Thursday 22 April 2021

‘Ruang Muslimah Disediakan’

Semalam saya ke Permatang Pauh, ya...sekali lagi ada temujanji dengan doktor gigi. Sepatutnya nak cabut gigi geraham yang bermasalah. Tapi saya rasa gigi tu semakin membaik, tak sakit. Lepas doktor buat pemeriksaan, katanya tak perlu cabut. Alhamdulillah...selamat sebatang gigiku!

Disebabkan tak jadi cabut gigi, saya cadang nak gunting rambut. Saya menuju ke satu kedai gunting rambut tertera ‘Sakinah Hair Salon’ (bukan nama kedai sebenar). Tengok nama, saya yakin ni untuk muslimah. Tapi pelik sikit bila ada dinyatakan ‘ruang muslimah disediakan’.

Dari luar kedai memang tak boleh nampak dalam, bercermin gelap. Saya pun tolak cermin pintu untuk masuk ke dalam kedai. Terkejut saya bila lihat seorang pelanggan lelaki sedang digunting rambutnya oleh tukang gunting perempuan bertudung!

Langkah saya terhenti. Tak jadi masuk. Berundur dan balik ke kereta. Saya tak mau sokong perniagaan begini. Kalau kedai gunting bukan Muslim, itu saya tak ambil kisah. Mereka hidup tak terikat dengan hukum Islam. Yang salah ialah lelaki Muslim yang datang. Yang ni, jelas kedai gunting perempuan Muslim tapi masih menawarkan servis untuk lelaki. Barulah saya faham kenapa tertera ‘ruang muslimah disediakan’ sebab kedai gunting rambut ni bukan untuk perempuan je.

Sedih. Masih ada Muslim yang tak faham larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan secara bebas dan tanpa keperluan mendesak. Semoga Allah memberi saya dan dia hidayah.


Lepas tak jadi gunting rambut, pergi beli barang dapur. Nampak kuih karipap sejuk beku dengan inti istimewa ni - black pepper dan bolognese. Saya beli kedua-dua jenis untuk merasa.

 

24 comments:

  1. beranggapan baik mukin tukang gunting dgn mamat lelaki tu muhrim agaknyer., wallahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...mulanya cuba bersangka baik jugak Wak. Lepas tu check page Fb memang dia buat servis untuk lelaki dan perempuan.

      Delete
  2. Ada sekali tu saya pergi kedai gunting rambut, nampak dari luar kedainya gaya hipster. Ada tukang gunting rambut laki dan pompuan muslim.. Gaya pun style².. Kemudian yang pompuan boleh baring² kat kerusi sofa. Itulah pertama dan terakhir saya ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak yah datang lagi la kedai gitu kan..

      Delete
  3. mungkin juga dalam keadaan terpaksa..

    moga ada keinsafan berlaku selepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah jugak saya nak fikir keadaan apa yang memaksa.

      Delete
  4. Tentu sedap karipap sejuk beku tu. Senang terus goreng, tak penat nak buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kalau tunggu buat sendiri tak tau la bila boleh makan..hehe

      Delete
  5. Yelah kak nk masuk jadi terbantut ye kak... mesti sedap karipap tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru try goreng yang inti black pepper tu, sedap la menepati citarasa akak. Boleh beli lagi.

      Delete
  6. Unik inti karipap. Beli di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni saya beli kat kedai biasa, bukan pasaraya.
      Na boleh tengok fb - Chef Ninja untuk senarai ejen jualan karipap dia.

      Delete
  7. Sudilah kiranya menyertai giveaway sulung saya ni https://fairusmamat.blogspot.com/2021/04/giveaway-buku-himpunan-kuih-muih.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Biasa tengok orang lelaki gunting rambut lelaki. Atau non muslim perempuan gunting rambut lelaki. No wonder lah ada ruang muslimah disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...1st time jumpa gini. Tu pasal akak terkejut.

      Delete
  9. Itu pasal saya suruh suami gunting rambut saya. Hehe..
    Saya tak pernah nampak karipap frozen bolognese. Best juga, goreng untuk berbuka. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah gak suruh suami, tapi hasilnya macam kurang memuaskan..haha. Boleh la jugak kalau terpaksa kan..

      Delete
  10. sedapnya karipap inti bolognese..

    walaupun ada ruang utk muslimah, kita tak sedap hati..

    ReplyDelete
  11. betul, selalu kedai gunting rambut non muslim saja begini

    ReplyDelete
  12. Nampak situasi mcm ni memang takkan masuk. Tak ikut syarak islam

    ReplyDelete
  13. susah juga kan begini kak ujie.. Jika saya pun xkan masuk kak..kita dah la nk tgal tudung dan sebagainya..mmg masalh lah kalau campur..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, takyah cabut.. kalau tak.. huhuhuhu susah nak makan an

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****