Hujung minggu lepas, sekali lagi saya dan Encik Suami bermusafir ke wilayah tengah - kali ini ke Bandar Sunway, Selangor. Lewat petang hari Jumaat ‘terima arahan’, malamnya saya kemas beg dan esoknya Sabtu pagi perjalanan dimulakan seawal pukul 7.25 pagi.
Alhamdulillah aliran trafik di lebuh raya lancar tanpa sebarang halangan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam (termasuk berhenti sarapan dan ke tandas) untuk kami tiba di Sunway Pyramid.
Rupa-rupanya, susah sungguh nak mencari parkir di sini - tiada ruang parkir khas untuk tetamu hotel, boleh parkir di mana-mana saja bercampur dengan pengunjung mall. Dari setingkat ke setingkat mencari, pusing beberapa kali dan akhirnya terpaksa pergi ke kawasan parkir yang sangat jauh dari lobi hotel penginapan.
SUNWAY PYRAMID MALL
Nak ke hotel penginapan, perlu melalui mall. Dari tempat parkir nak ke mall pun perlu berjalan jauh - lalu tangga, naik lif, jalan kaki. Fuh!
Ice skating. Tumpang seronok tengok orang main.
Kami jalan-jalan cari restoran untuk makan tengah hari, nampak ada simbol Halal JAKIM di restoran Tea Garden. Bolehlah cuba makan di sini, kita sokong bisnes yang berusaha untuk dapat pengiktirafan Halal JAKIM.
Teh tarik Hainan.
Salted egg bun.
Menu utama - kuetiau goreng dan laksa kari (tiada dalam foto). Walaupun namanya laksa kari, tapi rupa dan rasa lebih kurang macam mi kari.
Kalau tadi susah payah nak cari parkir, rupa-rupanya nak ke bilik penginapan pun tak mudah jugak. Jauh kedudukan lif dengan bilik penginapan - perlu belok beberapa kali ke kanan ke kiri. Memang mengelirukan tiap kali keluar/masuk bilik.
Laluan luas ke bilik-bilik penginapan.
Alhamdulillah dapat bilik yang sangat memuaskan - lengkap segala kemudahan, bersih dan selesa.
Pemandangan dari jendela bilik kami. Di bawah tu laluan antara lobi hotel dan mall.
Bilik airnya luas selesa. Satu je yang tak best - tandasnya menggunakan bidet jenis muncung di tempat duduk tandas, bukan jenis paip untuk spray tangan. Rasa kurang bersih dan kurang puas hati bila bersuci.
Ini paling saya suka! Kerusi membaca/buat kerja dilengkapi dengan meja kecil boleh alih. Sedap duduk melunjur di sini sambil buat kerja atau menonton.
Sunway Lagoon - tempat yang tak pernah saya pergi, kali ni dapat tengok dari jauh. Esok paginya nak sarapan, kami perlu berjalan jauh untuk ke tempat sarapan - berkongsi tempat makan dengan tetamu Sunway Resort Hotel. Dalam perjalanan akan nampak pemandangan dalam foto di atas. Masa ni pukul 7.45 pagi tapi agak ramai jugak pengunjung yang dah masuk ke Sunway Lagoon (klik foto untuk paparan lebih jelas).
Seronoknya bersarapan di sini - terdapat sangat banyak pilihan jenis makanan. Sesuailah dengan tetamu hotel yang ramai dan dari pelbagai bangsa. Sempatlah saya mencuba roti canai bersama kuah dalca, idli bersama chutney kelapa juga chutney tomato, nasi lemak, sushi, dimsum dan pastri. Alhamdulillah semuanya sedap sesuai dengan cita rasa saya. Setiap jenis saya ambil sekadarnya saja untuk merasa. Yang pasti, semua yang diambil mesti dimakan habis.
