Entri berkaitan —> Bahagian (1) : Menginap 2 Malam di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Dalam entri bahagian 1, saya catat berkenaan pengalaman penginapan di Deluxe Room. Malam seterusnya, saya dan Encik Suami menginap di Premier Deluxe Room pula.
Apa bezanya? Premier Deluxe Room merupakan Deluxe Room yang telah dibaik pulih (refurbished). Jomlah kita tengok rupa bilik yang telah diberi nafas baru ini.
Kami menginap di bilik 911. Keadaan bilik luas dan moden dengan kemasan lantai laminate. Tiada bau hapak karpet lama.
Perabot dengan warna lebih segar.
Bantalnya pula masih sama - leper. Cuma kali ini disediakan bantal kecil, bolehlah saya jadikan bantal tambahan untuk tidur lebih selesa.
Masih menggunakan control panel gaya klasik. Penyaman udara hanya boleh dilaraskan kepada low-med-high sahaja.
Bilik air bersih selesa nak guna.
Wah…ada electronic bidet! Tapi cuma sempat kagum sekejap je, rupa-rupanya ia tak berfungsi 😄
Pemandangan dari balkoni. Lebih kurang sama je dengan pemandangan bilik sebelumnya cuma ini dari aras 9, kedudukan lebih tinggi.
Waktu pagi ketika turun bersarapan, sempatlah saya menyaksikan keindahan matahari terbit.
Hasil zoom-in.
Harga penginapan kami termasuk sarapan. Sengaja pilih dengan sarapan sebab nak mencuba bufet sarapan Primula Beach Resort.
Nasi dagang menjadi menjadi tarikan utama di sini.
Saya bukan peminat nasi dagang tapi ambil juga untuk merasa. Encik Suami makan siap menambah, sedaplah tu kan. Saya pula kurang menikmati. Berbeza dengan nasi dagang di kedai Nasi Dagang Atas Tol, saya makan dengan berselera. Makanan lain yang dihidangkan juga kurang menambat selera saya.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pengalaman penginapan di Premier Deluxe Room. Syukurlah Encik Suami buat keputusan untuk menginap di bilik yang telah dibaik pulih ni, memang lebih selesa berbanding Deluxe Room. Tetapi harganya juga lebih mahal iaitu RM349.70 termasuk sarapan.











No comments:
Post a Comment
*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊
Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****