Saturday, 10 April 2021

Seketika di Bandar Tapak Warisan Dunia George Town

SABTU | 03.04.2021

Hampir setahun berpindah ke PP, baru kali ini saya dan suami berkesempatan menjejakkan kaki ke George Town. Kalau buat carian internet, kita akan dapati banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di George Town ni. 

Selain ia merupakan ibu negeri Pulau Pinang, George Town bersama dengan bandar Melaka juga telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.

Walaupun banyak tempat menarik di sini, tapi saya dan suami ambil keputusan untuk melihat-lihat bandar ini dengan cara berjalan kaki tanpa ada arah tujuan tertentu. Kami parkir kereta dan buat bayaran untuk 2 jam melalui aplikasi Penang Smart Parking. Mudah sungguh ada aplikasi begini, bayar dihujung jari dan kita boleh tambah bayaran jika tak cukup 2 jam tu. Caj untuk parkir di sini adalah sebanyak 80 sen / jam.

Jom layan gambar-gambar pilihan sepanjang kami berjalan-jalan di George Town...

1. Mula-mula sekali kami makan di Kedai Kopi Kassim (gerai tepi jalan) yang terletak di Lorong Pasar. Gerai ni terletak bersebelahan dengan gerai Nasi Kandar Imigresen. Dua keping roti canai telur dan dua cawan minuman panas dengan harga RM6 lebih. Lembut sedap roti canai tu.

2. Kedai buku Gerak Budaya, Jalan Masjid Kapitan Keling. Menjual buku baru, nadir (rare) dan terpakai. Kedai buku yang menarik. Buku-buku yang dijual juga menarik. Kebanyakkan buku di sini berbahasa inggeris, sesuailah dengan kedudukannya di lokasi tumpuan pelancong asing. Kedai buku Gerak Budaya ini dibuka dari pukul 11 pagi - 8 malam.

3. Kami kemudiannya memasuki lorong di belakang kedai buku tadi. Bersih.

4. Jalan Pintal Tali. Di George Town ni memang saya jumpa banyak tokong. Masjid Pintal Tali tu saya tak jumpa pulak, mungkin memang tak lalu.

5. Lebuh Campbell. Terasa seperti berada di zaman kolonial.

6. Berada di satu lokasi yang agak sibuk. Ada MYDIN dan rumah ibadah ‘Sri Kunj Bihari Temple’. Tapi yang lebih menarik perhatian saya adalah berkenaan nasib penarik beca ni.

7. ‘LinkBike’ - ambil basikal di sini dan boleh pulangkan di mana-mana 25 stesen ‘LinkBike’. Menarik!

8. Antara laluan kami. Eksplorasi kami cukup sampai di sini dan kami berpatah balik menuju ke parkir kereta dengan panduan Google Maps. Berkenaan laluan kaki lima begini, bukan semuanya bersih. Ada juga laluan kaki lima yang menjadi tempat gelandangan. Berbau tidak menyenangkan. Masalah biasa di kawasan bandar.

9. Menarik pulak tengok awan tu.

10. Grand Swiss Hotel, Lebuh Chulia. Bolehlah bergambar bersama Mr Bean dan lain-lain tu di sini.

11. Lorong Seck Chuan. Kalau berdiri dekat-dekat boleh baca penerangan di dinding tu.

12. Beca lagi. Hampir serupa seperti di bandar Melaka, ada banyak beca. Cuma beca di sini tidak sarat dengan hiasan.

13. Anjuman Himayatul Islam. Satu-satunya rumah ibadat orang Islam yang kami temui.

Walaupun terasa sedikit penat berjalan kaki (rekod menunjukkan lebih 5,000 langkah), tapi saya rasa puas hati dapat melihat-lihat lebih dekat apa yang ada di sini. Kami juga melalui lorong rumah-rumah penduduk di sini yang kelihatan unik di mata saya. Tapi saya tidaklah mengambil sebarang gambar sebagai menghormati privasi tuan rumah. Jumpa juga Restoran Hameediyah yang terkenal tu. Teringin nak mencuba makanan di situ, tapi kami batalkan hasrat bila tengok punyalah panjang orang beratur di luar kedai.

Ok, sekian saja catatan jalan-jalan saya dan suami di George Town pada hari Sabtu lalu. Insya Allah lain kali akan pilih untuk ke lokasi tertentu pulak.


11 comments:

  1. sbb kosong xde pelancong mmg heavenlah kalo nk bergambar dgn mural2 tourist yg bnyk tuuh kan mak., eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat wak...memang masa yang sesuai sangat nih..hehe

      Delete
  2. Seronok ini jalan kaki tengok kawasan persekitaran. Kalau saya mesti asyik sampai sesat agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedar2 dah jauh ya Na, balik ambil e-hailing la jawabnya...hehe

      Delete
  3. bestnya, paling fav gambar dalam kedai buku tu, sangat menenangkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...memang tak rasa nak keluar cepat-cepat. Dari satu rak ke satu rak akak membelek.

      Delete
  4. hehehe tapi klu public holiday.. tak merasa la kita org penang nak jenjalan sini.. penuh org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...nampak hotel banyak. Mesti sesak waktu biasa. Ni sebab covid, sempadan negeri pun tutup...lengang la.

      Delete
  5. Bagus sekarang sistem parkir pun dah guna apps. Bersih bila lama tak penuh dengan pengunjung. Dulu nak datang sini jenuh tunggu giliran nak bergambar dengan mural street art. Seronoklah berjalan tak ramai orang. Jarang Penang dan Melaka agak sepi.

    ReplyDelete
  6. Suka ronda2 di kwsn Unesco Georgetown, boleh jumpa mcm2 benda menarik..paling best tengok bangunan lama kat area Beach Street..

    ReplyDelete
  7. Terakhir saya ke Pulau Pinang awal tahun 2020 kalau tak silap. Tu pun kerana ada mesyuarat di sana. Sambil mesyuarat tu, sempat jugalah jalan². 😃

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****