Monday 5 April 2021

Tuaian Pertama Bayam Merah

Semasa di rumah NS dulu pernah la saya tanam bayam hijau, tapi hasilnya tak berapa menjadi. Kali ni di rumah PP, saya cuba menanam bayam merah pulak. Saya tanam guna pasu self watering yang dibawa dari rumah NS.

Biasanya orang akan semai biji benih dulu, lepas tu alih ke bekas tanaman yang lebih besar. Tapi disebabkan saya tak berapa rajin, saya terus je tabur sedikit biji benih secara berjarak. Kemudian tutup dengan medium tanaman. Saya guna medium tanaman cocopeat (sabut kelapa halus). Pasu tu saya letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari untuk pertumbuhan anak pokok.

Saya tanam biji benih bayam pada 25.01.2021, selepas 3 hari anak pokok bayam muncul dengan dua helai daun (lihat gambar atas kiri). Selepas beberapa hari, saya mula letak di tempat yang kena cahaya matahari. Tapi entah apa silapnya, anak pokok bayam macam terbantut tak mau membesar. Walaupun beberapa hari sekali saya tambah air dan sesekali campurkan baja. Mungkin masa tu cuaca terlampau panas dan tak sesuai letak situ.

Alhamdulillah satu hari tu saya tengok anak pokok bayam ada perubahan, membesar. Sejak tu memang setiap hari saya membelek pokok bayam ni. Seronok tengok perubahan setiap hari. Ada juga yang saya cabut dan alih ke tempat lain sebab rapat sangat, kena kurangkan persaingan. Tapi yang dialih mati pulak.

30.03.2021 - pokok bayam dah membesar. Senang hati tengok dan sayang nak tuai...hehe. Ikut kat peket biji benih tu kata, sekitar 50 hari tanam dah boleh tuai. Saya tanam ni dah lebih 60 hari. Tak kisahlah lambat membesar pun, syukur juga dapat merasa. Satu lagi pasu gini saya tanam sawi, tapi tak menjadik pun...haha.

Tapi kena tuai jugaklah kan. Saya tuai cara kerat batang pokok bayam. Dengan harapan nanti tumbuh lagi. Bab cara potong ni saya belajar dari grup Kebun Bandar di Facebook. Katanya jangan potong bawah sangat, agak-agak beberapa inci dari medium tanaman.

Inilah hasil tuaian pertama bayam merah saya. Alhamdulillah...seronok rasa menuai tanaman sendiri. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah untuk dua orang ahli rumah ni.


BENING BAYAM MERAH
Dari balkoni, terus bawa ke dapur untuk dimasak. Sayur bayam ni saya buat masak bening je. Saya memang suka makan sayur bayam hijau atau merah dimasak begini.


Cara saya masak bening bayam :

-Siang sayur bayam dengan mengasingkan daun dan batangnya.
-Hiris bawang putih dan bawang merah.
-Bilis.

✔️Didihkan air dalam periuk ikut anggaran yang kita mahu.
✔️Dah mendidih, masukkan bawang putih, bawang merah, bilis dan bahagian batang bayam.
✔️Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan daun bayam.
✔️Gaul dan perasakan dengan garam. Masak sekejap lagi dan bolehlah matikan api.

Masakan yang sangat ringkas dan sihat.
Semoga ada rezeki saya lagi makan bayam tuai sendiri.


11 comments:

  1. Haah masak ringkas cara bening bagi rasa bayam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..seronok dpt mkn hasil tanaman sendiri..masak being tu sedap dihirup kuah nya..suka buat nasi putih kuah banjir mcm sup..hehe..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Hasil berbudi pada tanah.. Walaupun hanya di dalam pasu. 😃

    ReplyDelete
  4. Seronoknya masak hasil tuaian sendiri kan :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, nampak subur pokok bayam merah tu
    Sedap buat masak bening.

    ReplyDelete
  6. walaupun cuma beberapa pokok tapi best bila tengok subur ye kak... kene tanam sepasu lagi lah kak kalau gitu hehhe...

    ReplyDelete
  7. saya pun masak bening bayam macam ni..simple...sedap hirup kuah tu...

    ReplyDelete
  8. Even tak semai dulu pun elok menjadi subur tanaman bayam akak ni. Sedap makan sayur fresh :)

    ReplyDelete
  9. Sedap ni, suka tengok nasik jadi warna purple masa makan hehehe

    ReplyDelete
  10. hasil lumayan bila berbakti pd tanah.. 😅

    ReplyDelete
  11. waaa, cukup utk dua org ahli rumah kan , nmpk tanaman ni subur sungguh

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****