HUJAN TANPA HENTI
Sejak semalam 26 November - hari Selasa pagi, di tempat saya hujan turun tanpa henti. Ada kala lebat, ada kala gerimis. Ketika ini suhu 24℃, suasana nyaman dan sejuk. Air paip pun terasa sungguh sejuk!
Ada beberapa kawasan di Perlis sudah pun dinaiki air. Situasi yang sama juga berlaku di beberapa negeri lain, terutamanya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Semoga semua pihak yang terjejas dengan situasi hujan tanpa henti ini berada dalam keadaan selamat.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat.
POKOK LIMAU BALI SUNKIST BERBUAH LEBAT
Rezeki berpindah ke rumah Perlis, di sekeliling rumah kami sudah ada tanaman pelbagai jenis pokok. Penghuni terdahulu minat menanam pokok, antaranya pokok limau bali sunkist yang di tanam di bahagian hadapan rumah.
Pokok limau bali sunkist sentiasa berbuah kerana ia bukan jenis buah bermusim. Tetapi kali ini, pokoknya berbuah lebat - ini berdasarkan pemerhatian saya sejak berpindah ke sini setahun lalu.
Bergantungan buah limau bali sunkist yang menanti untuk dipetik.
Ini antara buah limau bali sunkist yang bersaiz besar. Buah matang dan sesuai dipetik apabila kulitnya yang berwarna hijau tua bertukar ke hijau muda dengan sedikit warna kekuningan.
Encik Suami buat kerja-kerja memetik buah, saya pula jadi tukang merakam foto untuk kenangan akan datang. Sesekali saya membantu juga bila Encik Suami perlu memanjat tangga untuk petik buah yang berada pada kedudukan tinggi.
Eh…baru saya perasan ada sarang burung!
Hasil tuaian 13 November lalu. Penuh satu baldi dan satu besen besar. Masih banyak lagi buah di pokok, sambung hari lain pula.
Hasil tuaian 16 November lalu. Juga penuh satu baldi dan satu besen besar. Dalam foto di atas, nampak isi baldi tak penuh sebab sebahagian buah dialih ke besen sebelahnya.
Saya poskan juga sedikit untuk Mak di Johor dan keluarga kakak di Melaka. Mak dan kakak teringin nak merasa bila saya WhatsApp tunjuk hasil tuaian yang banyak tu 😀. Untuk rekod - satu kotak berisi 6 biji buah dengan berat 1.55 kg dan satu kotak lagi berisi 10 biji buah dengan berat 2.8 kg. Alhamdulillah penghantaran pantas oleh PosLaju - pos hari ini, lusa sampai ke Johor dan Melaka.
Hasil tuaian 24 November lalu. Dapatlah penuh satu baldi ni - semuanya 36 biji. Tinggal sedikit saja lagi buahnya di pokok, tak dapat nak petik sebab berada pada kedudukan tinggi dan mengarah ke lereng bukit.
Isi buah limau bali sunkist seakan-akan isi buah limau bali, rasanya juga hampir serupa. Bezanya, saiz buah lebih kecil seperti buah limau sunkist. Mungkin sebab itulah nama buah limau ini - limau bali sunkist.
Rasanya manis - cuma tahap manis tu berbeza antara buah. Yang pasti setakat ini, belum ada yang rasa masam atau tawar. Selain dimakan terus, boleh juga diperah untuk minum jusnya. Encik Suami rajin memerah buah limau guna alat pemerah tangan, sebiji buah ni dapatlah anggaran 120 ml jus limau. Sekali perah guna dua biji limau barulah puas minum.
Alhamdulillah, hasil tuaian kali ni ramai yang dapat merasa - jiran-jiran, kawan-kawan kerja Encik Suami dan keluarga. Ada juga yang bertanya lagi sebab sedap katanya.
Saya suka makan limau. Rasanya limau bali Sunkist pernah makan juga.
ReplyDeleteSuka makan limau, awet mudalah kak 👍😀
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteHasil yang lumayan
Alhamdulillah
DeletePokok limau di rumah Wak pun lumayan hasilnya tu.
sama la di Lipis pun hujan tanpa henti. lebatnya buah limau tu geram tengok. tapi cie tak makan limau bali.
ReplyDeleteKenapa pulak tak makan limau bali tu Cie?
DeleteAlhamdulillah lumayan tuaiannya tu ...
ReplyDeleteSedap tu dapat minum jus buah segar begini
Pertama kali minum jus buah limau bali 😀
Deletemeriah hasil tuaian dr pokok tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mungkin sebab sebelum tu musim panas kemudian hujan, buah jadi banyak dan saiz besar.
DeleteBanyak hasil tuaiannya. Rasanya saya jarang makan buah limau bali ni atau mungkin tak pernah. Nampak manis ye :D dia tkde rasa masam2 mcm buah limau mandarin ke?
ReplyDeleteSetakat ni, Alhamdulillah belum jumpa yang rasa masam kalau kita makan buah matang.
Deleteakak, nak alamat dana tak? nak juga mintak beli limau tu kak... mesti sedap kan
ReplyDelete😀 alamat ada dah tu seingatnya.
DeleteRasa macam buah limau bali, tapi versi saiz kecik.
sedap kak buah ni,saya baru sekali dapat rasa buah ni beli time nak ke Johor tahun lepas..ada yang jual tepi jalan mersing..
ReplyDeleteOo..ada orang jual ya 👍
Deletenak sebiji bolehhhh ? ;-)
ReplyDeleteLebih pun bolehhh 😁
Deletemana? mana?
Deletehahaha
sy dah sampai perlis ni hahaha
Alhamdulillah banyak hasilnya. Sedapnya buah limau. Boleh makan dan buat jus kan. Buat kek pun boleh tu.
ReplyDeleteTu diaa orang hebat baking, terus dapat idea buat kek 😀
DeleteMeriah!
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteJadi amal jariyah untuk orang yg menanam pohon2 buah ini ❤️❤️. Bisa dinikmati banyak orang jadinya. Beruntung sangaat bisa tinggal di tempat yg subur seperti ini kak.
ReplyDeleteDah lama saya tak makan buah jeruk Bali Sunkist begini 😁. Dulu di Aceh ada pohonnya, tp hasil buah dia masam. Makanya saya tak suka
Benar, pahala terus mengalir untuk menanam. Iya, saya fikir memang tanahnya yang subur sebab saya tak letak baja 😅
DeleteOoh..kalau masam, memang tak sedaplah dimakan.
Wah.. Baiknya ada pokok limau bali.. Berbuah lebat pulak tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, menikmati hasil tanaman penghuni terdahulu 😄
DeleteAlhamdulillah ya Mbak pohon jeruk nya sudah berbuah...
ReplyDeleteDisini kami menyebutnya "jeruk Bali" Mbak.
Sudah lama sekali saya tak memakan jeruk Bali, melihat foto yang paling bawah ah...terbayang deh bagaimana rasanya jeruk Bali ini.
Salam,
Hehe..iya, saya sebut 'jeruk' juga kalau dalam bahasa Jawa. Jeruk = limau.
Deletesedapnye buah bali... lebih2 lagi kalau ditanam sendiri... :D :D..
ReplyDeleteDitanam sendiri tapi bukan saya yang tanamlah 😁
DeleteSelalu makan buah limau bali yang biasa tu je...x pernah makan yang size yang ni
ReplyDeleteHaha baru tahu ada jenis limau bali sunkist. Entah-entah saya pernah makan jenis ini sebab sama rupa dengan limau bali biasa.
ReplyDelete