[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selepas menikmati hidangan makan malam di Xinding Beef Noodles dan sementara menunggu kenderaan datang ambil, kami menuju ke Family Mart yang terletak tak jauh dari restoran tadi.
FAMILY MART
Sajalah masuk nak tengok bagaimana rupa Family Mart di China, sambil tu bolehlah membeli jika ada yang bersesuaian.
Pandangan dari luar kedai. Tak ramai pelanggan masa ni, mudahlah saya nak membelek makanan yang dijual di sini.
Di kaunter, nampak macam mesin minuman soya. Di Malaysia ada tak ya? Tak perasan pulak saya, jarang-jarang masuk Family Mart.
Nampak menarik makanan yang dijual. Pusing-pusing kedai, kami akhirnya cuma membeli buah pisang sebagai bekalan sarapan esok pagi. Untuk makan supper, kami dah membeli Chinese burger di restoran tadi.
Family Mart menjadi tempat terakhir aktiviti jalan-jalan kami di Guangzhou, perjalanan diteruskan menuju ke hotel penginapan yang terletak berhampiran lapangan terbang.
Kami menempuh jalanan sesak pada waktu puncak. Jalan raya padat dengan pelbagai jenis kenderaan, di sesetengah tempat ada polis trafik yang menjaga lalu lintas.
Situasi bertukar lebih tenang dan aliran trafik lancar sewaktu kami memasuki lebuh raya. Dah tenang-tenang, bolehlah berborak dengan pemandu kenderaan - seorang lelaki Cina tempatan yang mungkin berusia pertengahan 50-an. Sudah tentu yang berborak tu kawan Encik Suami, kami berdua duduk di belakang cuma mendengar tanpa memahami 😄
Tapi fahamlah jugak isi perbualan bila kawan Encik Suami terangkan dalam bahasa Melayu. Antaranya - di sini semuanya hanya ada motor elektrik, kenderaan lori dan sesetengah kereta saja yang masih menggunakan minyak. Patutlah sepanjang di sini saya susah nak nampak stesen minyak, saya jumpa sebuah je stesen minyak sewaktu kenderaan kami menghampiri hotel penginapan yang terletak berhampiran kawasan industri.
Kebanyakkan penduduk di sini pula tinggal di rumah pangsa, jadi macam mana mereka nak mengecas kenderaan (basikal, motor, kereta)? Rupa-rupanya, di bahagian bawah bangunan rumah ada disediakan tempat untuk mengecas dengan bayaran tertentu. Seperkara lagi - menggunakan basikal elektrik tak perlukan lesen, sebab tu ramai pengguna basikal elektrik di sini. Beli dan bawa terus.
Borak punya borak (baca : orang lain yang berborak, kami cuma mendengar 😂), Alhamdulillah pada pukul 7.20 malam kami sampai di hotel penginapan untuk malam terakhir di Guangzhou. Perjalanan tadi mengambil masa kira-kira 1 jam.
GZ BAIYUN AIRPORT MEHOOD LIZ HOTEL
Bukan main panjang nama, tapi bila sampai di hadapan bangunan hotel - tertera Liz Hotel. Ringkas je nama sebenarnya. Sekali lagi sama seperti ketika nak mendaftar masuk hotel sebelumnya, kami menghadapi masalah sistem tak jumpa tempahan bilik kami.
Gitu gini, akhirnya jumpa juga. Alhamdulillah lega! Mujurlah ada kawan Encik Suami membantu, sebab staf hotel di sini masing-masing nampaknya tak boleh berbahasa Inggeris. Memang boleh guna Google Translate, tapi jadi lambat proses komunikasi.
Cantik karpet laluan di bilik-bilik penginapan - nampak moden dan ceria.
Bilik penginapan kami bernombor 5016. Alhamdulillah cukup selesa kecuali tilamnya agak keras, mujurlah cuma satu malam di sini. Langsir tu pulak, boleh buka dan tutup hanya dengan menekan suis. Mudah sungguhlah.
Sudut pandang menghadap pintu masuk bilik. Singki terletak di luar bilik air. Bilik mandi dan tandas pula berasingan dan dipisahkan dengan dinding kaca. Sama seperti dinding kaca yang menjadi pemisah bilik air dan tempat tidur (rujuk foto). Mujurlah kami berdua suami isteri, kalau datang dengan kawan entah macam mana nak buat urusan peribadi. Tidaklah nampak jelas, tapi nampaklah bayang-bayang tu kan 😄
Cantik cawan yang disediakan, macam cawan orang hidang untuk tetamu di rumah.
