Wednesday, 14 July 2021

Risalah #MalaysiaMembaca

 
Judul : RISALAH #MALAYSIAMEMBACA
Penulis : kompilasi penulis
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2019 (cetakan kedua, 2021)
Jumlah muka surat : 127
Harga : RM25

Naskhah ini merupakan kompilasi penulisan oleh 8 orang pencinta buku (antaranya Dr. Maszlee Malik, Nurul Izzah Anwar dan Hasrizal Abdul Jamil) berkenaan perjalanan peribadi mereka sebagai pembaca buku sehingga mempengaruhi hidup sehingga kini. Siapa yang mendorong mereka minat membaca? Buku-buku apa yang mengubah hidup mereka sehingga menjadi siapa mereka pada masa sekarang? Itu yang menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku Risalah #MalaysiaMembaca ini.

Berkenaan dengan slogan dan tanda pagar #MalaysiaMembaca, ia dipilih dan mula dipopularkan sewaktu Dr. Maszlee Malik menyandang jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 2019 dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.                                                                                                                                                                                                                                                                               

Antara kata-kata / petikan menarik di dalam buku ini :
1. “Tidak perlu menghancurkan buku untuk meruntuhkan peradaban, sebaliknya hanya perlu memastikan orang berhenti membaca, runtuhlah segala-galanya.” - Ray Bradbury

2. “HAMKA yang kurasakan dirinya itu ialah sebuah lautan yang begitu luas dan di dalamnya penuh dengan rahsia kehidupan.” - Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad.

3. Jika kita tidak membaca, kita tidak bertumbuh.

4. Merantau mengajar kita menterjemahkan teks kepada konteks. Melihat catatan tinta, di alam nyata. Buku membahaskan keberanian, merantau memberi peluang mengasahnya.

5. Buku apabila tidak dibaca, ia hanyalah lembaran-lembaran kertas tanpa makna. Jadi, ia sia-sia. Buku memerlukan pembaca, untuk ia menjadi buku.

6. Peribadi yang kuat menentukan arus, bukan ditentukan oleh arus.

7. Mengisi waktu dengan dapatan yang berfaedah, hasilnya bukan serta-merta. Prosesnya mengambil masa. Anda akan melihat dunia cerah, walau mungkin kelam kepada sesetengah warganya.

8. Sedangkan membaca bukan pilihan tetapi ialah keperluan. Seperti kita perlu makan untuk mengenyangkan perut, kita juga perlu membaca buku untuk mengenyangkan minda.

9. Membaca ialah perjalanan diri, bukan perlumbaan dengan orang lain.

10. …buku ialah senjata yang mampu mempengaruhi pemikiran dan peribadi seseorang.

Hasil pembacaan buku Risalah #MalaysiaMembaca ini juga membuatkan saya berminat nak membaca beberapa judul buku yang disebutkan oleh para penulis. Antaranya - The Alchemist karya Paulo Coelho (terjemahan Bahasa Melayu dengan judul Ahli Alkimia), Manuklon karya Rahmat Haron dan  Sejarah Umat Islam karya HAMKA. Saya juga mendapati hampir semua penulis di dalam buku ini mengangkat karya-karya HAMKA sebagai antara bahan bacaan yang mereka gemari.




14 comments:

  1. Banyak juga hasil tulisan Hamka. Kena cari biodata Hamka nanti.

    P.S: Tidak sabar hendak baca salah satu hasil terjemahan Hamka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...dah terima ya. Selamat menikmati karya terjemahan HAMKA Na.

      Delete
  2. Tokoh tokoh hebat menulis ni. Suka dengan point no.3 tu Jika kita tidak membaca, kita tidak bertumbuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik poin 3 ni kan, fiza.
      kita akan berada di takuk lama tanpa membaca.

      Delete
  3. Membaca jambatan ilmu dan ilmu pula penyuluh kehidupan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Datang jenguk sini..
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  5. Saya membaca Tafsir Al-Azhar oleh Prof. Dr. Hamka. Membaca tafsir Surah Al Fatihah sahaja sudah dapat saya bayangkan betapa tingginya ilmu yang dimiliknya. Bahasanya sangat indah dan menjentik minda untuk turut memikirkan segala ciptaan Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..Amie pun pembaca buku HAMKA. Saya baru je nak berkenalan dengan buku-buku beliau.

      Delete
  6. Menarik buku ni. Nak carilah nanti. Karya-karya Buya Hamka memang digemari ramai

    ReplyDelete
  7. Betul, poin nombor 8 tu. Hari-hari membaca. Tak semestinya baca buku je, baca suratkhabar, majalah, baca cari info di google. Nanti nak cari penulisan Hamka juga.

    ReplyDelete
  8. Eh, CCL pun even baca buku or novel kalau ada kata2 yang memberi motivasi xpun kata2 yang menarik suka juga highlightkan perkataan tu .

    ReplyDelete
  9. menarik buku ni. boleh dijadikan koleksi aida.
    aida ni membaca buku2 yg bukan novel.
    non-fiksyen gitu. ada beberapa buku lg kat rumah ni belum abis dibaca.
    bila baca entri Ujie ni, terasa ruginya tak membaca.
    last membaca adalah 2-3 bulan lepas. pinjam buku dari library ofis.

    ReplyDelete
  10. Gaya bahasa yg menarik kak ujie..berkias-kias..kalau mendapat org mcm shida ni membaca..agaknya kena 2 3 kali ulang baru mendapat ^_^

    selamat membaca kak ujie!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****