Friday 25 August 2023

بولن سڤارا

 
Fasa Bulan Separa Safar 1445
24 Ogos 2023 | 7 Safar 1445
Bulan Separa / Sukuan Awal
(First Quarter)

Alhamdulillah, malam tadi saya berpeluang memotret foto fasa Bulan Separa dari balkoni rumah di aras 16. Seingatnya, ini pertama kali saya dapat memotret foto bulan sedekat dan sejelas ini. Itu pun setelah buat carian internet bagaimana cara menggunakan kamera telefon saya bagi menghasilkan foto bulan yang jelas. Begitulah pentingnya ilmu menggunakan teknologi 😄

Walaupun foto ini tidaklah begitu jelas nampak rupa permukaan bulan, tetapi saya tetap bersyukur dapat juga mengabadikan indahnya alam semesta yang menyingkap keagungan Ilahi ❤️


Jadual Fasa Bulan bagi bulan Safar 1445
Nak saksikan fasa bulan seterusnya? Rujuk poster jadual fasa bulan bagi bulan Safar 1445 oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini. Satu usaha pendidikan yang bagus - semakin kita memahami kejadian alam, semakin tunduk kita kepada pencipta alam ini.






.

32 comments:

  1. phone mahal ni kak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bagi, kita pakai jelah berapa pun harga.

      Delete
  2. Cantik bulan.. Ajar saya macam mana nak ambil gambar bulan dengan kamera telefon bimbit. Ni telefon Ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde perlu ajar apa pun sebenarnya, saya yang tak reti guna fungsi kamera kat hp Samsung ni. Nak ambik gambar jauh cuma perlu zoom in ~30x dan stabilkan hp.

      Delete
    2. Ok baik. Kena pakai tripod baru stabil kan..

      Delete
  3. nak beli kamera mahal tak mampu..., jeles tengok kawan ambil gambar cantik gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Dana jangan gitu, akak pun jeles dengan Dana pandai dan rajin masak macam-macam. Akak rajin ambik gambar je 😅

      Delete
  4. Subhanallah, cantik ciptaan Allah 😍

    ReplyDelete
  5. Luar biasa,
    Fotonya bagus. Fotografernya pasti mahir. Kameranya juga pasti canggih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…saya masih belajar menggunakan teknologi untuk memotret indah alam Tuhan.

      Delete
  6. Samsung ultra s23 kah kak? Kemarin pas bulan penuh teman saya potret juga, dan terlihat sangat jelas. Hebat memang kamera Samsung 👍. Foto Kaka di atas pun cantiiiik sungguh ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan s23 Fanny, ini model keluaran lebih awal. S23 pasti lebih hebat kemampuan kameranya.

      Delete
  7. cantik nya bulan tu dan tulisan yg bermanfaat sgt .. terima kasih :D

    ReplyDelete
  8. satu malam saya tengok langit tanpa perasan dah masuk bukan safar. saya hairan sebab kedudukan anak bulan macam lain.. saya pun confius sama ada tu anak bulan atau mak bulan :')

    ReplyDelete
  9. Cantiknya. Boleh zoom ke bulan. Kalau phone sendiri memang pecah gambarnya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi susah jugaklah sebab tak stabil pegang telefon dengan tangan. Kena betul fokus dan kurangkan goyang tangan/jari.

      Delete
  10. Wowww dekat ni, Subhanallah thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. Fon uncle kalau ambik gambar bulan jadi satu dot je.... (malu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, yang pasti fon uncle berjaya ambik gambar uncle setiap hari dengan jelas 😀

      Delete
  12. Hehe dapat duduk tingkat tinggi, dapat tangkap gambar bulan yang cantik. Subhanallah. Saya menghayati tengok sahaja.

    ReplyDelete
  13. Subhanallah...oo..bulan sabit ada 2 jenis...muda & tua...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****