Tuesday, 1 July 2025

Burung Tempua Bersarang Tinggi

Morning walk hari Ahad lepas - saya dan Encik Suami berjalan santai sambil menikmati alam di kawasan tempat tinggal kami. Tiba di suatu tempat dengan deretan pokok kelapa di tepi jalan, saya memandang ke atas melihat hujung pokok kelapa. 

Sarang burung tempua di pokok kelapa
Sekali pandang, nampak biasa je pokok kelapa ni.

Sarang burung tempua di pokok kelapa
Bila saya perhatikan, eh…ada banyak sarang burung!

Sarang burung tempua di pokok kelapa
MasyaAllah banyak sungguh sarang burung tempua bergantungan di hujung daun kelapa. Teruja saya melihat sarang burung yang sangat banyak begini. 

Sarang burung tempua di pokok kelapa
Sarang burung tempua sangat unik dengan bentuk yang pelbagai dan warna sarang yang berbeza. Begitu hebat kuasa Allah menciptakan burung tempua dengan kemampuannya tersendiri.

Walaupun saya sudah agak biasa (sejak menetap di negeri paling utara) menyaksikan sarang burung tempua, saya tetap jua teruja setiap kali ternampak gantungan sarang burung di pokok. Selalu juga saya jumpa sarang burung tempua berjatuhan di tanah sewaktu melakukan aktiviti morning walk.







44 comments:

  1. Saya pun teruja nak pegang tapi jauh nak capai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja nak pegang sebab nak tengok hasil anyaman yang unik 😀

      Delete
  2. Eh, boleh pulak dia buat sarang di pokok kelapa ek. Banyak pula tu. Meriah dia punya sarang. Kalau saya pun teruja dan ambil gambar. Nampak macam ada yang masih baru, hijau² tu. Cantik seni sarang burung tempua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang hijau tu, tak pasti sebab sarang baru atau memang burung tu ambik daun/rumput segar. Sebab biasanya burung buat sarang guna rumput kering je. Teringin jugak nak tau.

      Delete
    2. A'ah kan. Biasa mereka ambil yang kering je. Menarik juga ni kalau ada infonya yang hijau tu.

      Delete
  3. Sy pun selalu amaze dgn sarang burung tempua. Cantik dan unik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jumpa banyak kali pun, tetap rasa kagum!

      Delete
  4. Tempua yang anyam sarang ni tempua jantan. Kalau ada tempua betina yang berkenan dengan sarang tu mulalah misi untuk menghasilkan telur. Banyaknya sarangnya. Musim mengawan agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..saya tau pasal sarang jantan dan betina, tapi tak tau semua sarang dibuat oleh burung jantan. Bagus tu, macam manusia pulak ya - suami kena sediakan rumah 😀

      Delete
  5. Baru nak kata nanti jatuh bedebuk daripada pokok kelapa yang tinggi.
    Banyak juga sarangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jatuh tu tak taulah memang dah kosong, rapuh atau jatuh dek angin kuat 😄

      Delete
  6. Ye la.. first time tengok yg banyak cam ni! Sekampung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira kampung dia orang la atas pokok tu 😄

      Delete
  7. Saya betul2 galfok (gagal fokus) melihat hasil foto kakak. Langsung teringin beli hp yg sama 🤣. Ini Samsung S24 ultra ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya Fanny.
      Akak suka guna hp Samsung sebab boleh zoom jauh dengan jelas. Kalau guna tripod lagi bagus hasil fotonya, kurang gegaran tangan.

      Delete
  8. Betul lah kak, banyak betul sarangnya... cantik betul tu

    ReplyDelete
  9. Banyak ye sarangnya...pandai diorang buat sarang yang cantik, berapa lama agaknya bertahan tu...SA suka tgok suasana macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak tau kan..berapa lama sarang tu kekal elok gitu. Menarik untuk dikaji.

      Delete
  10. Banyakkknya
    Mesti dia rasa selamat
    Tinggi atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir pasti tak ada binatang yang mampu panjat tinggi gitu 😀

      Delete
  11. Ohh sarang burung tempua namanya. Banyam pulak tu!

    Burung2 pun nak hidup berjiran atas pokok kelapa hehw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai-ramai gitu, baru meriah hidup 😄

      Delete
  12. Meriah tengok sarang burung tu.. first time tengok yang warna hijau tu.. orang selalu ambil buat hiasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya sarang guna rumput kering, yang ni ada pulak yang guna rumput segar.

      Harapnya yang ambil buat hiasan tu, ambil sarang yang dah kosonglah. Kesian burung balik tengok rumah dah tak ada.

      Delete
  13. Cantik sarang burung tempua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau nak kait buah kelapa tu macam eh tanpa mengganggu sarang burung tu hahahaa.. tiba itba terfikir pula :D

      Delete
  14. Banyaknyaaaa.. tinggi pulak tu. Selalu dengar burung tempua bersarang rendah. Agaknya, sarang rendah tu yg luar biasa, sepatutnya tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sk. Biasanya tinggi, kalau buat sarang rendah tu ada la sebabnya - ada bahaya untuk manusia atau haiwan lain.

      Delete
  15. Replies
    1. Pakat ramai-ramai buat rumah situ 😄

      Delete
  16. ehhhh selalunya tempua bersarang rendah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Ana, biasanya sarang tinggi untuk elak pemangsa. Kalau rendah tu, mungkin ada sesuatu yang bahaya untuk pemangsa tapi bagus untuk melindungi burung tempua.

      Delete
  17. Oh iya ya Mbak banyak sarang burung di pohon kelapa itu.
    Masih asri ya Mbak disana? Masih banyak burung-burung liar seperti terlihat dari sarang burung itu.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Pak, saya tinggal di tempat yang masih asli - berdekatan hutan dan juga kawasan pertanian. Memang banyak burung liar pelbagai spesis di sini.

      Delete
  18. Cantik, dan banyak pula tu, pada satu pokok. Tinggi pun, Ujie boleh nampak, ye. Special, ada 2 lubang di bawah. Saya tak pernah tengok dari bawah, sarang burung tempua. Biasa, tengok dari tepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pakai spec masa ni, bolehlah nampak yang jauh 😄
      Unik kan...ada 2 lubang tu.

      Delete
  19. Banyak nya sarang tempua, banyak warna pulak ya. First time tengok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..itu lah, biasanya cuma warna coklat - daun kering.

      Delete
  20. Ammi jujur tak pernah tgk apa2 jenis sarang burung live depan mata. Tp unik eh sarang tempua ni sbb lubangnya dibawah. Mcm mana agaknya burung ni duduk kat dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di bandar memang susah sikit nak jumpa sarang burung.
      Kann...terfikir macam mana tempua duduk sarang dia rupa gitu 😄

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****