Friday 11 September 2020

Kiosk D’Sungai Batu Malim, Raub

Kiosk D’Sungai Batu Malim yang terletak di Jalan Cheroh - Batu Malim ni saya singgah sewaktu dalam perjalanan dari Bentong ke Cameron Highlands. Masa tu waktu menghampiri jam 12 tengah hari. Perut dah lapar. Mata memerhati kot ada kedai makan di tepi jalan. Suami bagitau dia pernah nampak ada kedai makan di kawasan berhampiran sungai (jalan yang akan kami lalui).

Alhamdulillah memang betul ada kedai makan di tepi sungai. Kereta kami membelok ke satu lorong di kiri jalan, menuju ke kedai tadi. Tapi tak muat pulak nak parkir kereta, ruangan parkir sangat terhad. Suami bawa kereta terus ke depan lagi, jumpa satu kawasan sedikit lapang di sebelah kiri jalan. Bolehlah parkir kereta di situ.

Kedainya di atas tu, kami terus menuju ke meja makan di tepi sungai. Boleh jugak kalau nak makan dalam kedai, mungkin lebih selesa.

Kami pilih duduk di sini. Menghadap sungai yang bersih dan sedap mata memandang.

Jambatan di atas tu yang kami lalui tadi. Meriah diihiasi dengan bendera Malaysia dan bendera negeri Pahang. Masih dalam suasana Hari Kemerdekaan yang disambut 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia pada 16 September akan datang. Kalau boleh nampak dalam gambar ni, di hujung sana kelihatan sekumpulan orang sedang seronok bermain air sungai. Satu pemandangan dan suasana kehidupan yang aman.

Siap ada akaun Instagram dan Facebook, medium pemasaran yang bagus!

Hidangan tengah hari kami - mee kari dan rojak. Ada juga pilihan makanan lain seperti bihun sup dan laksa. Makan tengah hari di bawah pokok menghadap sungai, cukup santai! Tapi kena la perhati kot daun ke apa jatuh dari atas kan 😄

Semuanya sedap, kena dengan selera saya dan suami. Cuma saya lagi suka kalau rojak tu ada cucur tepungnya sekali, lagi sedap! Kos makan-makan kami di sini sekitar RM13.

Kalau ada yang lalu jalan ni bolehlah mencuba menu di sini. Masa operasi saya tak pasti, tapi tutup pada hari Isnin. Boleh buat carian ‘D’sungai Batu Malim’ di Google Maps.

13 comments:

  1. Wah makan tepi sungai.
    Seronok hidup kuah sambil angin sepoi-sepoi bahasa.
    Macam tersorok tapi bagus ada akaun Instagram dan FB, orang boleh cari.

    ReplyDelete
  2. seronoknya! bilalah nak lepak2 tepi sungai ni..

    ReplyDelete
  3. nyamannya..makan di tepi sungai, Alhamdulillah, sedap makanannya dan bersih sungainya..

    ReplyDelete
  4. Bestnya makan tepi sungai. Pasti hati pun tenang dengar air sungai 😊😊

    ReplyDelete
  5. Berbaloi jugak mknan xmahal dan permandangn pn cntik... 👍👍😁

    ReplyDelete
  6. syoknyeee..sambil mkn tgk keindahan sungai..pmndgan pokok2 hijo kan..ujie

    ReplyDelete
  7. KAlau makan bawah pokok tepi sungai ni kena makan sambil tengok atas. RIsau ada burung yang bertenggeh tambah ramuan dalam makanan. Bahaya. haha.. Tapi suasana macam ni, kalau lepak makan petang-petang syok. Di kuala kangsar pun ada kawasan makan macam ni. "Lembah" nama dia kalau penah pegi. Boleh makan laksa dan cendol di tepi sungai perak. =)

    ReplyDelete
  8. Menarik tempat ni. Bersih dan view cantik tepi sungai. Makanan pun sedap dan murah. Berbaloi singgah sini kak.

    ReplyDelete
  9. Hahaaa... betul tu. Makan bawah pokok kena perhaikan juga makanan dan minuman, mana tau ada 'orang' jatuh dari rimbunan dedaunan tu.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih admin (ujie othman) sudi dtg ke kiosk kecil kami😊 dan sudi menulis kisah kiosk kami di dalam blog ini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****