Saturday 19 August 2023

Buah Jabuticaba a.k.a. Anggur Brazil

Jabuticaba kedengaran asing bunyinya kan? Tapi kalau sebut Anggur Brazil mungkin ada yang pernah dengar nama tersebut. Saya sendiri tak pernah tahu kedua-dua nama tersebut, apa lagi melihat buahnya secara depan mata. Sehinggalah baru-baru ini Encik Suami balik dari kerja dengan membawa satu plastik kecil berisi buah Jabuticaba a.k.a. Anggur Brazil pemberian seseorang.

Info ringkas berkenaan buah Jabuticaba :
Jabuticaba (Myrciaria cauliflora) adalah tanaman yang dikategorikan sebagai tanaman lambat membesar (slow growth plant). Tanaman ini tergolong dalam famili Myrtaceae dan natif dari kawasan selatan Brazil yang kebanyakannya tumbuh di hutan pantai dan berbukit. 
Tanaman ini juga terdapat di Bolivia, Paraguay, Uruguay dan utara Argentina. Nama lain bagi tanaman ini ialah Brazilian Grape, Guapuru, Jaboticaba, Jabbuticaba, Yabuticaba, Hivapuru atau Ybapuru. - sumber info : http://ebuletin.mardi.gov.my
Buah Jabuticaba (Anggur Brazil)
Buah Jabuticaba bersaiz kecil dengan warna kulit ungu gelap.


Buah Jabuticaba (Anggur Brazil)
Isi buah berwarna putih dan mempunyai 1 - 4 biji kecil di dalamnya. Setakat yang saya dah makan, saya jumpa 2-3 biji. Bijinya pula ada yang berwarna sedikit merah jambu. Apa yang saya nyatakan ini adalah berdasarkan varieti buah Jabuticaba yang saya makan ya, mungkin juga berbeza bergantung kepada varieti buah.

Bagaimana cara makan buah ini? Gigit saja buahnya untuk dimakan segar. Dalam foto di atas saya potong sebahagian dengan pisau supaya buah terbelah elok dan kita dapat lihat jelas isi dan kulit buah. Kulit buah ini tebal, kurang sedap kalau dimakan. Lebih sedap makan isinya sahaja, rasanya manis. Kalau makan kulit dan isi sekali gus, rasanya mula-mula manis kemudian bercampur rasa masam dan sedikit kelat.

Buah Jabuticaba (Anggur Brazil)
Sumber foto : wikipedia.org
Antara keunikan buah Jabuticaba ini, buahnya tumbuh pada batang pokok. Saya rasa entah sedikit ‘geli’ atau ‘seram’ bila tengok foto di atas. Itu baru tengok foto, kalau ada depan mata entah bagaimana perasaannya 😄

Oh ya, buah Jabuticaba yang saya makan ini adalah hasil tanaman di Malaysia tau. Hasil carian internet, saya dapati anak pokok Jabuticaba turut di jual di Shopee. Bagi yang berminat nak cuba tanam pokok buah eksotik ini bolehlah cari di Shopee.







15 comments:

  1. Memang nampak agak menggelikan buahnya yang menempel seperti menggeruutu di batang pokok tu. Tapi, itulah kekuasaan Allah dengan segala ciptaan-Nya yang unik dan istimewa.

    ReplyDelete
  2. Wah menyebut nama buahnya saja agak susah yaa 😁..belum pernah dengar namanya..agak serem juga merinding yaa liat buah tumbuh di batang pohon

    ReplyDelete
  3. Lah... macam tu pulak tumbuhnya?

    ReplyDelete
  4. mujur tak tersasul tersebut "Jubo" ahaksss :P
    ada sejenis fobia bila geli / seram melihat benda kecik2 byk mcm tu ehee

    ReplyDelete
  5. Kalau saya ni, asalkan anggur sy panggil anggur saja hehe... Susah juga nak menyebut nama betulnya tu :D

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak garu je pokok tu 😂😂

    ReplyDelete
  7. Buah anggurpun ada pelbagai jenis. Beza sedikit Jabutibaca dengan anngur biasa daripada segi kulit.

    ReplyDelete
  8. Uniknya buah ni Kak Ujie. Belum pernah lagi saya jumpa apa lagi merasa.

    ReplyDelete
  9. tak penh rasani ye la Ujie seramm @geli tgk kat pokok2 tu he hzz cik nur pun sb fikiran ni ke lain pula

    ReplyDelete
  10. dana pernah rasa nak tanam pokok ni kak, tapi tak jadi sebab masa berbuah agak lama.... menarik kan, mesti geram nak petik bila dia berbuah tu

    ReplyDelete
  11. oh ada nama lain anggur brazil..aritu tgk kwn share juga..1st time tgk

    ReplyDelete
  12. wah, 1st time tgk anggur tumbuh mcm tu yer.. x pernah try lagi ni

    ReplyDelete
  13. Uwaaaaahhhh saya langsung merinding liat foto buah nya yg nempel di batang pohon 🤣🤣🤣🤣. Geliiiii 😅😅

    Tapj penasaran pengen rasa. Cuma jangan sampai liat pohonnya lah 😄. Ntahlah ada dijual di toko buah impor di jakarta atau tidak. Saya belum pernah cari juga. Coba nanti saya lihat di toko buah besar kak. Semoga ada.

    ReplyDelete
  14. mcm tgk kumbang penuh kat btg pokok tu hahaha.. :D

    ReplyDelete
  15. betul..seram + geli tengok buah anggur brazil di pokok...Subhanallah..ciptaan Allah Yang Maha Besar..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****