Catatan hari Ahad, 30 Mac 2025.
Kalau ikut hasil survey di medsos, rata-rata orang ramai bergerak pulang ke kampung halaman pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Kami pula bergerak pulang pada hari Ahad - bermusafir menjelang Aidilfitri.
PAGI | Sebelum meninggalkan rumah, kami siapkan keperluan Jojo si anak bulu - makanan, minuman serta tempat lepak/tidur (sebuah khemah kecil dan kerusi healing) berhampiran pintu masuk rumah.
Berat hati sungguh nak tinggalkan budak yang banyak gelagat ni. Dahlah dia buat muka sedih, berguling-guling dan gesel kepalanya di kaki kita.
Beberapa hari sebelumnya, saya berulang kali cakap dengan Jojo - kami akan balik kampung seminggu. Saya pesan dia jaga diri, jangan asyik merayau bergaduh dengan kucing lain dan tolong tengok-tengokkan rumah 😆
Kami bergerak meninggalkan rumah Perlis kira-kira pukul 9.30 pagi.
TENGAH HARI | Masa ni kami dah sampai di Perak. Alhamdulillah aliran trafik menuju arah KL lancar kecuali sedikit kesesakan sewaktu di Pulau Pinang.
Pukul 2.15 petang kami sudah berada di NKVE (New Klang Valley Expressway). Catatan masa 4 jam 45 minit, rekod perjalanan dari Perlis ke Lembah Klang paling pantas setakat ini 😃
Sebelum meneruskan perjalanan ke Johor, kami ke Bangi dan Nilai bagi menyelesaikan sedikit urusan. Pukul 4.30 petang barulah kami masuk lebuh raya menuju ke selatan tanah air.
MALAM | Pukul 7.20 malam kami singgah di RnR Pagoh untuk berbuka puasa. Makanan dah siap dibeli di Aeon Nilai. Minuman cuma air kosong yang dibekal dari rumah. Selain kami, ramai lagi para musafir yang sama-sama berbuka di dalam kenderaan masing-masing. Ada juga yang siap bentang tikar di atas jalan. Seronok saya lihat suasana begini.
Pengumuman perisytiharan hari raya kami ikuti menerusi siaran radio - esok raya! Lain sungguh perasaannya bila tiba di kampung pada malam menjelang Aidilfitri. Kami selamat tiba di Batu Pahat - kampung Encik Suami pada pukul 8.30 malam.
Rumah Perlis —> Lembah Klang : 4 jam 45 minit
Nilai, NS —> Batu Pahat, Johor : 4 jam
Alhamdulillah…perjalanan sejauh kira-kira 730 km dari negeri paling utara ke negeri paling selatan yang lancar - tiada kesesakan teruk di lebuh raya, tiada kerja penyelenggaraan jalan dan hampir tiada kenderaan berat di atas jalan.
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER 😊
Mohon maaf jika ada penulisan dan komen saya yang tidak menyenangkan.
Alhamdulillah. Ujie bermusafir menjelang raya. Saya masih ada di rumah, waktu tu. Selamat hari raya, Ujie. Maap zahir batin, sepanjang kita kenal di alam maya ni, ye. :)
ReplyDeleteCian Jojo, kena tinggal.
Sebenarnya ikut plan nak tidur 1 mlm di rumah NS, esoknya baru gerak ke kampung.
DeleteTapi sebab saya baca analisa astronomi katanya Isnin raya. Itu yang direct Perlis-Johor. Kalau tak, sama macam awak la Tot...bermusafir pada 1 Syawal 😄
Selamat Hari Raya buat PU & keluarga ✨
ReplyDeleteMaaf juga andai ada tersalah kata ye PU...
Kami pernah merasa berbuka di hiway, bentang tikar juga. Seronok :)
Kalau ramai-ramai memang lebih mudah makan bentang tikar kan. Pengalaman yang seronok dan bukan selalu dapat rasa.
DeleteJgn caya sangat dgn jojo tu.. budak nakal tu hahahaha ... Okla balik ahad.. kita balik selepas solat raya.. alhamdulillah jalan tak la jem mana... boleh la bawa 120-140km/j hihii..
ReplyDeleteMemang pun, balik tengok badan dia ada luka. Bergaduhlah tu.
DeleteUntung kampung tak jauh, boleh santai je balik pagi raya.
Kan kan.. dah kata... Suka gaduh tu.. dia kalau muka masam yg itu blh caya hahaha.. kg wife dekat jer di N9 jer.. kalau jauh mau balik sblm 1 syawal..
DeleteNot bad la lembah klang ke Johor 4 jam jer.. hurmm perjalanan dari perlis ke KL lawan arus syukur la 4 jam 45 minit jer.. saya kalau blik beraya ke perlis.. 2023 hari tu.. keluar sebelum sahur.. smpai just before berbuka hahaha..
ReplyDeleteHehe betul, sebab lawan arus. Itu yang lancar je.
DeleteTambahan lagi ada larangan kenderaan berat berada atas jalan masa tu, jadi bertambah mudah perjalanan.
fuhhh dari utara - selatan.. betul2 musafir di Aidilfitri ni kak ujie hehe.. alolo cian jojo buat muka sedih dia hehe.. salam aidilfitri & ana mohon maaf segala slh silap ya :)
ReplyDeleteBarulah boleh sebut balik kampung ya, kalau tak katanya rentas desa je 😂
Deletecian jojo kena tinggal
ReplyDeletemeh duduk sini
ada geng ;-)
Padahal dah selalu kena tinggal pun budak ni 😄
DeleteSemua orang share foto kat highway.. heheheh
ReplyDeleteRaya dan jalan raya tak dapat dipisahkan 😄
DeleteSeronok baca, lancar perjalanan bila semua orang dah balik kampung awal, kan. Aduhhh.. kesiannya Jojo kena tinggal. Tak sabar nak tengok keadaan Jojo bila Ujie balik.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah 2 tahun balik kampung, lancar. Cuma tahun ni masa balik dari kampung pulak sangkut teruk di highway.
DeleteSaya pun tak sabar nak tengok Jojo. Alhamdulillah kami balik rumah, Jojo pun muncul. Bising mengiau pastu ikut masuk rumah. Agaknya dia tunggu je kami balik 😄
Selamat Hari Raya Kak..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Sueann 😊
DeleteTak sia-sia tak join the crowd balik raya awal ye. Tp kelaslah kak Ujie all the way from North to South.
ReplyDeleteNak balik jauh memang kena pasang strategi 😄
DeleteTak kelas sgtlah sebab akak ada tertidur 😂, driver yang kelas sebab drive sorang.
Lancar betul perjalanan. Sekejap masa diambil.
ReplyDeleteSelamat hari raya Puan Ujie. Maaf atas salah silap komen.
Alhamdulillah...lancar penrjalanan Ujie ..Kami gerak dari KL 1.00am++ pagi sampai rumah Kedah 1.00 pm..
ReplyDeletepun syukur sebab balik KL hari Jumaat raya ke 5 gerak pukul 5 pagi...sampai KL 12 pmtak jem..
Selamat Hari Raya Aidil fitri Ujie...
ReplyDeleteMaaf Zahir & Batin