Rupanya-rupanya istilah ‘kucing tidur’ bagi durian ada dalam kamus DBP…hehe.
Orang lain dah lama ber’durian’, kami baru merasa durian untuk musim kali ini. Dapatlah isi durian ‘kucing tidur’ ni. Sebiji durian, cuma ada empat ulas. Isinya tebal, rasanya manis. Beli kat pasaraya C-Mart, tu yang siap ada tanda harga. Pertama kali beli durian kat pasaraya tau…haha. Durian jenis apa? Tak pasti pulak.
Hajat di hati nak merasa makan durian di Balik Pulau sementara tinggal di PP ni. Tapi nampaknya belum ada rezeki. Pandemik hampir membataskan segalanya. Takpelah, semua ini datang daripada Allah. Kita hamba-Nya cuma perlu kekal sabar dan terus berusaha serta berdoa supaya dapat melepasi detik sukar ini.
ada ya maknanya dlm kamus dewan..hehe..ingatkan gelaran saja2 je..cantik duriannya..
ReplyDelete#saya dah buat ulasan buku Cinta Hari-Hari Rusuhan bulan lepas..hehe..
Oh..baik, nanti saya cari entri ulasan tu ya :)
DeleteOoo.. Sudah rasmi rupanya perkataan ini.. ingatkan cakap-cakap mulut sahaja.
ReplyDeleteItulah..hehe
DeleteCantik isinya kak penuh, walaupum cum 4 ulas tapi puas makan
ReplyDeleteBetul…sebab tebal isinya.
DeleteHaha baru tahu isi seulas dalam satu pangsa ialah kucing tidur.
ReplyDeleteTebal dan gemuk. Lagi baguskan satu biji ada daripada banyak biji.
Hehe..lepas ni Na makan durian bolehla cari kucing tidur.
DeleteOhh ada juga ye dalam DBP. Dulu kecik kecik berebut nak kucing tidur. Takpe kak, lambat ber'durian', janji dapat rasa.
ReplyDeleteItulah..Alhamdulillah merasa jugak.
DeleteSaya hanya dengar-dengar saja kucing tidur tu. Saya suka sangat kalau dapat isi durian kucing tidur! Selalu berebut dengan anak buah.
ReplyDeleteOh! Masih sabar menanti kedatangan musim durian di tempat kami!
Oh sana belum lagi. Lepas ni dapat tengok tayangan durian LD dari Amie pulak..hehe
DeleteSaya hanya mampu tengok je sis. ehhehehe...
ReplyDeletetapi hari ni baru faham kenapa dipanggil kucing tidor. tq sis.
SS tak makan durian yaa…hehe
DeleteOh.. Dah diiktiraf rupanya istilah kucing tidur. Sedapnya durian, merasa makan seklai je. Harga kayangan di Selangor ni
ReplyDeleteCantik rupa bentuk isi durian tu . Nampak macam isinya tebal
ReplyDeleteari tu, beli durian D88.
ReplyDeletedpt la 2 kucing tidur.
dok explain kat anak-anak tentang kucing tidur.
seulas dalam satu pangsa.
da diorang bertanya, "kenapa kucing, kenapa tak haiwan lain?" ha ha ha ha...
sungguh KBAT diorang ni tau.
puas makan ni kak ujie..fuh!
ReplyDeleteSaya klik tajuk entri ni, di 5 Catatan Paling Popular MInggu Ini. Ingat, dapat tengok kucing, tapi tengok durian. Hehe... baru tahu, istilah kucing tidur ni. Comel durian dalam gambar. Kecik je.
ReplyDeleteHehe...tak ada kucing dalam entri ni.
DeleteSekarang musim durian, agaknya ramai buat carian pasal durian kucing tidur. Itu jadi 5 carian paling popular..