Wednesday 23 May 2012

Laskar Pelangi

sumber: pts
Sewaktu mula menulis entri ni, saya tengah menonton Laskar Pelangi The Series.
Baru dua kali menonton, saya dah tertarik. Ia kisah suka duka kehidupan 10 murid (digelar laskar pelangi) dan guru mereka yang gigih berjuang demi pendidikan. Latar cerita ini berkisar sekitar kehidupan warga desa di Pulau Belitong, Sumatra, Indonesia. Cerita yang menyentuh hati dan pemandangan pantai yang cukup cantik. Bahasa pertuturan mereka pula seakan-akan bahasa Melayu kita.

Bila buat carian di internet, barulah tahu rupanya ia diadaptasi dari novel yang cukup terkenal karya Andrea Hirata dan sebelum ni telah difilemkan. Yang menariknya, novel ni boleh didapati dalam edisi Bahasa Melayu terbitan PTS. Lepas ni memang saya akan cari novel ni.

Tajuk cerita: Laskar Pelangi The Series
Hari: Selasa, Rabu, Khamis
Masa: 8.30mlm. - 9.30mlm.
Saluran: Tv Hijrah
(ada 15 episod, bermula 15 Mei lalu)



Jom kita tonton malam esok!
Ada pengajaran, kekuatan dan mungkin kenangan zaman kanak-kanak kita.

19 comments:

  1. Agak unik bahasanya, campuran Johor Riau dan Indon...

    ReplyDelete
  2. tgk filem die..bru scene nk ckup kn 10 org murid sye dh nanges..huhu

    ReplyDelete
  3. assalam ujie..patut acik rasa pernah tengok je..

    ReplyDelete
  4. oooo..
    sy jrg tengok alhijrah..
    x per,
    esok, try tengok.. :)

    ReplyDelete
  5. lepas ni nak try tengok ...

    ReplyDelete
  6. eh ada siri dia? filem dia dah tgk betul tersentuh, bagaimana cikgu cuba memberi pendidikan sebaik mungkin untuk anak2 desa. dan murid2 pula serba kekurangan.

    paling sya minat sekali watak budak yg pakar metametik tu. setiap kali nak kesekolah dia bertemu dgn halangan, jumpa buaya

    ReplyDelete
  7. lama tak tgk ceter melayu mcm ni....menarik juga tu yer:)

    ReplyDelete
  8. Oh, ade siri ye? Bolehlah tgk mcm nie....da tgk sekuel Laskar Pelangi? Sang Pemimpi...

    =D

    ReplyDelete
  9. errr tak pernah tgk pulak laskar pelangi ni...

    ReplyDelete
  10. alamak..during that time memang sy selalu xde kat umah..hehehe :( tapi takpe kalau best internet kan ade..mesti bleh download kan kak??hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. belum berkesempatan lagi nak tgk cite ni. wajib tengok ni. ;)

    ReplyDelete
  12. ros dh tgok laskar pelangi yang movie punye tu..yang drama tak berkesempatan lagi kak...hurm, tapi jalan cerita dy memang sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhh sgt! :( budak3 dy pintar3 kan walapun suasana dan fasiliti diorang serba serbi kurang..memang terbaik lah laskar pelangi ni..nnt nak nonton yg epi punya la!;) *selamat berbuka kak ujie*

    ReplyDelete
  13. macam pernah dengar tajuk laskar pelangi tu tp xpasti kat mana..TVhijrah xclear.mklumlah xde astro..;p

    ReplyDelete
  14. TP:
    kena tengok series ni..katanya ada kelainan dr yg filem.

    PAA:
    blm..ni baru je berkenalan dgn laskar pelangi..^_^

    AZLAN:
    download..jgn tak buat..^__^

    AISHAH:
    tajuk ni mmg biasa dgr..sbb buku, filem, lagu..sume ada.
    Samalah kita..takde astro. mmg tak clear pun..tapi bolehla tengok lagi.

    ReplyDelete
  15. tiada kesempatan lg nak menonton tb

    ReplyDelete
  16. drama bersiri? wahhhh. kena tgk ni!

    ReplyDelete
  17. Urghhh..bl al hijrah nak masuk kat kelantan ni?hu3 nk tgok cter2 best ni..pnah tgok filem dye jer dulu..hrapkn filem malaysia asyk cinta jerlah..muntah..huhu

    ReplyDelete
  18. PRETTYWRITE:
    hmm..betul tu. tu psl akak jarang tengok citer kita.
    Kat kg akak-pontian tu pun tak dpt tvhijrah. tv singapore byk la dpt.
    Tvhijrah bagus..byk pengisian yg baik.

    ReplyDelete
  19. kawan ct suka tgk cter ni...katanyer teringt zaman2 dia kecik dulu..hehehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****