Dah 3 Syawal baru rajin nak menulis di blog, padahal bukan sibuk apa pun. Raya paling ringkas dan mudah bagi saya - tak sibuk cari baju baru, tak sibuk memasak di malam raya, tiada berjenis makanan yang menggoda. Tahun lepas di rumah NS pun ringkas juga, tapi masih memasak lebih untuk bertukar juadah dengan adik dan jiran. Apa pun cara kita raikan raya, semuanya ada kemanisan tersendiri.
Solat Sunat Aidilfitri Berjemaah di Rumah
Ini tahun kedua saya dan suami melakukan solat sunat Aidilfitri berdua di rumah. Walaupun surau/masjid di PP ni buat 3 sesi untuk solat sunat Aidilfitri, tapi kami ambil keputusan untuk solat berjemaah di rumah je. Selesai solat berjemaah, suami sampaikan khutbah. Sebelumnya, pagi lepas sarapan suami dah berlatih baca khutbah. Yelah, tetap kena bersedia walaupun ahli jemaah cuma seorang...haha. Saya rekod video untuk kenangan.
Sesi Fotografi
Walaupun raya edisi PKP (tak boleh berjalan ke mana-mana) dan cuma berdua, kami tetap ambil gambar untuk kenangan. Masa ni la pentingnya ada tripod, barulah senang nak bergambar berdua.
Raya jauh diperantauan la sangat... |
Seronok main edit gambar, boleh berangan ada kat banyak tempat...hehe. Inilah antara aktiviti saya pada 1 Syawal, edit background gambar guna apps Canva.
Bab baju raya, kami pakai apa yang ada je. Tak sedondon pun, sebab ni jelah satu-satunya baju kurung yang saya bawa ke rumah PP ni. Nak membeli, rasa membazir sebab saya pakai baju kurung cuma masa raya atau kenduri.
Group Video Call - Mendekatkan Yang Jauh
Lepas bergambar, buat group video call dengan adik-beradik dan mak kami. Seronok dan teruja dapat juga melihat wajah mak dan ahli keluarga lain. Alhamdulillah ada teknologi, yang tinggal di seberang lautan pun jadi rasa dekat.
Itu jelah aktiviti 1 Syawal kami. Syukur Allah masih beri kesempatan begini. Semoga Allah beri kesempatan untuk kita berkumpul beramai-ramai di hari raya akan datang.
Kek raya - Basque Burnt Cheesecake versi air fryer. Kali pertama buat, puas hati 😋 |
Satu lagi catatan kenangan raya PKP 3,0, dapatlah saya dan suami mula berpuasa pada 2 Syawal. Kalau tak, mana tahan nak puasa asyik tengok juadah sedap semasa beraya kan. Tahun lepas pulak, tak buat sebab sedang sibuk berkemas untuk pindah ke PP ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri . Maaf zahir batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya PC :)
DeleteSelamat hari raya kak. Lebih kurang cerita kita kak. Serba ringkas, jemaah di rumah je, photography session dan video call. Uishh sedapnya kak burnt cheesecake. Alhamdulillah ada hikmahnya pkp, selamat berpuasa :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Fiza.
DeleteAlhamdulillah..tiap yang berlaku ada hikmah :)
Baru npak muka tuan punya blog.
ReplyDeleteHehe cantik kejadian kek keju terbakar Kami pun puas dengan kek keju terbakar kami.
Hehe..sesekali munculkan diri.
DeleteSeronok bila buat menjadi, semangat nak buat lagi kan NA.
Assalamualaikum
ReplyDeleteselamat hari raya idulfitri maaf zahir batin. moga sambutan aidilfitri tahun ini tetap meriah biarpun dalam suasana norma baharu..
Wa alaikum salam, selamat hari raya. InsyaAllah hari kemenangan tetap dirai.
Deletewahh beraya kat korea ke kak abang tuuh?
ReplyDeleteheheh selamat hariraya aidilfitri maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ., ;p
Asik raya kat Malaysia je Wak, sesekali nak jugak merasa raya obersi kan...hehe
DeleteSelamat hari raya Wak.
Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya Fairus.
Deleteselamat hari raya puan :-)
ReplyDeleteSelamat hari raya Iwan :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeletedah mula puasa syawal
Alhamdulillah wak..dah tak boleh beraya, kita puasa jelah.
Deletecantik nyaa gambar edit tu.. selamat hari raya :)
ReplyDeleteTerima kasih Atie. Selamat hari raya :)
Deletesalam aidilfitri maaf zahir batin..
ReplyDeletestay safe..
jemput join GA di blog :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
Salam aidilfitri Siti :)
Deleteselamat hari raya Ujie, samalah aktiviti kita raya 2021 ni ye.. apapun raya tetap raya Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat hari raya AJ, Alhamdulillah kita masih boleh raya...cukup makan pakai.
DeleteFoto raya diperantauan tu epik! hahahaha
ReplyDeleteSesekali beraya jauh tu...haha
DeleteSelamat hari raya. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteRaya tahun ini relaks jew heheheee.
Selamat hari raya Amie. Raya paling rileks..hehe. Best jugak.
DeleteSelamat hari raya, Ujie. Maap zahir batin.
ReplyDeleteCantik gambar raya, background salji. Burnt cheesecake pun nampak sedap. :)
Selamat Hari Raya Nur.
DeleteTerima kasih ^_^
wahh..ada salji..selamat hari raya, maaf zahir & batin..
ReplyDeleteHehe..merasa la raya ada salji.
DeleteSelamat Hari Raya Nohas :)
selamat hari raya kak, ringkas betul sambutan raya akak... yelah musim pkp ini semua diringkaskan .. dana pun dah buat burnt cheesecake tu memang sedap
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri
ReplyDeleteSalam Syawal Kak Ujie :)
ReplyDeleteSalam 18 Syawal puan blog.
ReplyDeleteSempat lagi kot kalau nak ucap selamat hari raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin :-)