Tuesday 31 December 2019

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai

Aunty Aini's Garden Cafe merupakan antara lokasi makan-makan kegemaran saya dan suami. Disebabkan ia terletak tidak terlalu jauh dari rumah kami, maka agak biasa jugak kami makan di sini sejak lebih lima tahun lalu.

Dah selalu datang makan, baru kali ini rasa rajin nak catatkan di blog...haha! Tapi tempat ni memang dah sedia terkenal pun, cuma saja nak jugak buat catatan dari sudut pandangan sendiri dan sebagai rujukan akan datang.

Kenapa saya suka makan di sini? Sebabnya...

Makan Dengan Konsep Dalam Taman
Saya memang gemarkan kehijauan alam, terutamanya taman ala tropika. Jadinya, Aunty Aini's Garden Cafe ni memang memenuhi citarasa saya.

Pintu masuk dengan daun pintu kayu yang unik dan menarik. Lengkap dengan kemudahan untuk pengguna kerusi roda.

Pandangan dari pintu masuk ke ruang makan. Juga terdapat kemudahan bangku dan pondok (kanan) untuk kita duduk-duduk menikmati keindahan di sini.

Pelbagai jenis tanaman orkid yang terdapat di salah satu sudut.

 Konsep tanaman yang menarik!

Terapi mata. Kenal tak yang kanan tu? Tumbuhan yang tak perlu tanam guna tanah. Ada saya catatkan DI SINI.

Tempayan yang menambah seri landskap di sini.

Menikmati hidangan dalam persekitaran kehijauan taman. Saya suka!


Kemudahan Yang Lengkap
Lokasi makan-makan yang baik mestilah dilengkapi dengan kemudahan lengkap dan terurus.

Ruangan parkir disediakan, walaupun tak terlalu luas (masih ada yang perlu parkir di tepi jalan) ia memudahkan pelanggan yang datang. Tempatnya pun kemas & bersih.

Selain tandas (tiada gambar), kemudahan ruangan solat turut disediakan. Nampak comel dan cantik je kan..

Pondok untuk merokok. Terletak jauh dari tempat makan. Sesuai dengan peraturan larangan merokok di tempat makan mulai tahun 2020 (esok).


Masakan Tradisi Negeri Sembilan Yang Sedap
Rasa masakan yang sedap semestinya menjadi tarikan utama saya datang ke sini. Terdapat pelbagai pilihan menu tradisi tempatan dan barat. Tapi tekak saya dan suami lebih serasi dengan masakan tradisi Negeri Sembilan jika makan di sini. Pernah beberapa kali makan Laksa Johor dan beberapa menu lain, tapi tak memenuhi citarasa kami.

Jadinya hampir setiap kali datang, inilah menu yang kami pesan - daging salai masak lemak cili api, telur itik masak lemak cili api dan kerabu pucuk paku. Kuah masak lemaknya cukup pekat dan rasanya menepati selera kami. Walaupun sebenarnya kami tak berapa kuat makan pedas, tetap jugak makan (kadang-kadang sampai habis licin kuahnya) dengan hidung yang mula berair dek menahan kepedasan. Haha..

Menu yang paling saya suka - kerabu pucuk paku. Lembut dimakan walaupun pada bahagian batang pucuk paku yang besar.

Tak rasa ralat membayar bila makanan yang dimakan memuaskan selera dan dengan suasana tempat makan dalam kehijauan alam.

Disebabkan tempat ini sudah terkenal tetapi ruang makan yang tersedia tidaklah begitu banyak, biasanya akan berlaku kesesakan (tak dapat tempat duduk). Jadi cuba elakkan datang makan pada hari cuti hujung minggu/cuti umum, atau datanglah awal. Pintu bukak je, boleh terus masuk.

Dari segi masa menghidang, kadang-kadang cepat dan kadang-kadang agak lambat. Macam yang terbaru kami makan ni, memang dah dibagitau akan lambat sebab menu yang kami pesan ni sedang dimasak yang baru. Kami okey je.
------------------------------------

AUNTY AINI'S GARDEN CAFE

LOKASI :
Batu 16, Jalan Sepang,
Kg. Chelet, Nilai,
Negeri Sembilan.

WAKTU OPERASI :
Selasa - Ahad
11.30 pagi - 2.30 petang
5.30 petang - 10.30 malam

(Tutup : Isnin)

9 comments:

  1. aduhai kak, cantik betul kedainya tu siap ada taman lagi... memang sejuk mata memandang...
    menu dia tu pun alahai, nampak sedap pekat nya masak lemak daging salai tuh

    ReplyDelete
  2. cantik kedai dia kak ujie.. harga pn okay .. berbaloi kak ujie dating kat sini..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat makan ditempat yg macam ni..
    Bersih, tenang, damai Dan nyaman dengan bebunga yg cantik ni..

    Terima Kasih atas perkongsian alamat Tu.. nanti nak JJCM kesana 😍

    ReplyDelete
  4. Hai Ujie,
    selamat tahun baru 2020.
    Masakan N9 memang sedap! Ditambah pula dengan suasananya yang tenang dan damai, penuh kehijauan, rasanya nak duduk lama-lama di situ.

    ReplyDelete
  5. excited nya restoran dalam taman, menghijau mata memandang ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****