Biasanya bila cuti panjang (cuti umum + cuti hujung minggu), kami suami isteri lebih memilih duduk di rumah je. Malas nak bersesak di mana-mana, apa lagi nak menempuh kesesakan di lebuh raya utama. Tapi kali ini Encik Suami ada urusan, terpaksalah kami ikut bersesak di jalanan ketika cuti sambutan Deepavali lalu.
Hari Sabtu, 2 November 2024 | Kami bertolak dari rumah Perlis ke rumah NS pada pukul 9 pagi. Perjalanan lancar saja pada awalnya, tapi kenderaan mulai banyak dan jadi sesak bila sampai di Pulau Pinang. Selepas itu, perjalanan kadang-kala lancar dan kadang-kala mengalami kesesakan di beberapa tempat.
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di Nilai pada pukul 8 malam. Kami ke Restoran Planet Tomyam bagi menikmati hidangan malam sebelum menuju ke rumah. Perjalanan kali ini mengambil masa 11 jam! Biasanya kami ambil masa kira-kira 7-8 jam sahaja, itu pun saya dah rasa cukup lama berada di atas jalan 😅
2.56 petang | Situasi kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (Kuala Kangsar menuju ke Ipoh) |
Hari Isnin, 4 November 2024 | Atas sebab tertentu, kami menaiki pesawat bagi perjalanan kembali ke utara - turun di lapangan terbang di Alor Setar, Kedah. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki penerbangan KUL - AOR.
5.28 pagi | Jauh kami berjalan kaki menuju ke pintu pelepasan di Gate K16, KLIA Terminal 2. |
Penerbangan kami menaiki pesawat Air Asia berlepas kira-kira pukul 7.30 pagi dan kami selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar kira-kira pukul 8.30 pagi. Tempoh masa cuma sekitar 1 jam!
Hasrat di hati nak memotret foto keindahan hamparan sawah padi dari udara, tapi nasib tak menyebelahi saya dapat tempat duduk E. Nak membeli tempat duduk F (tepi tingkap) rasa tak berbaloi nak membayar tambahan caj sekitar RM30. Untuk rekod - harga tiket penerbangan kami berdua kira-kira RM260, pembelian menerusi Traveloka.
Seronok jugak bila rasa sekejap je perjalanan menaiki pesawat berbanding naik kenderaan sendiri. Tapi tempoh masa 1 jam tu belum termasuk perjalanan dari/ke rumah dan masa berurusan/menunggu penerbangan di lapangan terbang. Juga sedikit leceh nak berfikir dan berkira-kira membawa barang keperluan. Jadinya, kedua-duanya (sama ada naik kenderaan sendiri atau naik pesawat) ada lebih kurangnya. Pilihan terbaik bergantung kepada situasi semasa.
Kalau cuti umum, memang meriah lah highway di Malaysia kan. Sama juga highway Pantai Timur. Hubby pun ke KL sebelum Deepavali utk meeting, kami discuss, dia fly seorang je lah. Tak nak imagine padatnya kereta.
ReplyDeleteItulah, Ujie.. kadang sy ajak PI naik flight aje balik Penang, nt samalah dok fikir persediaan mental sebelum terbang tu. Lebih baik naik kereta boleh relaks2 boleh gerak ikut masa kita, hihi. Tapi, 11 jam tu mmg beza amat la ngan 1 jam.
ReplyDelete