Monday 21 August 2023

Nasi Lemak Nooraz, Kepala Batas

Cerita pagi semalam - hari Ahad, 20 Ogos 2023.

Awal pagi lagi saya dan Encik Suami dah bergerak menuju ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Tujuannya hanya nak JJCM (jalan-jalan cari makan) di sana. Destinasi kami - Nasi Lemak Nooraz. Jarak perjalanan dari rumah ke lokasi tujuan sekitar 43 km. Sambil jalan-jalan cari makan sarapan, dapatlah juga kami melihat-lihat suasana di tempat orang.

Imbas kembali - sekitar 13 tahun lalu sewaktu kami menetap di Klang, kami kerap menginap di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas atas urusan kerja Encik Suami. Ketika itu Kepala Batas kelihatan biasa-biasa saja. Hari ini, Kepala Batas berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang maju dan tersusun.

Berbalik kepada cerita kedai Nasi Lemak Nooraz. Kami tiba di sini sekitar pukul 8.10 pagi. Dari jauh kelihatan pengunjung berbaris panjang di suatu sudut dalam kedai. Ooh…konsepnya seperti kedai Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru. Kedai ini hanya menjual nasi lemak dengan beraneka pilihan lauk. Pelanggan perlu beratur bagi membeli nasi lemak dan memilih lauk.

Foto sebahagian daripada aneka lauk yang dijual. Rambang mata saya nak memilih. Rendang ayam pun suka, paru goreng pun nak, telur goreng macam wajib ada dengan nasi lemak. Haa…gitulah susahnya nak memilih. Kena atur strategi, saya pilih dua jenis lauk dan Encik Suami pilih dua jenis lauk berbeza. Nanti kita kongsilah, bolehlah merasa macam-macam lauk kan πŸ˜€

Suasana dalam kedai. Elok kedainya luas, teratur dan nampak bersih. Memang selesa.

Inilah nasi lemak dan lauk pilihan kami - telur goreng, ayam goreng berempah, bergedel dan paru goreng. Alhamdulillah, semuanya sedap menepati selera kami. Terutamanya paru goreng tu, rangup di luar lembut di dalam. Sedap sungguh!

Cuma saya rasa kurang seronok menikmati hidangan yang beralaskan kertas pembungkus begini. Kalau kita beli bungkus tu lain cerita ya. Ni kita makan di kedai makan yang elok. Tak taulah mungkin kawasan ini sedang ada masalah catuan air atau apa, terpaksa guna kertas pembungkus. Apa pun, ini cuma hal kecil yang tak menjejaskan rasa makanan.

Bagus kedai ni senaraikan dengan jelas harga setiap jenis lauk. Menurut kami, harga yang dikenakan berpatutan dan boleh dikatakan murah jugaklah dengan rasa makanan yang sedap, servis bagus dan ruang makan yang selesa.

Bagi peminat nasi lemak, bolehlah mencuba Nasi Lemak Nooraz di Kepala Batas ni. Boleh buat carian di aplikasi Google Maps - Nasi Lemak Nooraz.

—————————————————————

Dalam perjalanan balik, saya sempat memotret foto sawah padi yang sedang menguning. Hanya mampu memotret dari kejauhan, itu pun dah cukup seronok dapat memandang sawah terbentang luas.







18 comments:

  1. jarang pulak nasi lemak dimakan dgn bergedil.. not bad harganya xdelah mahal sgt... adoi craving pulak tgk

    ReplyDelete
  2. byk lauk tu sure rambang nk pilih kan

    ReplyDelete
  3. Dugaan betul bila bw tengahari² ni...sana sini jumpa makanan sedap πŸ˜†
    Kedainya nampak sangat bersih πŸ‘

    ReplyDelete
  4. wow..lauk dia meriah. mcm2 ada, kalau MA penuh pinggan ngan lauk je tu sbb semua nak rasa...

    iyer..termalu sungguh MA kes kopi tu..adoi laaaa

    ReplyDelete
  5. Byknya lauk nasi lemak kat restoran ni. Semua sedap2 ye Kak Ujie.

    ReplyDelete
  6. Tengok sambal yang meleleh elok tu dah boleh bayang sedapnya. Strategi tu sy sokong, boleh tukar² rasa. Tapi, sy suka tau makan nasi lemak alas kertas macam ni kalau di kedai. Cuma sy tak suka dihidang alas kertas macam ni kalau makan kenduri (pengantin).

    ReplyDelete
  7. Duuuh sayang pas saya kemarin ke Penang ga kesini kak. Anak saya yang laki2 ternyata sukaaaaa sangat nasi lemak. Jadi selama seminggu di Penang, dia cuma mau sarapan nasi lemak 🀣🀣

    Untung dekat hotel ada yg jual.

    Kalo seandainya kemarin eksplor lebih jauh, dan ketemu resto ini, confirm anak saya ga mau menu lain πŸ˜„

    ReplyDelete
  8. Cobain nasi lemak saat ke Singapore kemarin dan ternyata enak, pilihan lauk lumayan gugah selera

    ReplyDelete
  9. Nampak macam sedap nasi lemak ni.. hmmphh lama x makan nasi lemak.

    ReplyDelete
  10. aduh bestnya kak, rambang mata nengok lauk yang ada.... tapi kalau menepati citarasa mesti rasa nak datang lagi kan. cantik gambar sawah padi kak

    ReplyDelete
  11. LM suka sangat nasi lemak paru

    ReplyDelete
  12. nampak sedapp
    view menguning sawah padi, cantikkk sgt

    ReplyDelete
  13. Kalau saya rambang mata mahu pilih lauk apa. Selalu keutamaan pilih sambal sotong sebab itu paling memanggil. Hehe alhamdulillah makanan sedap.

    ReplyDelete
  14. Mcm first customer jer tgk gmbr lauk semua penuh tak terusik lagi :D

    ReplyDelete
  15. Siapa jer tak rambang mata kalau tgk lauk mcm tu hahaha :D

    ReplyDelete
  16. nasi lemak mmg all time feveret...suka paru goreng..

    dkt sini pun ada kedai nasi campur guna alas kertas mcm tu, nak jimat kos & tenaga..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****