Friday 11 August 2023

Afanti China Halal Food, Bangkok

Kembali menyambung catatan perjalanan di Bangkok. Insya Allah lagi beberapa entri, tamatlah siri catatan Bangkok.

Berbalik kepada tajuk entri - kalau ikut itinerari, kami akan makan di Samat Muslim Food (restoran masakan Thai) yang terletak di seberang jalan besar. Tak jauh dari penginapan kami di KC Place Hotel Pratunam (hotel penginapan kami yang kedua).

Tapi sebab kami datang sewaktu Hari Raya Aidiladha, restoran tersebut tak beroperasi selama beberapa hari kami di sana.

Jadinya, saya buat carian kedai makan halal di aplikasi Google Maps dengan menaip ‘halal food near me’. Saya baca ulasan dan menu setiap kedai sebagai penilaian awal. Akhirnya saya memilih untuk cuba makan di Afanti China Halal Food berbanding beberapa kedai makan lain yang agak kurang meyakinkan status halalnya. Nampaknya, terpaksalah kami makan masakan negara China sewaktu berada di Thailand 😅


AFANTI CHINA HALAL FOOD
Afanti China Halal Food sebuah restoran masakan Uyghur yang terletak di Jalan Ratchaprarop, jaraknya cuma 230 meter dari penginapan kami. Kami berjalan melalui kaki lima deretan kedai dan membelok ke sebuah lorong untuk tiba di restoran ini.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Restoran dengan hiasan dalaman yang nampak mewah.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Buku menu. Sila klik foto untuk paparan lebih jelas.
Seorang perempuan tempatan (berwajah Melayu) dan bertudung datang melayan kami. Pada mulanya saya bertanya dalam bahasa Inggeris, beliau macam kurang faham. Lepas tu saya cakap jelah bahasa Melayu dan dibalas cakap Melayu.

“Eh, boleh cakap Melayu…” 
“Boleh, saya Melayu”

Terus kami sama-sama tersenyum lebar 😁. Tapi bukan semua yang saya tuturkan boleh difahami oleh beliau. Bahasa Melayu yang digunakan juga bukanlah bahasa Melayu seperti kita, kedengaran agak sukar dituturkan. Apa pun, ia tetap jua perkara yang menggembirakan apabila kita dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu di tempat asing.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Ada dua sebab foto ini saya kongsikan - saya tertarik dengan corak pada pinggan dan satu lagi saya nak bagitau bahawa saya tak pandai pakai chopstick 😅. Mujur juga disediakan garpu, tidaklah susah payah saya nak makan mi guna sudu seperti yang terjadi sewaktu kunjungan kami ke Guangzhou, China suatu masa dulu.

Kami sempat makan di restoran ini sebanyak dua kali. Bukanlah kerana suka sangat, tapi lebih kepada terpaksa kerana tak ada pilihan lebih baik. Foto-foto di bawah merupakan makanan yang kami makan untuk dua kali kunjungan ke sini.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Signature Beef Noodles / 150 Baht. Rasanya oklah boleh makan.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Braised Beef Noodles / 195 Baht. Yang ni sedap, sesuai cita rasa kami. Dua kali datang, dua kali kami pesan mi ni.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Masa tengok buku menu kalau tak silapnya kami pesan Beef Bun. Tapi bila sampai rupa begini. Agak keras liat kulit luarnya, dalamnya cuma ada sedikit inti daging.

Afanti China Halal Food, Bangkok
Yang ni paling sendu nak makan. Nampak macam sedap, bila dimakan macam tak ada rasa. Tawar. Saya minta sambal atau sos cili dari pelayan. “Nak pedas-pedas?…tak ada..”, jawabnya. Akhirnya, kami tak mampu nak makan banyak.

