram tu mesti ada kalau masuk mana mana muzium pun. Lagi-lagi Thailand, extra seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada banyak patung, rasa macam ada yang memerhati 😅

      Delete
  2. Kagum tengok seni bina ukiran yg ada pada rumah tue . Cantik

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Menarik bagi peminat sejarah dan seni bina.

      Delete
  4. Replies
    1. Memang kontra dengan suasana luar muzium yang sibuk, suasana dalam ni macam kita jalan-jalan dalam taman.

      Delete
  5. Apalah tak boleh ambil gambar.. Dulu² bolehlah.. Sekarang dah banyak muzium boleh ambil gambar. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…orang kuat muzium bersuara 👍🏽

      Delete
  6. Seronok melihat keindahan senibina serta kehijauan tumbuhan di sini. Alangkah seronoknya dapat berjalan² di atas koridor yg menghubungkan antara rumah² tersebut sambil menghirup udara segar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang terasa perit jugak tapak kaki sebab ada laluan yang disimbah cahaya matahari 😄

      Delete
  7. bestnyaa mpa ada rezeki juga suatu hari nanti melawat tempat2 camni

    ReplyDelete
  8. Sayang tak boleh ambik gambar, mesti cantik bahagian dalam rumah istana tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik rumah binaan tradisional Thai, tapi ada juga ruangan yang akak tak berani nak berada lama membelek bahan pamerannya 😄

      Delete
  9. Menarik, melawat muzium bentuk rumah tradisional.
    Penuh tangan pegang barang ye, Ujie.
    Tajam mata, boleh nampak burung di sarang. Cantik gambar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke sana ke sini dengan barang di tangan. Tak lama pun, tapi saya yang rasa rimas 😅

      Kebetulan ternampak burung tu terbang masuk ke sarang, itu yang perasan.
      Terima kasih Nur 😊

      Delete
  10. Replies
    1. Ya, banyak tumbuhan hijau. Rasa tenang dan nyaman.

      Delete
  11. Kiranya tidak sempat masuk semua 8 buah rumah tradisional ya?
    Bagus ada penerangan daripada staf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat masuk semua 8 buah rumah. Cuma tak sempat nak membelek beria. Biasanya saya suka baca semua info. Kali ni pilih-pilih jelah mana nak baca. Dan ada tempat yang setakat tengok sekali lalu je.

      Delete
  12. Macam kipas tangan malaysia pun ada...

    ReplyDelete
  13. Cantik juga ya area Muzium ni. Saya tak pernah ke Bangkok tapi ada juga teringin ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada kesempatan Ezna ke sini juga ya.

      Delete
  14. masuk muzium selalu jadi serammm hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…lagi pulak kalau cuma kita aje pengunjungnya 😅

      Delete
  15. Jinaknya burung tu tak terbang walau dirakam fotonya..cantik tempatnya...
    Suan tu agaknya apa la maksudnya...sebab dulu masa sekolah salah sorang rakan sya berbangsa Siam...namnaya Suan a/p Airom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung tu baru je masuk sarang, saya datang ambik gambar dia. Agaknya malas nak keluar, dia biar jelah saya berfoto-foto 😄

      Kalau merujuk kepada nama muzium ni, suan = taman/kebun.

      Delete
    2. hahaha...lawak la Ujie kata burung tu malas nak keluar🤣

      Oh...Suan maknanya taman...tq info

      Delete
    3. Cuba menjiwai perasaan burung 😆

      Sama-sama mamaCella 😉

      Delete
  16. Seronok masuk muzium bila ada tour guide bantu kita.. ok sgt suasana tenang dan aman jer.. bab kene bawa kasut dlm plastik tu mmg biasa kat Thailand kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh…tak tau pulak pasal bawa kasut tu. Maklumlah baru pertama kali jalan-jalan di Bangkok.

      Delete
  17. Lama tak ke muzium...dulu selalu juga pergi
    tapi muzium Bangkok mesti lain

    ReplyDelete
  18. Saya selalu suka datang ke museum macam ini kak. Dan Bangkok memang banyak museum yang menarik.

    Rindu sangat pengen kesana lagi 😄👍. Mungkin nanti museum ini bisa saya masukkan dalam ITIN saya utk di visit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, lihat di Google Maps ada banyak muzium di sekitar Bangkok. Tinggal pilih nak ke muzium mana yang sesuai minat kita.

      Delete
  19. Cantik senibina. Kami pun suka masuk muzium kalau travel. Thailand ni hijau2 je sekelilingnya. Suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya masuk muzium ni, kita boleh tahu serba sikit sejarah tempat tu. Bila lebih faham, kunjungan kita jadi lebih bermakna.

      Delete
  20. menarik muziumnya..suka tengok rumah tradisional thai, mcm gaya rumah melayu pun ada..dulu pergi rumah Jim Thompson, rumah kayu jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak plan nak ke rumah Jim Thompson aritu, tapi masa tak cukup kena pilih-pilih mana nak dituju.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****