Monday 2 September 2024

Zoo Songkhla, Thailand

[Catatan ‘Day Trip’ ke Wilayah Songkhla | Ahad, 25 Ogos 2024]

Zoo Songkhla menjadi destinasi pertama konvoi kami di wilayah Songkhla. Lucunya, masing-masing tak tahu akan ke zoo 😂. Rata-rata ahli konvoi belum pernah ke wilayah Songkhla, jadi kami ikut saja kenderaan paling hadapan selaku tour guide tanpa bertanya arah tujuan.

Zoo Songkhla terletak di kawasan bukit, perjalanan agak berliku dan mendaki. Di sudut tertentu, saya dapat menyaksikan panorama indah lautan terbentang di bawah. Selepas itu baru saya tahu, lautan tersebut sebenarnya Tasik Songkhla.

Zoo Songkhla, Thailand
Bayaran masuk Zoo Songkhla.
Harganya boleh tahan ya untuk pelancong asing 😅. Tapi sebab dah sampai depan pintu masuk zoo, maka kita teruskan jugalah.

Anggaran bayaran dalam tukaran semasa duit Malaysia - RM44 / bayaran masuk dewasa dan RM6 / bayaran bawa masuk kereta. Kalau tak nak bawa masuk kereta, boleh naik tram dengan bayaran tertentu. Nak jalan kaki je? Tak digalakkan sebab kawasan ni luas dan berbukit. 

Zoo Songkhla, Thailand
Peta Zoo Songkhla (sumber : songkhla.zoothailand.org)
Setiap kenderaan akan diberi peta zoo dan jadual pertunjukan / waktu memberi makan haiwan tertentu, ada yang percuma dan ada yang perlu bayaran tambahan.

Zoo Songkhla, Thailand
Haiwan pertama yang saya nampak sebaik turun dari kereta. Entah kenapa, saya rasa kasihan pulak melihatnya. Di sini pengunjung boleh membeli makanan untuk beri badak makan.

Sedap tidur tengah hari ya singa. Masa ni pukul 12.15 tengah hari waktu Thai.

Pukul 12.30 tengah hari, pengunjung boleh menyaksikan secara percuma aktiviti memberi makan harimau. Mula-mula makanan iaitu daging diikat dan dimasukkan dalam air. Harimau ikut masuk air dan berusaha mendapatkan daging yang digerakkan ke sana sini. Pengunjung bersorak dan bertepuk tangan apabila harimau berjaya mendapatkan makanannya.

Zoo Songkhla, Thailand
Dua ekor harimau sedang berusaha mendapatkan daging yang digantung pula.

Zoo Songkhla, Thailand
Tak terus diberi, daging tersebut digerak-gerakkan. Saya mula rasa kasihan.

Zoo Songkhla, Thailand
Seekor lagi harimau memanjat tinggi untuk mendapatkan makanannya.

Saya tak menunggu lebih lama lagi. Saya kurang senang dengan suasana bunyi muzik kuat dipasang dan makanan diberi seperti mempermainkan haiwan yang sedang lapar. Saya rasa kasihan pulak pada harimau-harimau ini. Menurut saya, boleh saja beri makanan tanpa perbuatan mengacah harimau. Itu pun dah cukup buat pengunjung teruja dapat menyaksikan bagaimana harimau menikmati makanannya.

Lemur
Ring-tailed lemur.
Kami kemudiannya memandu ke kawasan yang menempatkan lemur. Jenis lemur yang ada di zoo ini berbeza dengan lemur yang saya lihat sewaktu kunjungan saya ke Taman Negara Bako, Sarawak. Comel dan sangat menarik rupa ring-tailed lemur. Halus je bunyi sesuai dengan rupanya. Di sini pengunjung juga boleh membeli makanan untuk diberi kepada lemur. Patutlah semuanya berkejaran mendekati kami (di sebalik jaring besi), mungkin menyangka kami akan beri makanan. 

Sloth
Linne’s two-toed sloth.
Teruja saya apabila tahu di Zoo Songkhla terdapat sloth, haiwan mamalia paling perlahan di dunia! Haiwan penghuni hutan hujan Amerika ini aktif pada waktu malam. Maka, kecewa jugalah kami sebab tak berpeluang menyaksikan bagaimana sloth bergerak. Nak tengok rupa paras sloth pun tak nampak, cuma nampak bahagian belakang badannya yang sedang berehat di dahan pokok.

Geng konvoi 10 orang (saya dan seorang lagi tiada dalam foto) di kawasan rusa.

