Friday 13 January 2012

DUA WAJAH: Tahanan Tanpa Bicara


Tajuk: Dua Wajah : Tahanan Tanpa Bicara
Penulis: Syed Husin Ali
Penerbit: SIRDC (penerbit semula)
Harga: RM20
Muka surat: 176


Buku ini mencatatkan pengalaman sebenar penulis, Syed Husin Ali (SHA) selama menjadi tahanan hampir ENAM tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petani di Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974. Catatan ini hanya mewakili secebis pengalaman daripada beribu-ribu yang pernah ditahan di bawah ISA dan masing-masing dengan pengalaman yang berbeza.

SHA telah ditahan mulai tahun 1974 sehingga tahun 1980. Bagaimanapun atas alasan tertentu, catatan ini hanya diterbitkan setelah lebih 15 tahun berlalu iaitu pada tahun 1996 (cetakan pertama). Dan saya sendiri baru tadi selesai membacanya, iaitu setelah 15 tahun ia diterbitkan!

Sedikit petikan daripada buku ini...
Tui, tui, tui. Aku merasa ludahnya panas meleleh di mukaku. Aku paling ke lain. Dia ikut mukaku. Diludahnya lagi beberapa kali, bertalu-talu. Apabila aku cuba mengesat dengan baju, dimarahnya aku. "Alhamdulillah," kataku. Aku senyum. "Celaka budak ini. Semuanya tak tahu. Biarkan dia di sini. Jangan beri dia tidur." Dia pun keluar dengan muka yang marah.

Saya membaca buku ini dengan perasaan yang berbaur...SEDIH bila terpaksa berpisah lama dengan anak isteri, JIJIK bila terpaksa menggunakan tandas yang hancing berlumut, MARAH bila tiada undang-undang yang mampu membela nasib tahanan ISA, dan akhirnya KAGUM dengan ketabahan SHA serta tahanan lain yang mampu mengharungi deraan mental serta fizikal selama bertahun lamanya. Walaupun dikatakan ada yang membunuh diri dan menjadi kurang siuman, tetapi masih ramai yang bertahan.

Saya membayangkan jika saya berada di tempat para tahanan ISA ini, atau menjadi anak/isteri mereka. Tentu berat sungguh melalui detik sukar ini! Detik apabila seseorang ditahan selama bertahun lama tanpa dibicarakan kesalahannya, sungguh tidak adil dan zalim!

TERKINI...kerajaan akan menggubal akta baru bagi menggantikan ISA. Bagi saya, tak perlu ganti tetapi perlu pindaan semula terutamanya dari segi jangkamasa penahanan tanpa bicara seseorang. Juga perlu diperincikan prosedurnya supaya tidak menjurus kepada penganiyaan dan berbuat zalim.

*untuk kisah tahanan lain yang menerbitkan rasa sebak dan mengundang tangis, sila KLIK DI SINI.


p/s: Ini bukan entri hasutan atau berbaur politik, sekadar menceritakan buku yang baru saya baca dan memberi pendapat mengenainya.

39 comments:

  1. Sy pnh baca buku nie! Tak silap sy....ms nie bwh PM Tun Abdul Razak...

    ReplyDelete
  2. Pernah dah baca dulu. Ada certain keadaan yang perit tu, buatkan saya menangis sampai. Huhuh.

    ReplyDelete
  3. wahh..mcm mnarik je jln cte dia..thanks for the info..:)

    ReplyDelete
  4. tetiba aku berasa marah sgt2...

    apasal nak ludah2, tak ada akhlak betul.Nassib nie cerita lama

    ReplyDelete
  5. tersentuh hati kite baca :(

    ReplyDelete
  6. yana lan:
    akak blm nangis lg..tapi rasa mmg tak mampu nak lalui saat yg perit2 tu.

    izz faizah:
    mmg menarik sbb ni catatan tahanan..yg sukar utk kita temui.

    TP:
    tu baru ludah..ada lg teruk kena pd tahanan lain. mmg geram+marah sgt bila baca.

    citer skrg kita tak tau, sbb takde yg buat buku gini.

    ieja:
    kisah yg sgt menyentuh hati..kalau ieja baca yg akak bg link tu..mesti nangis pulak!

    ReplyDelete
  7. meloyakan bila baca tang meludah. teringin juga nak baca.

    pss: mai ada rply txt akak dalam blog mai. ;DD

    ReplyDelete
  8. segan nak komen sis.hehee tak tahu apa2 pasal benda ni,komen lebih takut salah pula..hehee

    slmt malam..yang penting tuhan tau siapa yang ditindas,siapa yang menindas !!

    ReplyDelete
  9. Dah baca kisah kat LINk tu..sedih & sayu lily baca kisah tu..

    ReplyDelete
  10. maii:
    mmg geli..dan geram.
    bacalah, selami derita mereka.

    WS:
    betul..biarpun takde keadilan di dunia, masih ada keadilan di akhirat kelak.

    lily:
    sedihkan..dah sampai meninggal betul baru bg jumpa.

    ReplyDelete
  11. malangnya saya sebab tak pernah jumpa buku ni. Kena cari juga ni. Terima kasih ujie atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. ooo,sy xpernah bace,.dn xpernah bce lg bku2 yg berunsur cmni,.aduhaii,.huhu,.kne ppuk semangat mmbace plbgai genre ni,.hihi

    ReplyDelete
  13. sedih ada..nak marah pun ada..
    sampai meludah2..
    dah macam komunis pulak.

