Friday, 23 January 2026

بوڠا تروڠ

Boleh baca tajuk entri dalam tulisan Jawi di atas? Saya buat tajuk tulisan Jawi supaya bolehlah kita sama-sama belajar menulis dan membaca tulisan Jawi walaupun cuma dua patah perkataan. Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan, maka penguasaan tulisan Jawi yang merupakan identiti bangsa Melayu kian menghilang.

Berbalik kepada tajuk entri. Pada 2 November 2025, Encik Suami semai empat biji benih pokok terung. Hasilnya, hanya dua biji benih saja tumbuh dan membesar. Bab penjagaan pokok pula menjadi tugas saya - siram, baja dan semburan racun serangga organik.

Bunga terung
19 Januari 2026 - kemunculan tunas bunga terung yang pertama. Alhamdulillah! Seronok dan teruja walau cuma tunas bunga je, bukan buahnya pun. Maklumlah, ini merupakan pengalaman pertama saya menanam pokok terung 😄

Encik Suami kata, sebaik saja keluar bunga kita kena buang daun besar di bahagian bawah pokok - bertujuan supaya nutrisi fokus kepada buah. 

Bunga terung
Esoknya, muncul sekuntum bunga berwarna ungu. Cantik!

Bunga terung
Kuntum bunga terung yang menjadi harapan - moga tak gugur dan jadi buah terung pertama.

Bunga terung
23 Januari 2026 - Alhamdulillah muncul lebih banyak bunga terung di kedua-dua pokok. Saya tak asingkan pokok yang tumbuh selepas disemai, jadinya ada dua pokok terung dalam satu bekas tanaman. Kalau dapat asingkan lebih bagus - supaya cukup ruang dan nutrisi bagi setiap pokok.

Pokok terung
Beginilah rupa pokok terung saya. Rakaman foto pagi tadi.

Semoga Allah kurniakan rezeki untuk saya merasa terung tanam sendiri. Saya tanam terung bukanlah sebab nak berjimat sangat (ahli keluarga cuma berdua), tapi lebih kepada nak mengisi hidup dengan pengalaman baharu dan kepuasan menikmati hasil tanam sendiri.

Ada yang pernah tanam pokok terung? Mudah saja atau susah keluar hasilnya ya?







7 comments:

  1. Alhamdulillah menjadi keluar bunga terung. Harap dapat tuai hasil

    ReplyDelete
  2. Assalam Ujie, PZ ada tanam beberapa pokok terung...x menjadi..x berbunga dan sudahnya musnahkan aje..serik dia nak tanam..tunggu punya la lama kan...setakat ni belum berjaya nampaknya..

    ReplyDelete
  3. Pokok Terung adalah sejenis pokok yg saya tanam tak pernah jadi hahaha.. tak tahu la kenapa.. 😁

    ReplyDelete
  4. mak saya di kampung pun tengah tanam pokok terung,bila ada yang dah keluar buah sulong tu dia punya happy macam nak tunjuk pada semua orang..hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, masih boleh jawi lagi hihi.
    cantik jugak bunga terung ni. haraplah berjaya tumbuh dgn elok

    ReplyDelete
  6. Nampak cantik bunga terung..subar..

    ReplyDelete
  7. Uncle punya sain pun dalam jawi tau....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****