Pertama kali saya jumpa hotel sediakan macam-macam begini. Sempatlah saya cuba guna facial cleanser dan body lotion yang disediakan.
Bilik mandi dengan rain showerhead. Puas hati mandi.
Kelengkapan mandian disediakan dalam botol besar.
Ruangan tandas di sebelah bilik mandi. Tak ada paip air, kenalah bawa masuk portable bidet setiap kali nak berurusan di sini. Menariknya, tempat duduk tandas ini dilengkapi dengan pemanas. Bukanlah panas sangat ya, tapi rasa hangat selesa duduk.
Kami melelapkan mata setelah membersihkan diri, solat jamak Maghrib-Isyak dan makan Chinese burger yang dibeli bungkus tadi. Kami perlu tidur awal sebab esok awal pagi akan bergerak ke lapangan terbang.
cantik carpet laluan ke bilik hotel tu...cawan tu siap ada ukiran mcm kt cafe
ReplyDeletebestnya Guangzhou, saya pernah ke sana sekali menaiki tren dari HKG, kotanya nampak tenang...tapi tu dulu la
ReplyDeleteBestnya kelengkapan bilik air. Kalau penat, lama-lama sikit bersihkan diri di sini lepas tu berehat atau tidur pasti lena panjang.
ReplyDeleteSaya sejak kes Family Mart join venture dgn company israhell tu terus tak masuk2 sampai la ni huhu.. Okla tak rmai org di dalam senang nak membelek2 apa yg boleh di beli.. Boleh tahan pendek je nama hotel tu.. mesti nyesal sebut panjang2 sebelum sampai hahahah :D
ReplyDeleteSelesa la nampak biliknya. Bab bahasa ni saya pun ada masalah di Beijing dulu. Cakap macam ayam dan itik. Hehe. Saya cakap Bahasa Inggeris, dia bantai cakap bahasa ibundanya. Akhirnya kedua-dua ternganga....
ReplyDeleteFM ni benar2 mendonia kan?
ReplyDeletebak kata KA negara China ni lebih maju berganda2 macam bukan planet bumi
ReplyDeleteCantik bilik nya. Memang selesa. Set cawan couple tu, hhmm geram je tengok.
ReplyDeleteceria betul corak karpet tu...
ReplyDeletehaha yang bilik mandi tu kalau datang dgn kawan memang segan sikit kot. romantik sangat aih berkaca gitu. nampak bayang pun still malu
ReplyDeleteKat Malaysia pun ada hotel tandas begitu. Nasib baik juga ada tirai untuk tutup.
ReplyDeletetak beli oden FM ke?
ReplyDeletehehehe
Tak rajin nak check halal, ambik yang yakin halal je...buah pisang 😄
Deletegerammmmm je saya tengok cawan tu
ReplyDeletecantikkkkkk
mmg cantik carpet tu. jarang hotel guna warna yg menyerlah gini selalunya warna biru, kelabu, brown
ReplyDeleteAla sayapun baru sekali masuk FM. Rasanya nacam tiada pula saya nampak mesin air soya.
ReplyDeleteKelengkapan penjagaan diri dan mandian iti diberikan dalam botol besar. Hehe kalau saya mesti rasa hendak bawa balik.
Cantik sekali karpet yang berwarna-warni ceria itu Mbak.
ReplyDeleteKamar hotelnya tampak bersih dan terawat dengan baik. Unik juga cangkir/cawan yang tersedia. Biasa di hotel disiapkan air minum dalam kemasan saja atau untuk minuman yang diseduh hanya disiapkan gelas sederhana saja.
Salam,
Jadi agak kuatir pula kalo ke China dan dah tempah hotel dari jakarta, lalu tak ada sampai di sana, atau nama hotel berbeda dengan di aplikasi pemesanan 😅😅. Dulu saat saya ke Beijing, memang tak ada masalah begini.
ReplyDeleteTapi ntah2 di kota lainnya agak beda 😁
Cantiiik kamar hotelnya kak. Sukaa saya. Apalagi sedia banyak toiletries. Jarang2 nih yg seperti ini.
Saya pun jarang ke family mart di jakarta. Kalo di jepang selalu, tapi yg di jakarta ini tak terlalu minat utk datang dan beli2. 🤭