Monday, 3 May 2021

Rendang Maman - Makanan Tradisi Gemencheh

Memori Ghondang Maman dan Monceh
Sekitar tahun 2003 - 2005 saya menetap di Gemencheh, Negeri Sembilan. Gemencheh atau dalam loghat tempatan disebut Monceh. Suatu tempat yang belum pernah saya kunjungi sebelumnya. Takdir membawa saya dan suami ke Monceh atas sebab pekerjaan. Banyak pengalaman baru juga kenangan sepanjang saya menetap di sana. Emm...terus terasa nak menulis kisah lalu, sekadar untuk mengabadikan memori dalam bentuk penulisan. Tapi kena ‘korek’ gambar lama dululah untuk menyorot memori lalu tu.

Berbalik kisah Rendang Maman atau dalam loghat tempatan Ghondang Maman. Sebelum saya tinggal di Gemencheh, saya memang tak pernah tau kewujudan Rendang Maman. Walaupun sebelumnya saya pernah menetap selama 5 tahun di Negeri Sembilan (lebih tepat di asrama sekolah di Labu). Mungkin sebab saya tak pernah satu dorm dengan kawan-kawan yang berasal dari Gemencheh. Rendang Maman ni merupakan makanan tradisi Gemencheh, dihasilkan daripada daun maman.

Kali pertama saya merasa Rendang Maman ni apabila jiran depan rumah (sewaktu menetap di Gemencheh), seorang kakak yang baik hati datang ke rumah saya dan menghulurkan satu bekas Rendang Maman air tangannya. Pertama kali masuk ke mulut, err...saya rasa agak pelik dengan rasa daun maman. Dan ada la sikit rasa pahit. Tapi lepas cuba jugak makan dan habiskan, perasaan pelik tadi bertukar jadi suka. Hehe. Kakak jiran depan rumah tu pulak rajin beri Rendang Maman, memang suka sangatlah saya.

Pencarian Rendang Maman...
Selepas berpindah keluar dari Gemencheh, saya tak lagi dapat merasa Rendang Maman. Pernah beberapa kali jumpa dan beli di ekspo makanan atau pasar pagi di Negeri Sembilan, tapi kecewa sebab rasanya tak menepati selera. Tak sama seperti hasil air tangan kakak jiran depan rumah di Gemencheh.

Sehinggalah sebelum Ramadan baru-baru ini, seorang kawan sekolah saya (berasal dari Gemencheh) membuka jualan Rendang Maman hasil air tangan orang kampungnya. Memang pantas la saya buat pesanan bila dia kata boleh pos. Asalnya dia jual dalam bekas plastik je, tapi demi memenuhi permintaan orang jauh seperti saya maka dia buatlah juga dalam pek aluminium foil.

Alhamdulillah...diterima dalam keadaan baik. Teliti pembungkusannya, siap masuk dalam plastik, kemudian ‘bubble wrap’ dan bungkus pula dengan kertas surat khabar. Servis pihak kurier pun pantas - pos semalam, hari ni sampai.

Saya beli Rendang Maman ayam dan daging. Nak cuba tiap satu. Harga RM16 / pek, berat 230 gram setiap pek. Caj pos 2 pek ni RM10.

Satu pek Rendang Maman dapat banyak gini. Alhamdulillah...sedap! Memang inilah rasa yang saya cari. Rendang Maman dimakan bersama nasi panas ni dah cukup membuka selera. Seronok rasanya dapat jumpa rasa yang saya inginkan.

Sekarang ni dah habis pun 2 pek Rendang Maman, saya dah buat pembelian lagi beberapa pek. Beli lebih terus, jimat caj pos. Simpan dalam peti sejuk, bila-bila nak makan buka je satu pek dan panaskan.



16 comments:

  1. pernah dgr, tak pernah rasa...jeruk maman pernah makan dulu2, sekrg dah lama tak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak, pernah dengar jeruk maman...tapi tak pernah rasa 😅

      Delete
  2. Say tak pernah jumpa dan makan rendang maman. Apa agaknya rasanya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa unik daun maman. Untuk yang pertama kali makan, mungkin tak suka sebab ada la terasa sikit rasa pahit tu.

      Delete
  3. ooh, wak penah smpi kat jambatan gemencheh bekas perang jepun tuuh., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambatan perang tu sebenarnya kat Gemas, nama je Jambatan Gemencheh sebab bawahnya Sungai Gemencheh.

      Saya belum pernah sampai lagi.

      Delete
  4. Pernah dengar tapi tak pernah tengok dan rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ok la orang Melaka pernah dengar. Ada orang asal N.Sembilan sendiri pun tak pernah tau pasal rendang maman ni tau 😀

      Delete
  5. Aha susah hendak cari daun maman. Ini makchek saya selalu buat. Ya hasil orang Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya,agak susah cari pokok maman. Dan jadi mahal bila dekat raya. Sebab rendang maman ni makanan tradisi masa raya.

      Delete
  6. sebelah pilah tu agak popular juga maman ni. ada orang tanam untuk dijual. Saya pulak tak makan maman. kalau ada kat kampung, mak dengan abah je suka makan. Tak pernah dengar lagi rendang maman. Pernah tahu orang buat jeruk atau masak lemak cili api gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itulah, bukan semua orang boleh terima rasa daun maman ni. Kat Pilah, akak pernah la makan rendang ayam campur sikit daun maman. Memang kena la dengan selera akak.

      Delete
  7. dana tak pernah makan atau rasa rendang maman atau jeruk maman, tapi biasa jumpa pokok maman ni kat pasar tani....
    bila belek2 rupanya banyak rumput maman ni tumbuh kat belakang rumah di kampung, tp sebab tak pernah orang kat kampung kenal atau makan maman ni jadi tak pernah la di masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setau akak pokok maman ada 2 jenis. Yang tumbuh liar tu maman pasir. Rasa dia lebih pahit. Tu katanya sesuai buat jeruk maman.

      Sejenis lagi ni maman kampung, yang ni orang tanam untuk buat rendang dan rasanya lebih sedap.

      Tapi akak tak reti la nak beza maman pasir, maman kampung. Tau makan yang dah siap je 😄

      Delete
  8. Besan saya orang Gemencheh.. kerap juga dapat kiriman rendang maman ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus besan en.mie, kasi makanan tradisi.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****