Tuesday 27 April 2021

Secangkir Teh Pengubat Letih


Judul : SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2020
Jumlah muka surat : 337
Harga : RM30

Naskhah Secangkir Teh Pengubat Letih yang saya miliki ini adalah edisi terbitan semula oleh Jejak Tarbiah. Ia merupakan buku kedua dalam siri travelog tarbiah, sebelumnya saya dah membaca catatan kembara penulis di Jordan dalam buku Rindu Bau Pohon Tin.

Kandungan buku.
Secangkir Teh Pengubat Letih adalah naskhah catatan pengembaraan penulis di Turki sekitar tahun 90-an yang telah lebih 20 kali berulang dan bermastautin di sana. Naskhah ini bukan saja membawa pembaca ke merata tempat di Turki, malah turut sama menyelami pelbagai isu yang berlaku di Turki dan menyoroti sejarah Khilafah Othmaniyyah. Semuanya membuat perasaan saya bercampur baur sewaktu membacanya - ada gembira, kesal, sedih, marah dan terbit rasa insaf. 

Kisah bermulanya persahabatan penulis dan Fatih.
Apa yang menarik bagi saya ialah kisah indah persahabatan penulis dengan Fatih, dari zaman belajar (bujang) sehinggalah masing-masing berumahtangga. Bak kata penulis, ‘Jika hati bersedia untuk bersahabat, tanpa bahasa sekalipun, kemesraan boleh berlaku’. Persahabatan yang berlandaskan persaudaraan sesama Islam.


Antara petikan kata-kata menarik daripada buku ini :

1. Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan negara. Mengembara itu ialah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar daripada rutin seharian kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman. (halaman iii)

2. “Carilah satu dunia asing...untuk kamu keluar daripada diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah; sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah...”. (halaman 12)

3. ...Turki ialah medan tempur antara Barat dan Timur, antara Islam dan jahiliah, antara sekularisme dan ajaran Nabi SAW, antara tudung dan parlimen, antara segala-galanya. (halaman 23)

4. Sama ada kita mengambil tahu tentang politik atau tidak, kehidupan kita banyak terkesan oleh keputusan-keputusan politik. Oleh itu, sama ada kita memilih untuk menjadi mangsa politik, atau belajar untuk faham tentang politik. (halaman 150)

5. Maka orang yang mengaitkan setiap kesenangan dan kesusahan hidup dengan Allah, akan mendapat mesej Allah daripada kejadian itu. Dapat baik, dekat dengan Allah dengan syukur. Dapat musibah, dekat kepada Allah dengan istighfar dan tawakal. (halaman 264)

6. Keghairahan terhadap pengetahuan, dan kemahuan yang tinggi untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara hingga ke akar umbi, semakin pudar daripada ummah yang pernah hebat dan bijak pandai ini. Masing-masing cepat berpuas hati dengan khabar angin, hearsay yang tiada nilai pengetahuan. Semuanya superficial. (halaman 288)

7. Tatkala tudung semakin menjadi kebiasaan tanpa makna di Malaysia, ia terus menjadi simbol pilihan antara IMAN dan IMPIAN di Turki. (halaman 302)

8. “Kalau mahu kenal manusia secara individu, kita belajar psikologi. Kalau mahu kenal manusia secara berkelompok, kita baca sejarah.” (halaman 317)

Biarpun naskhah ini ditulis sekitar lebih 20 tahun lalu, namun isinya masih sesuai dan memberi manfaat kepada pembaca. Bacaan yang baik untuk semua terutamanya golongan pelajar.


Güneşte yanmayan gölgenin kıymetini bilmez
Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari,
mustahil menghargai rimbun berteduh.



9 comments:

  1. Tulisan saudara Hasrizal memang mengajak kita terfikir. Ada buku dia tapi buku lain.

    ReplyDelete
  2. Bagus baca buku-buku sebegini..

    ReplyDelete
  3. Cover buku yang simple dan saya tertarik dengan lukisan tu. Seronok membaca kisah pengembaraan orang lain. terinspirasi. Mengembara kita dapat belajar macam²

    ReplyDelete
  4. buku buku ilmiah sebegini , mmg best baca kan

    ReplyDelete
  5. masa baca tajuk akak tu, terus teringat lagu yang secangkir madu merah... hehehhe

    ReplyDelete
  6. dh lama wak x beli n baca buku2 camni.. asek updet blog jeew... 😅

    ReplyDelete
  7. kebanyakan tulisan Ustaz Hasrizal dlm buku tu saya baca dalam blog Saifulislam..

    yg paiing sakit hati baca Menjejak Tragedi Penggulingan Sultan Abdul Hamid II..campurtangan yahudi dlm keruntuhan Empayar Othmaniyyah..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****