Semasa bayar di kaunter, kami dapat diskaun 15%. Tak pastilah sebab makan dengan jumlah bil tertentu atau sebab kami makan nasi goreng tu sikit je atau entah sebab apa 🤷‍♀️

Tak banyak pilihan minuman. Kami pesan jus oren, rupanya dapat jus oren dalam botol begini 😅

Restoran yang cantik, bersih dan layanan pantas. Cuma makanan yang kami cuba makan tak memenuhi cita rasa kami, kecuali Braised Beef Noodles tu jelah yang memuaskan selera. Apa pun, sangat bersyukur dengan adanya restoran ini dapatlah kami makan dengan selesa. Ada jugaklah pilihan selain makan makanan 7-Eleven.

Seperkara lagi, saiz hidangan di sini besar tau. Kalau dua orang pesan dua mangkuk mi, memang sangat kenyang. Tapi kalau pesan satu saja, tak cukup pulak. Mungkin boleh pesan satu mangkuk mi dan satu lagi jenis makanan yang lebih ringan.


————————————————————————-

AFANTI CHINA HALAL FOOD
120/24, Jalan Ratchaprarop,
Ratchathewi, Bangkok,
Thailand.

Waktu operasi :
Setiap hari bermula 11 pagi






.

20 comments:

  1. oh sendu ye menu tu tp tgk mcm sedap kan tp tawar plak ye...nasibaik braised beef noodle tu sedap

    ReplyDelete
  2. ada juga geng saya tak pandai nak guna chopstick hehe...bila dapat diskaun tu rasa sejuk sikit hati kan kak ,hilang la sikit rasa tak puas hati dengan hidangannya

    ReplyDelete
  3. beef noodle tu nmpk sedap kak

    ReplyDelete
  4. saya pun tak berapa pandai mkn guna chopstick hehe

    ReplyDelete
  5. jadi la kan... daripada lapar.. ! jauh tu makan chinese food di thailand heheh

    ReplyDelete
  6. Macam beef noodle restoran mee tarik. :)
    Sayangnya, nasi goreng nampak sedap, tapi tawar pula.
    Memang cantik corak pada pinggan. Saya bila masak maggi di rumah, selalu makan dengan chopstick. Barulah feeling ala-ala korea, slurrpp slurrrpp, bunyi. :D

    ReplyDelete
  7. Sama la kurang pandai guna chopstick, mesti mintak sudu garfu. Food nampak sedap tapi tu lah kan, kadang rezeki dapat kurang sedap kan

    ReplyDelete
  8. Samalah kita nampaknya... PH pun tak pandai guna chopsticks:)
    Minta garam & pepper lain kali puan, kot berasa sikit nasi goreng tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi idea…tak terfikir pulak masa tu 😄

      Delete
  9. takkan hilang bahasa melayu di dunia., hehe

    ReplyDelete
  10. Cantik betul pinggan dia.. nampak unik

    ReplyDelete
  11. Padahal nasi gorengnya kayaknya sedap menggugah selera ya..sayang banget kalau agak hambar....pinggangnya cantik banget...bisa"ga konsen kalau makan hehehe

    ReplyDelete
  12. Nampak mewah deko. Hendak masuk mesti teragak-agak dengan harganya. Nasib baik diberi diskaun pula.
    Sama juga saya tidak pandai guna penyepit makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, memang berkira-kira jugak kami nak masuk 😅

      Delete
  13. Sekali pandang memang nasi goreng itu begitu menyelerakan. Rupanya sebaliknya ye Ujie.
    Itulah antara dugaan yang sering dihadapi sekiranya mengembara di luar kawasan sendiri.

    ReplyDelete
  14. Padahal memang nasi goreng tuh terlihat sedap ya kak 😅. Sayang juga kalo ternyata tasteless.

    Tapi memang yg noodles nampak enaaak 🤤. Biasanya kalo makan di resto China, noodles mereka jarang ada yg failed 😄👍

    ReplyDelete
  15. menu mi di restoran cina mmg selalu sedap....

    ReplyDelete
  16. suka pula saya tengok pinggan tu. warna warni...

    laaa kanape laa dia buat nasi goreng macam tu... kalau tambah telur mata, ada beza tak rasa nasi goreng tu?

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****