Baru-baru ni ada orang beri kepada suami saya udang segar dari kolam air masin dalam kuantiti yang agak banyak. Walaupun saya tak suka makan udang, tapi saya seronok tengok udang segar yang banyak tu dan rasa semangat nak memasak.
Jadinya nak masak apa dengan udang banyak-banyak? Inilah antara hasil masakan saya menggunakan udang…
Paprik udang.
Sambal goreng Jawa. Digandingkan pula dengan ayam masak kicap, terus rasa macam hari raya kat kampung kami di Johor. Kalau di kampung saya Pontian, biasanya kami masak sambal goreng Jawa versi cerah. Manakala di kampung suami Batu Pahat, sambal goreng Jawa versi gelap (kicap). Yang ni saya masak versi tengah-tengah, tak gelap sangat dan tak cerah sangat…hehe.
Biasanya masak tomyam merah, kali ni saya masak tomyam putih. Pertama kali saya memasak tomyam putih dan pertama kali saya membeli sos ikan (antara bahan untuk masak tomyam putih). Sedap hirup kuahnya. Cara memasaknya saya tengok di You Tube Che Nom.
Cucur udang, dah dua kali buat. Kali pertama makan cara utara, iaitu dimakan dengan kuah sambal kacang. Kali kedua, makan dengan sos cili je (tambah dengan air panas sikit dan kacau kasi cair). Disebabkan saya tak makan udang, ada sebahagian dimasak tanpa udang (kira cucur sayur laa…isi taugeh dan kucai).
Masakan udang yang mula-mula saya terfikir nak buat bila nampak udang banyak - sambal udang. Kali ni saya tambah sos tiram sikit, sedap!
Masakan semalam - lontong. Makan dengan sambal kacang Jamilah Mansor yang dicampur potongan daging burger Ramly. Yang ada udang tu untuk suami, saya punya tanpa udang. Licin kami berdua makan!
Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki ini.
Nak masak apa dengan udang? Bolehlah cuba masakan di atas.
Boleh bayang berapa banyak udang dapat.
ReplyDelete😀 ni pun masih ada yang belum dimasak.
DeleteKalau saya pulak, hantu udang. Alhamdulillah orang memberi kita merasa. Semua menu favourite. Cuma tomyam putih tu saya tak pernah masak lagi. Sos ikan pun antara bahan yang saya baru berjinak jinak membeli sebab nak buat tomyam punya pasal. tapi versi merah tu. Hihi
ReplyDeleteAdil tu masak sambal jawa warna tengah tengah :)
Oo..campur dalam tomyam merah jugak. Yelah..akak tengok resepi masakan Thai memang banyak yang letak sos ikan. Lepas ni kena giat buat masakan Thai, sebab akak beli sos ikan botol besar 😄
DeleteSemua menu nampak memyelerakan
ReplyDeleteAlhamdulillah menepati selera sendiri 😀
DeleteSemua tentang udang erk...sama la kita..pening makan udang je..
ReplyDeleteArini SA masak ikan bawal la kan...😄
Deletemenu udang kegemaran ank..kalo masak menu udang..die sorg je dkt 10 ekor
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki, bestnye dpt masak mcm2 byk tu. Feveret anak udang ni rege pun boleh tahan
ReplyDeleteTerliur tengok lontong
ReplyDeleteLontong tu buat akk terliur
ReplyDeleteFav udang. Memang sedap kalau ada menu udang hehe
ReplyDeleteUdang masak apa-apa pun sedap.
ReplyDeleteWah, semuanya nampak sedap-sedap belaka. Saya suka cucur udang cicah kuah kacang. Sedapnya... tengah puasa pula tu hari ni. Hehe...
ReplyDeleteAlamak..sorry Nur..hehe
Deleteterbaik menu2 nya..kak ujie..sgt membantu..kpda yg buntu nk msk bertemakan udang hehee
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki...feveret ni..sedap2 semuanya..
ReplyDelete