Hari ini genap setahun saya dan suami berhijrah secara sementara dari Negeri Sembilan (NS) ke Pulau Pinang (PP). Setahun lalu, iaitu pada 30 Mei 2020 kami berpindah sewaktu negara sedang dalam tempoh PKP 1.0. Catatannya di sini.
Sekeping dua gambar kenangan sewaktu nak meninggalkan rumah di NS...
Bawa dua beg pakaian, barangan keperluan peribadi dan barang keperluan rumah yang asas. Di tempat duduk penumpang juga penuh barang.
Sekitar pukul 8 pagi, pagar rumah ditutup. Sayu hati masa ni nak meninggalkan rumah dan kejiranan yang menyenangkan.
Kini setahun berlalu, tak sangka situasi negara semakin memburuk. Kami pun dah 5 bulan tak dapat menjenguk rumah NS. Sebelumnya, kerap juga kami balik bila suami ada urusan kerja di kawasan sana.
Kadang-kala terdetik rasa rindu pada dapur sendiri, bilik sendiri yang dah lama dihuni. Juga terselit juga rasa risau entah apa jadi dalam rumah tu.
1 Jun, Selasa akan bermula sekali lagi ‘sekatan pergerakan penuh’ seperti PKP 1.0. Bersama-samalah kita menjalankan tanggungjawab untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19. Berhenti menuding jari, fokus kepada diri sendiri dan keluarga kita. Kita tak boleh mengubah orang lain, tapi kita boleh mengubah diri kita terlebih dahulu.
Sekejap aje masa berlalu kan...
ReplyDeleteSama-sama kita doa semoga keadaan cepat pulih dan bertambah baik.
InsyaAllah, akan tiba masanya semua ni berakhir.
DeleteLama kan. Daripada Januari tidak boleh rentas negeri, dilonggarkan sedikit lepas itu diperketatkan.
ReplyDeleteItulah..last balik rumah NS dan balik kg Johor pada Dec. Januari dah tak boleh.
DeleteSuami kerja apa? Berapa tahun duk di Pulau Pinang nanti?
ReplyDeleteKerja dengan badan berkanun.
DeleteKalau ikut kontrak cuma dua tahun.
Rasa sekejap aje dah setahun.
ReplyDeleteTak tahulah, mungkin yang menanggungnya terasa terlalu lama.
Secara umumnya saya terasa sekejap juga wak. Cuma kadang-kadang tu ada la rasa lama sungguh, bila tak dapat merentas negeri jenguk rumah NS dan tak dapat balik kg di Johor.
DeleteSemoga keadaan bertambah baik dgn adanya total lockdown..amiin..
ReplyDeleteInsyaAllah..aamin.
DeleteItulah harapan dan doa kita semua.
Ada orang jenguk kan rumah tak kak? Kereta yg ditinggalkan apalah cerita ya... lama tu akak xjenguk umah dh 5 bulan
ReplyDeleteTakde, cuma mintak jiran sebelah maklumkan kalau dengar/nampak apa-apa yang luar kebiasaan.
DeleteKereta tu kami dah ambik bawak Penang lepas sebulan pindah. Mujur elok boleh hidup lagi enjin.
kami di n9 ni pun serba salah dengan kes meningkat2 ni T_T
ReplyDeleteHarap rumah cik TK di N9 tu terjaga keselamatannya. Doakan kes turun supaya boleh rentas negeri lagi
ReplyDeleteKak Ujie, maaf komen sebelum ni saya tersalah sebut nama blogger lain. Baru balik jalan-jalan blog Cik TK so confuse sikit. Dahla asyik kena verify bukan robot. Penat jari menekan
ReplyDeleteHehe..takpe Sal, paham.
DeleteKalau blog akak, tak letak setting tu..mmg melecehkan 😅
Kes di N9 pun semakin naik sekarang ni kak. Semoga keadaan rumah akak baik baik. Syukur ada jiran jiran yang baik. Semoga cepat berakhir covid, boleh senang lenang kita kesana sini lunaskan segala urusan.
ReplyDeleteSemoga yang baik-baik sahaja.. penat berada dalam keadaan lockdown nie..
ReplyDeleteInshaa Allah..kak Ujie pasti akn dapat balik juga nanti :)
ReplyDelete