Saturday 8 May 2021

Sambal Kacang Ketupat & Satay Jamilah Mansor...Memang Sedap!

Semalam saya rasa teringin pulak nak berbuka dengan ketupat dan kuah sambal kacang. Kebetulan saya dah membeli satu pek segera sambal kacang sebagai persediaan Hari Raya. Ketupat segera pun ada stok.

Terus ambil pek ketupat segera jenama ADABI, masukkan dalam pressure cooker. Letak air, letak simpulan daun pandan, guna mode ‘rice’ dan dah boleh tinggal. Senang je. Boleh baca cara-caranya di entri saya DI SINI.

Gambar diambil dari laman web jamilahmansor.com
Untuk kuah sambal kacang, saya guna pek segera Sambal Kacang Ketupat & Satay jenama Jamilah Mansor. Saya beli pek 500 g / RM14.90 di kedai runcit berhampiran rumah. Boleh beli secara online juga.

Sambal Kacang Daging
Saya ikut panduan memasak pada belakang pek - mula-mula perlu tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan hirisan bawang. Kemudian masukkan air (agak-agak sendiri, saya letak sikit je dulu nanti boleh tambah kalau perlu). Air dah mendidih, barulah masukkan sambal kacang segera (saya guna 1/3 je), kacau sebati dan masak hingga naik minyak. Siap.

Untuk sambal kacang kali ni, saya tambahkan daging. Saya guna Ramly Beef Burger Classic Oblong yang dipotong kecil sebagai ganti daging segar. Saya masukkan dalam masakan selepas sambal kacang agak sebati. Mungkin sebab tu minyak pada sambal kacang saya jadi agak banyak, terhasil daripada daging burger tadi. Sebenarnya, ni kali pertama saya buat sambal kacang daging. Baru tau kewujudannya, terus mencuba.

Kelam kabut ambil gambar dah nak berbuka semalam. Juadah berbuka dan membawa ke sahur keluarga kecil saya - ketupat dan kuah sambal kacang daging. Kuah banjir...hehe.

Ketupat segera tu belum cukup padat dan cantik untuk dipotong, maklumlah dah lepas tengahari baru memasak. Tapi tetap sedap dan sememangnya lembut je bila guna jenama ADABI ni. Rasa kuah sambal kacang? Sedap sungguh walaupun guna sambal kacang segera. Secukup rasa. Daging burger Ramly pun sedap lembut, tapi menambah rasa pedas kuah kacang sebab dagingnya ada rasa lada hitam. Pendek kata, saya puas hati dan senang hati dah jumpa pek segera yang sedap...hehe.

Haa...sempat lagi kot sesiapa yang nak cari sambal kacang segera untuk masak Hari Raya nanti. Ni untuk yang kurang rajin macam sayalah, nak guna yang segera tapi nak sedap macam masak sendiri (err...tapi saya masak sendiri pun belum tentu sedap. Haha).

 

10 comments:

  1. Kena cari ni kat kedai.. Bila2 boleh buat makan nasi impit

    ReplyDelete
  2. Semuanya mudah dan ringkas
    Tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  3. Kena cari juga ni. Mudahkan kerja kita.

    ReplyDelete
  4. Hehe semua bahan segera tapi memenuhi tekak.
    Alhamdulillah sedap.

    ReplyDelete
  5. saya pun baru beli tadi terus cari review di google. sambal kacang segera raya pkp to go! :)

    ReplyDelete
  6. Senangnya masak sambal kacang. Ala tak sempat nak beli online untuk raya. Kena beli lepas raya bila pos tak sibuk. Senang juga ada pressure cooker. Mudah kerja masak :)

    ReplyDelete
  7. wah.. mudahnya raya kalau ada ni..

    ReplyDelete
  8. nampak sedap kuah kacangnya..ditambah daging lg..maybe lepas raya boleh beli utk dicuba..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas Review Sambal Kacang Ketupat JM kami Puan Ujie Othman.Teruskan Support JM dan semoga Puan sentiasa dirahmati dan dilindungi aaminn2.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****