Wednesday, 18 December 2019

Cheesekut

Dah terlalu lama saya tak buat Cheesekut. Dek kerana datang rasa teringin, saya pun mula buat carian di internet. Yang pernah saya buat dulu, tak catatkan resepi di blog. Jadinya tak dapat nak rujuk semula.

Dulu saya cuma guna biskut Cream Crackers, Cream Cheese, susu pekat manis dan susu segar sebagai bahan asas. Tapi kali ni saya mencuba resepi Cheesekut yang diambil dari Facebook Page : Azlina Ina Fans.

Selain bahan asas yang biasa digunakan untuk buat Cheesekut, resepi oleh Azlina Ina ada pertambahan bahan iaitu Whipping Cream dan Horlicks. Juga mesti guna biskut Deluxe Cracker Vegetable.

BAHAN-BAHAN :
• 1 pek biskut Hup Seng Deluxe Crackers Vegetable
• 500g Tatura Cream Cheese
• 1/2 tin susu pekat manis F&N
• 1 cawan Emborg Whipping Cream
• 1 cawan susu segar Dutch Lady
• 3 sudu besar Horlicks

• sedikit susu segar (untuk celup biskut)
• milo & nestum (untuk lapisan dan topping)

Nota :
-Terpulang korang nak guna jenama apa, saya terus tulis jenama yang saya guna untuk rujukan akan datang.
-Biskut tu cuma 258g, tak cukup untuk Cream Cheese sukatan di atas. Sila beli 2 pek, untuk kali ni saya tambah guna biskut Cream Cracker yang sedia ada di rumah.

CARA-CARA :
1. Sebatikan Cream Cheese,  susu pekat manis, Whipping Cream,  susu segar dan Horlicks dengan menggunakan blender atau mixer (saya guna mixer sebab dengan sukatan bahan di atas, tak muat kalau guna blender saya).
2. Celup biskut ke dalam susu segar.
3. Letak lapisan adunan Cream Cheese dalam bekas, kemudian susunkan biskut tadi. Lapiskan lagi dengan Cream Cheese. Kemudian saya lapiskan pula dengan Milo atau Nestum (saya buat selang-seli).
4. Ulang langkah di atas sehingga Cream Cheese boleh menutupi lapisan biskut paling atas.

Dah siap kerja melapis, atasnya (topping) saya letak Milo dan Nestum (saya guna nestum 3in1 sebab dah ada kat rumah).

Hasilnya...dapatlah 5 1/2 bekas saiz SQ450 ni. Maksudnya 5 bekas dan satu bekas lagi cuma dapat separuh bekas je 😅. Sejukkan semalaman untuk rasa yang memuaskan selera.

Buat hari Isnin, hari Selasa saya sorang je dah habis sebekas 😄. Topping tu kalau nak cantik, tambah la lagi sebelum dihidang.

Memang sedap rupanya bila kita guna biskut Deluxe Cracker Vegetable, ada rasa macam masin sikit. Sukatan kali ni pun tak terlalu manis sebab cuma guna 1/2 tin susu pekat manis untuk 500g Cream Cheese. Adunan Cream Cheese pula agak cair, mudah kita nak ratakan untuk buat lapisan.  

Kos memang agak tinggi, lagi pulak bila buat sikit macam saya ni. Menurut Azlina Ina, dengan bahan dan saiz bekas begini harga jual adalah sekitar RM10 - RM12 sebekas. Jika dikedainya beliau jual dengan harga RM15.


8 comments:

  1. lom pernah makan cheesekut ni...kena belilah sebekas. agak kalau ada peminat, baru kita google resepi

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak Ujie.. dlu pernah beli... ketagih di buat ny..beli da siap boleh tahan harga dia.haha..kalau buat dapat makan ramai2 ..boleh ummi cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Sedap pulak tengok .... Ha a dulu masa viral pernahlah buat. Sekali tu ajelah hihi....
    Sekarang ni katanya nak diet..... kang ada benda sedap mcm tu rugilah pulak tak makn Uji hihi

    ReplyDelete
  4. x pernah plak buat dgn cracker vegetable.
    sedap ekk ?
    will try.
    tq for sharing.
    nak beli ni mahal. bila buat, muai skit anak2 makan, kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak rasa lebih sedap guna cracker vege tu sebab ada rasa masin :)

      Delete
  5. memang sedap kan ujie, buh dalam peti ais yummeh :)

    ReplyDelete
  6. selama ni dok beli ja bila nak makan. haha. kena cuba buat jugak ni ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****