Gambar kenangan pertemuan pada 28 - 29 Julai 2018.
Sepatutnya pada tahun ini, saya dan kawan-kawan sekolah menengah merancang untuk mengadakan pertemuan. Reunion sempena 30 tahun persahabatan kami. Tapi apa kan daya, situasi pandemik hampir menguburkan segalanya termasuklah perancangan kami.
Cuma mampu mengenang detik indah pada pertemuan selama dua hari satu malam, tiga tahun lalu. Gelak tawa, keriuhan usik-mengusik, tidur bersama, solat jemaah bersama, masak bersama dan segala-galanya. Semuanya penuh keseronokan, riuh sama seperti zaman kami bersama selama 5 tahun di asrama dulu. Lupa pada usia masing-masing yang sudah menginjak 40 pada tika itu.
Semoga perancangan kami dapat direalisasikan pada tahun hadapan, dengan izin Allah. Sesungguhnya bila usia semakin meningkat, keberadaan bersama kawan-kawan sekolah bagaikan satu suntikan vitamin bahagia. Mengenang cerita lalu, gambar zaman sekolah, semuanya menghadirkan rasa bahagia.
1991 - 2021, 30 tahun persahabatan dan insya Allah kekal selamanya.
semoga persahabatan kekal sehingga ke akhirat..semoga pandemik cepat berlalu, dapat kita semua berkumpul, bermesra sesama keluarga & sahabat handai..
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada kawan kawan yang masih bersama. 30 tahun bukan tempoh yang sekejap. Semoga ada rezeki berjumpa dan reunion macam ni lagi. Aaminnn...
ReplyDeleteSekarang kita mampu throwback gambar gambar je lah kan kak. Rindu betul nak jumpa semuaorang.
lama tu kak... indahnya persahabatan yang lama terjalin
ReplyDeletemoga tahun depan dapat lah buat perjumpaan ramai-ramai macam di tahun 2018 tu
Seronok reunion ni, dapat catch up dan mesti keluar macam-macam kenangan..haha..30 tahun bukan sekejap persahabatan ni..tahniah, semoga semua dilindungi Allah, Aamin.
ReplyDeletetempoh masa yang lama. semoga cepat berakhir pandemik agar dapat kak Ujie and kawan-kawan buat reunion
ReplyDeleteSeronoknya masih utuh dan buat aktiviti sama-sama. Susah hendak kumpulkan beramai-ramai satu masa.
ReplyDeletePakat pakai baju ungu ya?
Ya Na, warna tema ungu 😀
Deletewah indah sangat persahabatan kak Ujie 😍 lama tu 30 tahun. kalau kumpul sekali mesti best sangat. semoga pandemik skrg ni cepat berakhir supaya kak Ujie dapat berkumpul lagi bersama-sama dengan kawan-kawan
ReplyDeleterindu pada reunion dengan rakan sekolah tahun 2019...entah bila la boleh nak berjumpa lagi..mau makan 3 tahun lagi agaknya
ReplyDeleteMeriahnya! Bila dapat berjumpa semula sudah tentu banyak kenangan lalu diimbau semula! Yang pahit yang manis semuanya indah belaka!
ReplyDeleteSaya tak pernah sertai reunion sekolah.. Tapi biasalah jumpa kawan-kawan lama sebab kami pun bukan duduk berjauhan sangat. Tapi kini semasa pandemik, dah tak boleh lepak minum
ReplyDeleteRindunya zaman boleh gather gather mcm ni kan Ujie.... tapi nak buat mcm manakan.... Tak perlah, sabar jerlah insyaallah masanya akan kembali pulih jugak satu hari nanti
ReplyDeletesemoga ukhwah kekal hingga ke jannah
ReplyDeleteSemoga persahabatan hingga ke jannah
ReplyDeleteseronok kan berkumpul ramai2...Allahhuu rindunya moment mcm tu kak ujie huhuuu
ReplyDelete