Tuesday, 14 May 2024

Catatan Hujung Minggu

Catatan hujung minggu saya…

SABTU | Waktu petang saya dan Encik Suami bergotong-royong membersihkan rumput di sekeliling rumah yang telah dipotong pada hari Selasa lalu. Saya kumpul rumput kering di beberapa tempat dengan menggunakan penggaruk, manakala Encik Suami pula angkut rumput yang dikumpul dengan pongkes, letak setempat dan bakar. Penat jugalah sebab kawasan rumah ni luas.

Beginilah kehidupan di rumah dalam suasana kampung, lebih banyak kerja perlu dibuat sama ada di dalam atau di luar rumah. Memang berbeza sungguh sewaktu tinggal di rumah apartment dan rumah teres taman perumahan.

Untuk rekod - sebelum ini rumput dipotong sebulan sekali, tapi kali ini hampir tiga bulan barulah dipotong. Sebabnya, rumput keliling rumah semuanya mati akibat kekeringan sewaktu musim kemarau lalu. Rumput mulai tumbuh hijau semula apabila musim kemarau berakhir pada penghujung Mac. Itu pun tak semuanya tumbuh cepat, ada jenis rumput yang cepat meninggi dan banyak juga yang nampaknya ambil masa untuk hidup kembali. Pengalaman baru buat saya.

AHAD | Pukul 10 pagi kami dah berada di Wisma Persekutuan, Alor Setar, Kedah. Ada urusan di tingkat 4. Bagus juga bila dua negeri bersebelahan tetapi cuti hujung minggu berbeza - orang Perlis cuti bolehlah buat urusan rasmi di Kedah yang bekerja pada hari Ahad.

Selesai urusan sudah pun menghampiri pukul 12 tengah hari. Perut sudah minta diisi. Kami makan di kafe bangunan Wisma Persekutuan. Tiada pilihan lain kecuali menu nasi daging. Konsep layan diri, ambil sendiri nasi dan lauk. Alhamdulillah…sedap! Saya suka nasinya lembut dan sedap rasa air asam kerisik. Sebelum ni pernah juga saya merasa hidangan nasi daging, tapi tak kena selera. Kali ni memang sedap. Harga dua pinggan nasi daging, segelas minuman teh o lemon panas dan lemon ais cuma RM16 sahaja.

Alang-alang dah sampai Alor Setar, kami pergilah ke pusat membeli-belah Aman Central. Kalau di Perlis tak ada mall besar begini ya, maklumlah penduduk Perlis katanya cuma lapan orang maka tak perlulah mall besar 😁

Hasil meronda di sini, dapatlah saya membeli sehelai wide-leg straight cut jeans di Uniqlo. Alhamdulillah, seronok dapat juga seluar jeans dengan rekaan dan potongan yang saya mahu - potongan longgar, tak perlu pakai tali pinggang dan material lembut selesa. Bagusnya, Uniqlo juga menyediakan servis alteration kaki seluar secara percuma (bergantung kepada nilai pembelian). 

Tak terus balik ke rumah, Encik Suami ajak jalan-jalan ke Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, Kedah. Kali terakhir kami ke sini pada tahun 2018, masa tu kami masih menetap di rumah NS. Di sini kami ke tempat jualan coklat je, tak membeli banyak pun sekadar buat kudapan kami sendiri. Berkenaan harga, kami pun tak pasti sama ada berbaloi atau tidak membeli di sini.

Tadi semasa pergi, perjalanan begitu lancar. Tapi semasa baliknya, kami perlu beratur panjang kira-kira 45 minit bagi melepasi proses di kompleks imigresen. Silap kami, terlupa hari Ahad mestilah ramai pelancong Malaysia balik dari Thailand. Menurut pegawai imigresen bertugas, situasi begini tidaklah begitu teruk berbanding pada hari cuti umum - barisan lebih panjang dan lebih lama masa menunggu.






.

