Semalam 1 Mei 2024, genap 6 bulan saya dan Encik Suami menjadi penduduk di negeri paling kecil di Malaysia. Sepanjang tempoh 6 bulan terakhir ini, terlalu banyak pengalaman baru yang saya lalui. Ada yang saya ceritakan di blog sebagai suatu catatan hidup, tetapi banyak juga yang tidak dapat saya ceritakan.
Alhamdulillah saya rasa serasi menetap di kediaman yang begitu dekat dengan alam semula jadi. Waktu pagi boleh menatap matahari muncul di ufuk timur, waktu petang dapat menikmati indahnya matahari tenggelam di ufuk barat dan waktu malam saya menikmati taburan bintang di langit gelap. Saya juga dapat memerhatikan pelbagai jenis burung cantik hanya menerusi jendela rumah - antaranya burung raja udang di atas kabel elektrik, bangau putih di laman rumah dan burung dendang selayang yang sedang menikmati buah nona.
Pun begitu, ada harga yang perlu dibayar bagi menikmati kehidupan tenang begini. Antaranya, tiada perkhidmatan e-hailing (perkhidmatan pengangkutan awam atas talian) dan p-hailing (perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan menggunakan motosikal) yang sampai ke tempat saya. Kami juga perlu bergerak kira-kira 20 km untuk ke bandar terdekat bagi membeli keperluan di pasaraya dan mengisi minyak kereta di stesen Petronas.
Seperkara lagi yang perlu saya biasakan, iaitu cuaca yang agak berbeza berbanding kebanyakkan tempat/negeri lain di Malaysia. Cuacanya lebih ekstrem dan ada musim tertentu. Musim angin timur (angin kuat, panas dan kering) sudah berlalu, sekarang ini pula walaupun hujan turun tetapi terasa lebih bahang kerana suhu waktu siang tinggi dengan tahap kelembapan (humidity) juga tinggi.
Eh, kalau nak dicatat nanti makin panjang entri ni. Apa yang pasti, saya dah semakin selesa menetap di rumah luas dengan pemandangan luas. Sesekali balik ke rumah NS, terasa sempit rumah sendiri dan rasa terkepung bila pandang depan rumah orang, pandang belakang pun rumah orang. Ish…melampau sungguh saya π
.
Sekejap je masa berlalu kan. Moga sentiasa dipermudah kan semua urusan. Kami pernah lalui nya. Tapi kini bila kenang, seronok nya pengalaman.
ReplyDeleteInsyaAllah aamin.
DeleteBetul, masa laluinya mungkin ada rasa tak seronok, tapi lepas tu ia jadi kenangan indah dalam hidup.
6 bulan ya. Sekejap betul. Itulah ada baik dan buruk setiap tempat kita tinggal. Cuma sama ada banyak baik atau kita suka atau tidak.
ReplyDeleteHehe berapa lama agaknya tinggal di Perlis itu nanti agaknya?
Susah nak sebut berapa lama NA, mengikut takdir hidup.
DeleteTapi saya berharap biarlah lama sikit tinggal di sini π
hai kak ujie... selamat hari raya... lama x jenguk kak... mcm adik sy juga kak... dpd dok di bandar besar yg semua ada skrg keja jauh di ulu... sorg pulak tu muslim, pempuan... tv x ada... line tenet pun kekadang x ada, sembelih ayam sendiri pun pernah sbb kwn² push nk jugak bbq sama²... kalau dia sembelih sendiri br dia dpt mkn sama.. hahaa.. tp semuanya pengalaman... jauh berjalan luas pengalaman kan
ReplyDeletehai mim π
DeleteFuh! Mencabar sungguh tu. Terus jadi berani adik Mim sembelih ayam ππ½
Saya suka gambar ranting pokok dengan langit yang membiru....kat area utara memang sangat panas berbahang la. Kalau balik Kedah pun sama juga panasnya. Time angin timur tu....sejuk je tapi kadang kuat juga anginnya tu.
