Monday, 19 July 2021

Kiriman Dari Kampung

Jumaat lepas, adik ipar bagitau ada membuat pengeposan buah dari kampung untuk kami. Hari Sabtu, semak status dah keluar untuk penghantaran. Sampai ke malam tunggu, tak ada pulak. Dah malam-malam tu orang kurier telefon bagitau akan hantar esok (Ahad) dan bertanya sama ada kami ada di rumah atau tidak.

Alhamdulilillah…semalam waktu tengah hari bungkusan selamat diterima. Kiriman buah-buahan dari rumah mak mentua saya di Batu Pahat, Johor. Jauh perjalanan buah-buahan ni dari selatan ke utara. 

Berat kotak ni. Bila dibuka, penuh dengan buah rambutan dan manggis. Entah berapa kilo saya pun tak pasti. Cuma tau caj pos untuk bungkusan ni sebanyak RM22, menggunakan khidmat kurier J&T.

Alhamdulillah…buah-buah semua masih dalam keadaan baik. Tapi kalau dah tak elok pun, tak boleh salahkan kurier. Pengeposan makanan di atas tanggungan risiko sendiri.

Buah rambutan dan manggis hasil pokok di rumah mak mentua.

Sekali hadap je, habis kira-kira 1/3 daripada isi kotak tadi. Tak boleh nak berlama-lama makan di rumah, sebab suami ada temujanji vaksin dos pertamanya di Dewan Serbaguna Sungai Bakap. Sambung balik petangnya.

Alhamdulillah…semua buah-buahan dapat dimakan kecuali sebiji manggis je isi buah rosak. Walaupun tak dapat balik kampung, dapat juga merasa hasil buah di kampung. Tercapai hasrat mak mentua nak bagi anak-anak merasa. Selain untuk keluarga kami, buah-buahan ni juga dipos ke keluarga adik di Perlis. Cuma yang tinggal di Sabah je tak dapat nak poskan.



18 comments:

  1. Kiranya buah-buahan ini pengganti diri buat penghantar.
    Alhamdulillah dapat rasa hasil buah dari kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang nak merentas tak boleh, kasi buah jelah merentas.

      Delete
  2. Alhamdulillah..tanda ingatan mak kpd anak2...belum lg merasa manggis musim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun kalau mak tak memberi, saya tak merasa jugak manggis musim ni agaknya..

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Dapat rezeki daripada kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..merasa jugak hasil musim buah di Johor.

      Delete
  4. Alhamdulillah..merasa juga hasil tanaman di kampung walaupun tak dapat balik. Syukur semua sampai dalam keadaan baik. Elok isi buah rambutan dan manggis tu. Tak dapat balik ni ralat mak abah kat kampung kalau anak anak tak dapat merasa. itu yang sebolehnya nak pos jugak. Sama sama merasa :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tanda ingatan mak kepada anaknya. Sedapp tu buah rambutan makan time sejuk. Buang kulit, simpan dalam peti sejuk then makan. Memang nikmat!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Meriah sungguh musim buah di Malaya.
    Di LD, banyak buah belum muncul seperti durian, rambutan, manggi dll.

    ReplyDelete
  7. Rambutan tu kalau buang kulit, lepas tu simpan dalam fridge.. makan sejuk2 .. hmmm sedapnyaaa...~

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, sedap buah-buahan tempatan, Alhamdulillah kasih sayang dari mak mertua.. mesti happy yang menerima..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..merasa makan..sedapnyaa

    ReplyDelete
  10. masyaallah sedapnya! menariknya!

    ReplyDelete
  11. Allah kak ujie..buah feveret nih..baru lepas mkn sblm raya ritu..rambutan tu shida kopek semua..buh lam balang masuk freezer..nikmat mkn sejuk2 hehee

    ReplyDelete
  12. Bestnya bila dpt buah2 dr kampungkan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Rezeki. Sedap tu makan pelbagai buah-buahan tempatan.

    ReplyDelete
  14. nasib baik selamat sampai dan tak cicir tengah jalan. tak dapat balik kampung pun, masih ada rezeki makan buah. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. Semalam pun baru makan manggis, tapi belilah.... murah jugak manggis tu sekg Rm5 henggit. Entah bilalah dapat makan doyan dr kg yg kakak dah simpankan

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****