Tuesday, 1 May 2012

Suami Nusyuz

Selama ni saya cuma tahu istilah 'isteri nusyuz'. Rupanya 'suami nusyuz' pun ada! Entri kali ni saya nak berkongsi ilmu secara ringkas yang diambil dari Majalah Solusi, tulisan Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj.

ISTERI NUSYUZ adalah isteri yang derhaka terhadap suami dalam perkara yang diwajibkan keatasnya, sikap saling membenci antara kedua-duanya dan keluar rumah tanpa izin suami. Pendek kata, isteri yang derhaka dan tak patuh kepada suaminya.

SUAMI NUSYUZ pula ditakrifkan sebagai suami yang enggan menunaikan hak spiritual, material atau bertindak kasar terhadap isteri. Hak spiritual seperti komunikasi yang baik, memberi pendidikan agama dan tidak mengasari isteri. Hak material pula seperti mas kahwin, nafkah dan mutaah jika berlaku perceraian tanpa nusyuz isteri.


p/s: Para suami beringatlah...jika tak beri pendidikan agama kepada isteri, anda boleh dikategorikan 'suami nusyuz'! Suami dan isteri...sama-sama kita elak daripada menjadi pasangan yang nusyuz.

18 comments:

  1. selama ni lelaki selalu je sebut pasal isteri yang nusyuz tanpa sedar dorang pun boleh jadi nusyuz jugak.

    ReplyDelete
  2. suami asik cari salah isteri je...
    sekarang ni kena banyak hati2...

    ReplyDelete
  3. Insyaallah..saling mengingatilah kita sesama pasangan...moga kita dan pasangan tak tergolong dengan suami@isteri nusyuz.

    ReplyDelete
  4. eh nusyuz tuk lelaki ada, bukan dayus ker?

    ReplyDelete
  5. belum layak lagi sy nak kwin sis^^

    harap2 tidak tergolong dalam golongan sebegitu..amin3

    ReplyDelete
  6. oo..suami nusyuz pun ada ya..sama macam dayus ke k.ujie?

    ReplyDelete
  7. yg penting kita kena saling hormat menghormati baru la xjadi apa2

    ReplyDelete
  8. hihi ada jugak utk suami...ingat nusyuz tu isteri je...tengkiu =P

    ReplyDelete
  9. harmoni rumahtangga jika si suami sering berbicara hal2 agama dgn isterinya..kerap ke majlis ilmu..Insya Allah..

    nice sharing :)

    ReplyDelete
  10. Ramai suami nusyuz skrg ni kan ujie.

    ReplyDelete
  11. HANAMIKO, TP & PRETTYWRITE:
    dayus berbeza..nanti saya buat entri lain.

    TIHARA:
    betul..tu kira suami bagi didikan agama kat isteri jugak la tu.

    LYD:
    begitulah nampaknya, berdasarkan penampilan luar para isteri dan anak2nya.

    ReplyDelete
  12. noted kak..Sy akan cuba elakkan menjadi seorang lelaki yang nusyuz.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. semoga ikatan suami isteri yg lahir atas dasar cinta tidak tergolong dalam nusyuz setelah mendirikan rumah tangga.. same2 perbaiki... membaiki.. dan memperoleh keberkatan...

    ReplyDelete
  14. rasanya ramai yg tak kisah pasal istilah suami nusyuz ni kan... moga kita n pasangan dijauhkan drp jadi isteri/suami yg nusyuz..

    ReplyDelete
  15. IZAN:
    bkn setakat tak kisah..tapi rasanya ramai tak tau. saya pun baru tau ni. ^_^

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...