Zoo Songkhla, Thailand
Di sini kita dapat menyaksikan rusa lepas bebas, bukan dalam kandang. Tapi kita dilarang berada terlalu dekat dengan rusa. Belum sempat dekat pun, kawanan rusa dah beredar memanjat lereng bukit. Tak sempat nak berfoto sama 😄

Tumbuhan yang menarik perhatian saya - ada buah dan bunganya berwarna purple lembut.

Setelah menghabiskan masa kira-kira 1jam 30 minit, kami beredar dari Zoo Songkhla. Masing-masing dah kelaparan, tak boleh berlama-lama lagi. Kalau ikutkan luas kawasan zoo dan haiwan yang nak diperhatikan, mungkin perlu beberapa jam di sini.

Secara keseluruhannya, Zoo Songkhla menarik untuk dikunjungi terutamanya jika datang bersama kanak-kanak. Boleh menambah pengetahuan berkenaan haiwan dan memupuk rasa sayang terhadap haiwan. Pun begitu, secara peribadi terselit rasa kurang seronok bila saya lihat ada haiwan yang seperti tak cukup makan dan mengharapkan pemberian makanan oleh pengunjung. Harapnya tak berlaku sebarang bentuk penganiayaan terhadap haiwan-haiwan ini.


**********************************

ZOO SONGKHLA
189 Songkhla-Natawi Road,
Moo 5, Khao Roop Chang, Muang Songkhla,
Songkhla, Thailand.

Waktu operasi :
Setiap hari | 8.30 pagi - 4.30 petang







14 comments:

  1. tiket masuk tu lebih kurang zoo negara kl juga....mahal ye....harimau tu kemain memanjat

    ReplyDelete
  2. anak anak suka la masuk zoo. maknya malas nau nak kena berjalan

    ReplyDelete
  3. Kesian pula kan tgk harimau nk makan sampai mcm. tu
    kalu ckknur pun x sanggup tgk

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronok ni pergi zoo. Cute je lemur tu.

    ReplyDelete
  5. I feel the same :(
    Mgkn itu caranya pihak zoo nak bagi haiwan² tu ikut arahan & beraksi; umpan dgn makanan.
    Badak tu pun nampak kurus ye...

    ReplyDelete
  6. Mcm kurus je singa tu kak ujie... kalau bawak budak² ni mmg suka masuk zoo

    ReplyDelete
  7. Itulah macam pengunjung bagi makan pula. Di Zoo Melaka tiada pula aktiviti pengunjung bagi makan pada haiwan.
    Hehe patut mahal harga masuk zoo sebab luas.

    ReplyDelete
  8. Macam menarik pulak zoo di Songkhla tu ye kak, haiwan agak bebas dan tak terkurung je dalam sangkar tak buat apa2. Saya rasa dieorg acah2 bagi makanan dekat harimau tu mungkin sebab nak buat mcm dieorg ni dalam hutan, kena berusaha nak memburu makanan. Kalau tak harimau2 ni jadi malas bergerak kot huhu.

    ReplyDelete
  9. Iya sih..memang kasian juga kalau kasih makan pada hewan kayak di mainkan gitu,takutnya kalau hewan ganas keluar sifat nya kan bahaya juga buat pengunjung, pernah tonton ada kejadian anak yg terjatuh di kandang gorila, bahaya banget si kalau tak di dampingi orang dewasa juga.

    ReplyDelete
  10. Luas betul tu kak, dana rasa murah la dia punya yuran masuk tu kak... Kalau Zoo kita rm38 tapi tidak la besar luas sangat. Tapi kesian kalau tengok binatang yang kurus kan

    ReplyDelete
  11. Menariknya boleh bawa kenderaan masuk. Kawasan luas memang taklah nak berjalan kaki pun kan. Mahu seharian spend masa kat sini je. Tengok badak tu memang kesian rupa dia. A'ah kan, boleh je bagi terus makanan tu pada harimau tu. Harimau pun kurus je. Harga berbaloi lah saya rasa. Alang-alang dah pergi tu, rugi kalau tak masuk kan.

    ReplyDelete
  12. luas betul sampai kena bawa kereta... saya dulu masa kat zoo melaka, jalan kaki separuh jalan, dah penat. last2 sewa buggy di pertengahan.. bila dah habis pusing, terus rasa syukur sebab decide naik buggy sebab memang jauh.. kalau zoo songkhla ni, mesti lagi jauh..

    ReplyDelete
  13. Saya pun sedih baca part yg makanan seolah dimain2kan untuk harimau itu 😔. Kasian pula. Dan ntah kenapa lihat hewan2 di sana, memang kurus kah? 😔. Itu sebabnya saya tak terlalu suka kak ke zoo. Tak sampai hati melihat mereka dikurung .

    ReplyDelete
  14. tengok singa tidur tu pun sayu je hati nampak kurus betul..agaknya tidur sebab letih tak ada tenaga tak cukup makan

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****