PINTU BILIK DI BUKA PADA WAKTU MALAM | Sewaktu menginap di sini, berlaku satu hal yang tak dijangka. Kira-kira pukul 10.45 malam - sedang saya melayan mata mengantuk, tiba-tiba terdengar bunyi di pintu bilik kami. Bunyi orang cuba buka pintu, saya biarkan saja memikirkan agaknya ada orang tersilap bilik - kalau silap memang tak akan terbukalah pintunya kan.
Tapi eh…pintu memang benar-benar dibuka! Mujurlah ada door guard, pintu tidaklah terbuka luas. Encik Suami segera berlari ke pintu bilik. Seorang lelaki staf hotel berdiri di depan pintu bersama satu keluarga bangsa Arab. Katanya, dalam sistem daftar mereka - bilik yang kami duduk ni tak ada penghuni. Eh???
Selepas itu, kami terima panggilan dari pihak hotel menerusi telefon bilik. Mereka minta maaf dan minta butiran peribadi (sama seperti ketika mendaftar masuk). Dan seperti yang kami jangka, kad akses bilik kami tak boleh digunakan selepas kejadian tersebut. Esok paginya sebelum pergi sarapan, kami ke kaunter untuk selesaikan hal kad akses.
Pengajaran di sini, secanggih mana pun sistem atau di hotel bagus mana pun kita menginap - tetap kena bersedia dengan hal begini. Nampaknya selepas ini saya perlu bawa sendal pintu (rubber door stopper) - idea adik saya yang juga pernah mengalami situasi serupa. Saya sendiri, ini merupakan pengalaman kali ketiga - bezanya dua kejadian sebelum ini sewaktu kami menginap di hotel bajet rendah.
Lebuhraya Utara-Selatan, laluan selepas terowong Menora | 6.25 petang. |
Suasana senja nan indah sewaktu kami dalam perjalanan kembali ke utara.
Selain dari perlu menapak jauh, nampaknya ada kelebihan juga, bilik penginapan cantik dan makanan sedap. Tapi, boleh pulak bertindih nama dgn tetamu lain. Nampaknya ini sudah lebih.. hehe. Sy pernah ke Sunway Lagoon cuma tak menginap di hotel Sunway.
ReplyDeleteBukan setakat bertindih nama, nama suami yang mendaftar masuk hilang terus dari sistem hotel 😅
DeleteSuspen jew kan, malam-malam ada tetamu yang tak diundang.
ReplyDeleteMemang kena beringat jugalah. Syukur ada door guard.
Saya macam teringin pula nak makan salted egg bun tu.
Mujur belum tidur, kalau tak lagi terkejut. Mau tak boleh tidur sampai pagi 😅
DeleteSalted egg bun tu, baru-baru ni je saya jumpa dan mencuba. Kena pergi kedai makanan Cina.
Paling tak suka kalau kena park jauh atau jalan jauh utk masuk ke hotel. Tak feel macam check in hotel 😅
ReplyDeleteSy pernah kena tapi kami yg buka pintu bilik orang! Receptionist bg key terus lah kita ke bilik yg dimaklumkan, terkejut nampak ada org tgh baring atas katil. Mujurlah guest tu tak sedar. Allahu, manalah kita tahu kan... Pihak hotel mmg kena betul² alert la bilik mana yg occupied, mana yg kosong.
Memang tak best sungguh, jauh sangat nak kena menapak dengan bawa beg. Kalau boleh memilih, tak mau dah duduk hotel sini lagi.
DeleteAdehhh…😅
Bahaya jugak ya, pintunya tak ada door guard lah tu boleh nampak orang baring.
Ya Allah, seriau mendengarnya. Ini salah pihak hotel ni. Macam mana boleh jadi macam ni ya?. Bab letak door stopper tu pernah tengok kat youtube Mat Salleh. Dia sarankan letak door stopper jika menginap di hotel. Cerita ni memang membuka mata ni. Next time nak kena bawa door stopper ni la.
ReplyDeleteEntahlah…sistem hotel bermasalah la tu. Sebab masa daftar masuk dah bagi ic, dah dapat kad akses. Tiba-tiba kata bilik tu kosong, kami belum daftar masuk dan kad akses terus tak boleh guna.