ReplyDeleteSetelah melaluinya sendiri, saya dapati musim angin timur tu yang paling sejuk (walaupun panas suhu tinggi) sebab ada angin kuat. Sekarang ni panas, tak ada angin kuat, lebih bahang.
DeleteSetiap tempat ada pro dan kontra nya kan Kak Ujie. Byk kekurangan dari segi kemajuan berbanding kehidupan lebih tenang dan seronok, mesti akan pilih ketenangan dan rasa seronok kalau itu yg jadi keutamaan dalam hidup kita π
ReplyDeleteHehe betul, bergantung kepada keutamaan/kecenderungan masing-masing. Akak suka tenang dan dekat dengan alam, jadi tak ada masalah bila dicampak ke tempat begini. Cuma mula-mula tu mungkin terkejut sikitlah sebab kita dah biasa tinggal di tempat yang lengkap segalanya.
Deletealhamdulillah, makin serasi
ReplyDeletebahang panas, blk perak pun sama tak tahan dlm rumah
Belah utara ni memang lebih panas agaknya kan berbanding lembah kelang dan selatan.
Deleteakak dh tak menetap di penang ek... skrg perlis pulak... camne dana boleh tertinggal bab yg akak pindah ni.
ReplyDeleteHehee…patutlah ada satu kali tu Dana komen sebut Penang. Ingat kot Dana silap tulis/lupa, rupanya memang tak tau.
DeleteCepatnya masa berlalu, sudah enam bulan ye, Ujie.
ReplyDeleteSaya suka keadaan macam Ujie ceritakan. Lebih suka tinggal remote area, takpe takde grab ke, food delivery ke. Sejak Ujie cerita Ujie pindah Perlis, saya tumpang seronok, tau. Sebab saya pun pernah tinggal banyak negeri, tapi Perlis tetap di hati. :)
Saya percaya Perlis dekat di hati Nur, sebab Nur masih ingat nombor rumah dan nama taman perumahan di Perlis π
DeleteMasing2 tempat ada plus minus ya kak. Saya sebenarnya ingin sangat merasakan bisa pindah2 tempat , tp memang tak mungkin rasanya. Apalagi kerja suami juga bukan yg pindah2 seperti itu.
ReplyDeleteTapi teringat juga cerita mertua saat masih jadi diplomat di beberapa negara. Mostly eropa. Pindah2 tugas , menurut mama seru, tapi paling tak suka saat pindah berkemas π€£.
Iya...saat kemas berpindah itu yang paling penat mental dan fizikal π
DeleteAlhamdulillah rezeki tu PU...
ReplyDeleteRasa mcm dream place sy tu... Jauh dari kebisingan dan bersahabat dgn alam :D
Memang jauh dari segalanya, kecuali alam π
DeleteYa, Alhamdulillah rezeki merasa tinggal di tempat tenang gini.
Tengah musim panas lit lat kat sana erk
ReplyDeleteAda jugak hujan, tapi rasa panas berbahang.
DeleteBahagianya kalau dapat melalui hari-hari seperti kehidupan masa kecil di desa. Tidaklah rasa sesak duduk di taman perumahan yang 'mengasingkan' segala-galanya.
ReplyDeleteldy suka sangat kehidupan sebegitu.. pnh utarakan pd suami boleh x waktu cuti sekolah pergi cr kampung dan menginap di sana spnjg cuti sekolah...
ReplyDeleteIssh..gak terasa tau-tau udah 6 bulan aja ya sisπsuka duka pasti silih berganti dari tempat lama ke tempat baru, semoga banyak cerita indahnya..cantik banget sih foto yang di atas tuu☝️
ReplyDeleteKejap je dah 6 bulan jadi warga Perlis ye. Seronok tu suasana rumah baru. Dapat menikmati alam yang susah nak dapat kalau duduk kawasan taman.
ReplyDelete