24 comments:

  1. Nasi Daging Air Asam Kerisik tu memang terserlah kesedapannya, Ujie. OK jugak jika urusan tu boleh buat di negeri lain, jika negeri yg sama terpaksalah ambil cuti jugak kan. Lama betul saya tak ke BKH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...kebetulan urusan ni boleh buat di negeri lain, kalau tak memang kena ambil cuti jugaklah 😄

      Delete
  2. Itulah ada tertanya-tanya kalau Puan Ujie kena buat kerja berkebun atau kemas laman keliling rumah. Sudah terjawab pertanyaan hati saya.
    Teringin untuk cuba nasi daging sedap di Wisma Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat semuanya sendiri NA. Tapi jarang saya buat yang luar, sebab dah cukup penat kemas dalam rumah. Jadi bahagian luar ni agak terabai, pokok semua tak terbela pun 😅

      Moga ada rezeki NA cuba nasi daging tu.

      Delete
  3. rasa nak pindah duduk kedah la makanan murah2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bahaya, nanti terlebih makan pulak 😄

      Delete
  4. makanan di kedah murah dan sedap... ldy suka..

    ReplyDelete
  5. Betul, ketika kami di Kedah harga makanan memang agak murah. Sedap jugak.

    ReplyDelete
  6. Kami kadang tu kalau nak berurusan dgn agensi kerajaan mmg buat di Kedah bila balik kampung sbb Ahad ofis buka :)
    Nasi Daging mmg ngam dgn air asam kerisek 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serampang dua mata, dapat balik kampung dan buat urusan 👍😀

      Delete
  7. Kadang2 rindu nak buat aktiviti di laman rumah sbb masa dkt Sarawak dulu duduk dekat rumah teres ada laman di depan & belakang rumah. Hujung minggu petang2 kadang2 merumput & bakar daun2 & rumput kering. Rindu pulak bau asap rumput kering 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...tak pernah lagi akak dapat rumah teres ada laman tanah depan belakang. Setakat sekangkang kera tu ada la 😄

      Delete
  8. suka sgt makanan di Kedah mcm ni harga murah jauh beza dgn kwsn lain hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..terkejut dengar. Cashier tu kata, kami ambil sikit. Rasa dah banyak tu 😄

      Delete
  9. Rumah ada laman, macam tu ler, Ujie. Saya pun sama. Bezanya, sini rumput yang dipotong boleh letak dalam plastik, nanti ada orang ambil. Tak payah bakar.
    Sedap tengok gambar nasi daging.
    Oh, shopping mall besar kena pi Aloq Staq yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya tak suka membakar sebab jadi tak elok rupa kesan bakar kat tanah, tapi terpaksa sebab sini orang angkut sampah domestik je.

      Iya Nur, Perlis tak ada shopping mall besar bertingkat-tingkat tu. Sesuailah penduduk tak ramai 😁

      Delete
  10. Bestnya ada 'keliling rumah' untuk di gotong royong....
    Rumah uncle takde keliling....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada best dan tak best-nya rumah gini 😄

      Delete
  11. Kalau menu ada daging ni biasanya memang agak tinggi harganya kan, yang ni murah 😀

    ReplyDelete
  12. Perlis dan kedah negeri berjiran .. wlwpun perlis tak ada mall besaq .. kita fly pergi alor setar .heheh

    ReplyDelete
  13. Saya pun paling sering beli pakaian di UNIQLO. Krn memang size S dia dah sesuai dengan bdn saya. Terkadang kalau beli di tempat lain, size memang S, pas dicoba kadang kebesaran, kadang kekecilan. Cuma UNIQLO yg size dia pas 😄👍.

    Enak juga kali ada kedai bebas cukai begitu. Di sini selalunya kan dalam bandara saja. Di luar bandara saya tak pernah lihat.

    ReplyDelete
  14. mmg rambang mata tgk coklat di duty free shop..nasi daging air asam kerisik..lamanya x mkn..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****