Siang tadi semasa keluar membeli barang dapur, kami singgah membeli durian di sebuah gerai durian di hadapan Masjid As-Solihin Kampung Kepala Gajah. Suami kata, sementara tengah musim durian ni kita makanlah puas-puas (ayat nak kurangkan rasa bersalah sebab membeli durian lagi dan lagi…haha).
Kali ni suami memilih durian IOI yang sudah merekah hujungnya. Menurut penjual, durian IOI gred A (saiz besar) ni baru sampai semalam tetapi hari ini sudah merekah hujungnya disebabkan cuaca panas. Harga biasa untuk durian IOI gred A, RM25/kg. Tapi sebab dah merekah, penjual menawarkan harga RM13/kg. Memang sangat murah!
Setiap durian berikat getah dihujungnya sebab dah merekah. Sebelum beli, durian ditebuk sedikit untuk melihat isi durian.
Satu daripada tiga biji buah durian yang kami beli ni mempunyai 7 pangsa. Orang kata kalau buah durian lebih 5 pangsa, isinya kurang padat dan sedikit. Tak pastilah maksudnya macam mana, yang ni saya tengok ok je banyak. Pangsa yang kosong tu sebab dah dimakan/ambil letak dalam bekas.
Antara isi buah durian IOI.
Sebahagian makan terus, sebahagian lagi simpan dalam peti sejuk.
Kalau nak membeli buah durian, memang perlu elak beli yang merekah sebab berkemungkinan isinya dah tak elok dan masam. Tapi kalau merekah dan elok, apa salahnya kan. Dapatlah makan durian sedap dengan harga rendah daripada biasa. Yang kami perasan, bezanya cuma bau durian ni dah tak berapa kuat dan agak kurang ‘gas’.
1 Julai hari terakhir saya makan durian.. Sampai sekarang tak makan lagi.. Kena cari semula lepas ni..
ReplyDeleteCarilah..sebelum habis musimnya..hehe
DeleteYarabbi....sexynya duyan....terus teringin ni ha....
ReplyDeleteHahaa..menggoda.
DeleteKelemahan durian IOI sebab dia mudah merekah
ReplyDeleteKadang2 baru gugur pun dah merekah apatah lagi kalau kena panas
Ooh..gitu ya Wak.
DeletePatut la harga mahal. Sedap, tapi mudah merekah.
Banyak ilmu pengetahuan Puan Ujie tahu pasal durian. Saya tahu makan sahaja.
ReplyDeleteTakde la banyak Na..tapi boleh la buat bahan sembang sambil makan durian..haha
DeleteSedapnya durian IOI. Cantik warnanya. Isi pun tebal. Betul tu kak. Kalau dah merekah tu rasa dia kurang sikit. Tak boleh biar lama nanti masam dah boleh buat tempoyak. Rezeki jugak tu dapat harga murah bila dah merekah tapi isinya masih elok.
ReplyDeleteItulah..Alhamdulillah :)
DeleteWahh murahnye, rezeki tu dpt yg murah dan masih elok dan sedap. Pernah dpt durian yg dah merekah (beli longgok) rasa dah masam sket sesuai buat tempoyak je
ReplyDeleteAlhamdulillah..tu pun yakin beli lepas tebuk sikit check isi buah.
DeleteCantik warna , mesti isi rasa berlemak ..haihhh sedapnya ..terliur pulak tengok durian isi kekuningan ni
ReplyDeleteYa lemak manis..hehe
DeleteSAya peminat durian kg dan IOI. tapi sejak dua tahun ni rasanya dah set mind utk tidak membeli durian.
ReplyDeleteOoh..ingatkan SS memang tak suka makan durian.
Deleteala this year tak merasa lagi derian
ReplyDeleteSempat lagi tu AD kalau nak mencari..hehe
Deletewahh sedapnya durian, cantik isi dia..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki..dapat dengan harga lebih rendah.
Deletemurah tu! kat sini dari rm32 dan turun rm25 kalu durian kawin.
ReplyDeleterm13? murah sgt sgt dah.
best ni. harga standard durian kampung. cantik plak isinya.
puas la makan!
sudi exchange link dgn aida?
https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html
Ok, boleh Aida :)
Deletesedapnya durian IOI..Alhamdulillah, isinya masih baik lagi..terliuq tengok..
ReplyDeletesebelum raya kak ujie..boleh dikatakan hari2 mkn smpai badan naik panas dah huhuu...stop dlu smpai skg..
ReplyDelete