Monday 27 March 2023

Sambal Sardin Hancur

 
Sambal Sardin Hancur
Menu berbuka kami semalam, 4 Ramadan 1444H - roti paratha jenama Kawan makan dengan sambal sardin hancur. Sambal sardin saya masak ikut resepi di YouTube Sugu Pavithra. Masih ingat dengan mereka? Pasangan yang ‘meletup’ dengan video masakan di YouTube semasa PKP dulu. Tapi nampaknya sekarang mereka dah lama menyepi tanpa sebarang video masakan. Moga mereka baik-baik saja.

Dah beberapa kali saya memasak sambal sardin ikut resepi mereka, tapi belum pernah catat di blog. Eloklah saya catat di sini supaya senang nak rujuk. Walaupun masak sardin tidaklah susah mana, tapi kadang tu bosan jugak kan masak cara yang sama je. Bila sesekali tukar resepi, terasa lebih sedap.

Ikutkan resepi asal, namanya masak sardin. Tapi saya panggil sambal sardin hancur. Senang nak faham yang ni versi hancur sebab nak makan dengan roti canai dan seumpamanya. Kuantiti bahan di bawah ni saya letak ikut kesesuaian saiz pek sardin digunakan dan juga cita rasa saya.


SAMBAL SARDIN HANCUR

Bahan-bahan :
1 pek sardin - hancurkan ikan (saya guna pek sardin jenama D’heritage)
2 biji kentang saiz sederhana - di potong kecil
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Sedikit halia - ditumbuk
2 tangkai cili kering (saya potong dua dan bersihkan biji cili)
3 biji cili api (jangan potong, biar sebiji-sebiji gitu)
Tomato - di potong kecil (saya guna beberapa biji tomato ceri dibelah)
Daun kari
2 sudu kecil serbuk kari ikan (saya guna serbuk kari ayam, ikut apa yang ada di rumah)
1 sudu kecil serbuk cili
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya (untuk empukkan kentang)
Garam secukupnya

Cara memasak :
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih seketika. Kemudian masukkan cili kering dan cili api. Kacau seketika. Selepas itu masukkan halia dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan kentang, goreng bersama bahan tumis. Diikuti pula dengan tomato.
  3. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili, tumis seketika.
  4. Masukkan air secukupnya, kacau rata kemudian biar sehingga mendidih dan kentang empuk.
  5. Kemudian letak air asam jawa, diikuti garam. Kacau seketika.
  6. Masukkan ikan sardin, gaul rata dan masak sehingga kuah memekat sesuai cita rasa kita.

Aroma sambal sardin resepi Sugu Pavithra ni memang lebih menggoda dan rasanya juga lebih sedap berbanding cara biasa saya masak. Yelah, bahannya juga lebih banyak.

Tak tahu nak masak apa untuk berbuka nanti? Boleh cuba masak sambal sardin hancur ni, makan dengan roti putih gitu je pun sedap! Ringkas dan mudah.








14 comments:

  1. aah kan kak dulu viral betul Pavithra..sekarang dah menyepi saya pun ada 1 resepi dia yang saya selalu guna resepi kari kambing memang duk guna yang tu je tak cari lain dah..buat sahur pun sedap ni kak sambal sardin hancur

    ReplyDelete
  2. Apa khabar agaknya Sugu Puvithra tu ye. First time saya tgk resipi sardin ada letak serbuk kari.

    ReplyDelete
  3. Ada guna serbuk kari dan daun kari.
    Boleh cuba. Memang nampak beza dengan sambal sardin saya buat.

    ReplyDelete
  4. Sambal sardin hancur memang sedap. Makan dengan nasi panas, boleh tambah dua tiga kali.
    Teringat resipi-resipi masakan Sugu, dia suka bubuh daun pandan.

    ReplyDelete
  5. Baru tahu saya kalau sardin bisa buat cocolan juga yaa.. di sini biasanya saya buat makan pakai nasi hangat😀

    ReplyDelete
  6. Betul, harap² mereka baik² saja :)
    Lauk sardin ni, tak kitalah masak apa pun sentiasa jadi kesukaan sy :D

    ReplyDelete
  7. menu berbuka dana semalam roti canai kawan juga kak tapi lawankan dengan kari kepala ikan... sedap ni sambal sardin cicah dengan cekodok pun sedap

    ReplyDelete
  8. Wah... makan ngan roti pun sedap ni. Saya dah lama tak buat sambal sardin.

    ReplyDelete
  9. lauk sahur wajib ni. senang dan ringkas..

    ReplyDelete
  10. uncle memang suka hancur2 macam ni....

    ReplyDelete
  11. Eh...boleh ni idea buat sahur dengan teh tarik ni..Saya dah kebuntuan menu sahur

    ReplyDelete
  12. sedap tambah cili api lagi heheh.. pembuka selera ni :D btw hadiah top komentar dah siap cuma tunggu no delivery je k... dah dapat nnt kita msg :) sorry lambat

    ReplyDelete
  13. tiba-tiba teringat Sugu Pavithra. rasa nak google pulak. dia masak suka bubuh tomato

    ReplyDelete
  14. sedap ni cicah roti...tak prnah masak buh kari, selalu masak sambal tumis....best jg cuba resepi lain..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****