Saturday, 29 May 2021

Terima Kasih Shida!

Senja tadi suami masuk ke rumah lalu menghulurkan kepada saya satu sampul surat berwarna putih. Suami saya tadinya turun untuk membuang sampah, sambil tu terus pergi tengok peti surat rumah kami la tu.

Wah! Sekeping kad raya daripada sahabat blogger kita Shida Radzuan. Seronok rasa, maklumlah zaman sekarang ni dah susah nak dapat kiriman kad raya.

Terima kasih Shida atas kiriman kad raya ni. Cantik! InsyaAllah akan simpan dan bolehlah buat belek-belek mengenang memori bila dah pencen berblog nanti. Hehe. Maaf jua tak dapat membalas kad raya ni, akak balas dengan catatan blog ni je ya.


14 comments:

  1. Tahniah! Semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete
  2. Hati mesti berbunga ruang terima kad raya ketika waktu tidak dijangka.

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang kalau dapat kiriman kad raya gembira tak terkata!

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, saya pun dapat hehe

    ReplyDelete
  5. Akak jangan la pencen dari dunia blog.. hehe

    Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga akak terus rajin menulis walaupun dah umur nenek-nenek nanti...haha

      Selamat Hari Raya dik!

      Delete
  6. Seronok dpt kad raya fizikal di era digital..

    ReplyDelete
  7. Saya pun dapat dari Shida. Rajin betul dia bagi semua rakan blogger yang join GA walaupun tak menang

    ReplyDelete
  8. Syok kan dapat kad raya. Saya pun dapat satu satunya dari Shida Radzuan jugak :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. bahagia rasanya bila ada yang mengirim kad raya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****