    ReplyDelete
  14. kak ujie memang rajin membaca cerita2 macam ni erk..

    ReplyDelete
  15. ciktom xpernah baca..tp dgr cerita mmg terseksa siapa2 yg kena tahan under ISA ni..nak try baca kat link ujie bg tue..

    ReplyDelete
  16. ooh xpernah bc lagi la k.ujie..

    mmg kesian kan kalo tahu keadaan sebenar..ira xsokong mn2 pihak..huuu

    ReplyDelete
  17. ntahlaa... huhu.. mcm2 dah dgr...

    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/berkata-dengan-lemah-lembut.html

    ReplyDelete
  18. selamat pagi sis..

    #jaga diri elok2

    ReplyDelete
  19. Salam Ujie..,

    pernah baca buku ni masa suatu masa dulu.... memang perjuangan memerlukan pengorbanan..

    ReplyDelete
  20. eyy bencinya! kesian kat anak2 n wife tahahan tu sapa yg bagi makan??

    dulu dh la miskin, isteri biasanya xkeja, diorg ni x pk ke..dh la sgsara idup makin sgsara..

    cis.emo ni.geram.

    ReplyDelete
  21. wah...macam best jer buku nie..tak pernah tau plak apa jadi kat tahanan ISA nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. Yana ingat pnjg lg akak nak taip..tengah syok baca..dahla via phone je ni..terbatas..hehe..nanti nak terjah link tu..
    Semoga Allah bagi keinsafan untuk mereka yang menyiksa dan kerahmatan untuk mereka2 yang pernah menjadi tahanan ISA..

    ReplyDelete
  23. sy lum pernah baca buku nie lagi...walau bagaimanapun, ketabahan mereka mmg sgt mengujakan..bukan senang nk sesuaikan diri duduk dlm tue huhuhhh

    ReplyDelete
  24. Mcm best jer nak baca apb tengok petikan itu.. Promosi yg baik!

    ReplyDelete
  25. wah..bgusnye akak bc buku2 camnie..
    sy nie asyik dok bc novel english je, aih~.. "-_-

    akak xupdate? owh..b'cuti..lupe lak..

    ReplyDelete
  26. mood bercuti lagi ke sis?heeehee

    slmt mlm..

    ReplyDelete
  27. datang singgah follow sini .
    jom try lawat belog sana pulak ngeh2

    ReplyDelete
  28. isa senang disalah guna... itu masalahnya

    ReplyDelete
  29. Akak dah balik bercuti kah?:)
    ala tak sempat jumpa kan..
    tak apa lah tak ada rezeki nak jumpa..balik bila ni?nanti inform ya..nak pos hadiah..:)

    ReplyDelete
  30. teringin jugak nak baca ni..btw ujie terpilih sbg pemenang misteri nt bg detail eks..tak pun jemput ke entry GA saya..sory lambat announce GA ni:)

    ReplyDelete
  31. wahhh sis menang.hehee

    leh share hadiah tu tau.heheee

    ReplyDelete
  32. salam sis..rehat cukup2,dah okey update kembali ye..

    jaga diri sis sekeluarga..

    ReplyDelete
  33. Waah..syok makan shopping kat kelate ya kak..terharu..haha..ok nt yna pos esok ya..nt yana confirm balik alamat ngn k.ujie eyh..

    ReplyDelete
  34. shameel:
    saya sendiri pun baru jumpa buku ni..setelah berbelas thn ia diterbitkan!

    CN:
    betul, kita kena baca pelbagai genre..utk tau pelbagai perkara.

    diana:
    ludah tu kira minima..ada lagi..

    lia:
    akak suka baca sbb pengalaman mereka ni unik..pahit getir hidup yg kita tak lalui.

    cik tom:
    kalau tak kena seksa fizikal pun, mental mmg terdera kerana hidup dlm kurungan.

    ReplyDelete
  35. j/ira:
    tahanan ISA ni mungkin ada yg betul bersalah..tapi apa pun mestilah dibicarakan, jgn dikurung gitu je.

    L:
    yg ni real story..

    azmnor:
    betul, perjuangan jlnnya tak mudah. hanya yg kuat jiwa mampu lalui.

    munna:
    setuju..itulah yg perlu difikirkan. bkn hanya tahanan terdera, tapi seluruh ahli keluarga.

    azlan:
    samalah, tak pernah tau..sehinggalah baca buku ni.

    prettywrite:
    dlm buku ni, mmg ada pegawai di kem tahanan yg insaf..

    sahrom:
    masa saya baca buku ni, cuba bayangkan jugak..tapi mmg tak sanggup!

    tea:
    kamu mmg teliti..saya mmg sertakan petikan tu utk promosi. biar yg lain tertarik nak baca. ^__^

    nisa:
    biasalah remaja, baca novel cinta kan..^__*
    tapi sesekali elok baca buku gini.

    gedek:
    betul uncle! sbb tu perlu kpd pindaan akta.

    tihara:
    silakan baca..

    yea..syukur..dpt hadiah! ^__^

    WS:
    kalau hadiah tu boleh di share lah ya..hehe

    nisa:
    akak pun rasa lama sungguh tak update!

    prettywrite:
    hehe..mmg syok! tu pun tak sempat rasa mcm2 mknn tempatan.

    ReplyDelete
  36. perlu ke nk dera dorg...huhuhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****