DeleteAgaknya mat salleh tu pernah terkena jugak sebab tu beringat.
Hotel itu macam tidak mesra untuk warga emas untuk menginap sebab kena jalan masuk dalam pusat beli-belah. Lepas itu hendak ke bilikpun macam berliku belok kiri dan kanan. Saya bayangkan memang besar hotel ini.
ReplyDeletePelik juga pihak hotel minta butiran peribadi lepas itu Puan Ujie dan suami ada masalah kad akses pula.
Ya, hotel ni memang tak sesuai untuk warga emas atau OKU. Kalau setakat nak ke lobi, boleh je turunkan depan pintu hotel. Tapi nak ke bilik memang jauh dan nak ke tempat buffet sarapan lagilah jauh dan kena keluar masuk bangunan berbeza. Kita yang sihat pun rasa…alahai jauhnya nak pergi makan.
DeleteAduh! kalau susah parking macam ni boleh hangin satu badan.
ReplyDeleteKena ingat dan pastikan parking di mana tu ghisau nanti nak balik tak jumpa kereta park kat mana. #cakapberdasarkanpengalamansendiri
Memang geram, susah sungguh cari parking. Padahal kita nak duduk hotel bukan pergi jalan-jalan di mall tu.
DeleteKena ambil gambar kawasan parkir dari beberapa sudut, termasuklah kena ingat laluan. Kami kena lalu tangga dan lif. Tu semua kena ingat jugak. Huh!
Wah! Cantiknya foto kat highway tu!
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteSenja atas bukit, cantik!
Aummmm....sedapnya salted egg bun...😍😍😍
ReplyDeleteAlhamdulillah..memang sedap. Lembut dimakan.
Deleteada kerja di wilayah tengah pun dpt ke Sunway Piramid Mall.. sy yg duduk lembah klang ni tak pernah masuk seumur hidup hihii :D Salted egg bun tu mmg wajib beli setiap kali terjumpa kewujudan nya hihii :D
ReplyDeleteAkak ni pun dah lebih 20 tahun tak pernah ke sini. Last pergi zaman remaja, tak ingat apa dah 😄. Kira macam pertama kali masuk.
DeleteSalted egg bun tu, akak baru tau kewujudannya baru-baru ni. Ni kira kali kedua makan.
Ah ada teh tarik... Belakangan minuman teh tarik ini sedang populer disini Mbak. Enak juga kalau diminum sore hari. Hmmm...plus salted egg...boleh juga.
ReplyDeleteSistem hotel itu kenapa bisa demikian ya Mbak? Kaget juga malam-malam ada yang buka pintu dari luar...
Salam,
Ooh begitu. Jika di sini teh tarik memang minuman kebiasaan - diminum pagi, petang atau malam. Tapi sebenarnya tak bagus untuk kesihatan jika diminum selalu kerana manis 😅. Cumanya teh tarik Hainan ni tak manis seperti teh tarik biasa.
DeleteNampaknya sistem hotel mengalami masalah, padahal hotel bertaraf 4 bintang.
luas betul bilik hotelnya, memang cantik. tapi potong mood betul ada tetamu tak diundang pulak nk masuk bilik, seram saya baca. nasib baik bukan orang yg aneh2
ReplyDeletepeliknya! mana pula bilik dah occupied tetiba tak ada dalam register?
ReplyDeletedalam hal mcm ni tetiba sy rasa better guna cara lama. pakai kunci. kad access ni bila2 ms boleh ditukar...
Dulu pernah bertiga dengan teman main2 seharian di Sunway themepark. Tp sayangnya kami tak stay di sana. Puas main, lalu belanja Macam2 di mall 🤭. Hotel nya sesuai dugaan cantiik dan nyaman ya kak.
ReplyDeleteTapi memang, secanggih apapun hotel, tetap ada kekurangan terkadang. Jadi kita pun harus extra hati2 juga, tak bisa expect semua hotel dah aman 100% keamanannya