Catatan hari Sabtu, 19 September 2026.
Setelah 2 malam menginap di Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Aktiviti terakhir kami sebelum meninggalkan Kuala Terengganu - lawatan ke Muzium Negeri Terengganu.
Sebelum itu, kami singgah membeli baju batik dan kain pasang batik di kedai Kamis Batik yang terletak di Kompleks Paya Bunga Sentral.
Kami tiba di Muzium Negeri Terengganu pada waktu tengah hari. Orang ramai memenuhi pekarangan muzium. Kami tak jumpa ruang parkir kosong di kawasan muzium, terpaksalah parkir di luar kawasan - di seberang jalan. Jauh sikitlah nak berjalan.
Saya nampak ramai orang berpakaian baju kurung menuju ke suatu arah. Rupa-rupanya ada majlis perkahwinan sedang berlangsung di sini.
Bangga saya tengok tulisan jawi lebih besar berbanding tulisan rumi. Negeri Terengganu begitu memartabatkan tulisan jawi sebagai warisan bangsa.
Pada mulanya, agak keliru juga nak ikut arah mana sebab ada banyak bangunan di sini. Kita ikut arah pada papan tanda di atas (klik foto untuk paparan lebih jelas).
Di kawasan yang sama ini juga terdapat Kampung Budaya Terengganu, tapi kami tak masuk. Kawasan ini luas dengan bentuk muka bumi berbukit, agak memenatkan kalau nak melawat keseluruhan tempat lawatan dengan masa yang terhad.
Laluan mendaki untuk ke pintu masuk utama muzium - sebelah kiri, bertangga. Cantik reka bentuk bangunan bagaikan sebuah istana lama.
Naik tangga untuk ke pintu utama dan kaunter tiket.
Cantik kawasan sekitar muzium, macam dalam sebuah taman.
Klik foto untuk paparan lebih jelas berkenaan waktu operasi dan harga tiket.
Tiket kami RM5 seorang.
Luas dan bertingkat-tingkat. Penat jugalah nak membelek setiap galeri pameran.
Berkenan saya dengan tikar mengkuang ni, cantik kombinasi warnanya.
Eh…baru saya tahu buah seperti mangga dan ciku juga dijadikan sebagai bahan pewarna kain.
Salah satu galeri pameran yang terdapat di sini.
Saya tak ambil banyak foto, lebih fokus meneliti dan membaca bahan pameran. Walaupun rasa penat tapi seronok sebab kita dapat banyak pengetahuan baru.
Dan, saya juga rasa seronok sebab terjumpa dengan rakan blogger SA - Suria Amanda 😍
SA tak kenal saya, tapi saya kenal SA. Jadi, sayalah yang perlu mulakan langkah - beri salam dan tegur SA. Walaupun saya tahu SA sekeluarga datang bercuti di Kuala Terengganu, tapi tak sangka pulak kami boleh berjumpa secara tak sengaja di sini. Seronok sangat tau, kenal di blog kemudian jumpa depan mata 😃













No comments:
Post a Comment
*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊
Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****